Saksi Mendakwa Sebahagian Us 3 Bilion Dana 1mdb Di Gunakan Beli Tanah Di Pulau Pinang


 


KUALA LUMPUR  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sebahagian daripada wang terbitan bon oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah US$3 bilion bagi projek hartanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) digunakan untuk pembelian tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, 48, berkata pembelian tanah itu merupakan antara inisiatif UMNO ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)  pada Mei 2013.
“Semasa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir dalam satu kempen di Pulau Pinang, beliau telah menyatakan dalam satu ceramah bahawa tanah yang dibeli akan dimajukan oleh 1MDB untuk membina rumah mampu milik di Ayer Itam, Pulau Pinang,” kata saksi pendakwaan ke-10 itu.
Mohd Hazem yang memegang jawatan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015 berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam bagaimana beliau mengetahui mengenai dana 1MDB yang digunakan untuk membeli tanah itu,  Mohd Hazem menjawab: “Saya berada dalam majlis ceramah itu.”
Mohd Hazem bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pengambilan tanah berkenaan.
Sementara itu, beliau juga berkata dana US$3 bilion tersebut  tidak pernah dipersetujui oleh lembaga pengarah 1MDB digunakan untuk membayar hutang syarikat, tetapi diluluskan hanya bagi usaha sama dengan Abu Dhabi-Malaysia Investment Company (ADMIC) dan untuk pembiayaan TRX.
“Daripada bon US$3 bilion yang diterbitkan, hanya lebih kurang US$2.7 bilion sahaja jumlah bersih yang diterima oleh anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL) setelah menolak semua kos pengurusan dan disimpan di dalam akaun 1MDB GIL di Bank BSI Lugano, Switzerland.
“Sekitar Mac 2013, saya pernah diberitahu oleh peguam 1MDB, Jasmine Loo bahawa dana ini akan dilabur di Bank BSI Singapura. Ketika itu masih belum ada keperluan lagi untuk menggunakan dana kerana 1MDB belum ada projek untuk dibiayai,” katanya.
Saksi itu berkata beliau sedar bahawa keputusan untuk melabur sebahagian daripada US$3 bilion tersebut di Bank BSI Singapura telah tersasar daripada tujuan asal pengeluaran bon berkenaan iaitu untuk usaha sama pembangunan projek hartanah TRX dan Bandar Malaysia.
“Dana tersebut juga tidak pernah diserahkan kepada ADMIC. Saya mengetahui hal ini kerana saya tahu arahan Jasmine merupakan arahan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Lo, juga datang daripada Datuk Seri Najib,” katanya.
Mohd Hazem berkata pada September 2013, beliau ada menghubungi Jho Low untuk meminta kebenaran membawa balik dana-dana 1MDB yang disimpan di luar negara bagi tujuan pembiayaan pengambilalihan satu stesen jana kuasa gas bebas oleh 1MDB iaitu JIMAH Energy Ventures.
“Jho Low bagaimanapun memaklumkan dana-dana tersebut tidak boleh digunakan kerana ia adalah untuk UMNO. Setelah mendengar hal ini, saya pun faham bahawa Datuk Seri Najib mengawal kewangan ini untuk tujuan parti UMNO.
“Akhirnya, 1MDB terpaksa berusaha mencari pembiayaan yang baharu untuk membayar kos pengambilalihan JIMAH menggunakan pinjaman daripada bank tempatan. Saya berasa kecewa dan risau kerana 1MDB tidak henti-henti meminjam wang sedangkan sudah terlalu banyak wang pembiayaan yang telah dipinjam dan boleh digunakan untuk operasi syarikat terutama sekali wang di luar negara,” kata saksi itu.
Mohd Hazem berkata hingga beliau meletakkan jawatan sepenuhnya di 1MDB, masih terdapat wang dalam akaun 1MDB GIL yang mana separuh telah dilaburkan oleh pengurus dana di BSI Singapura.
“Wang ini juga ada digunakan pada pertengahan 2013 untuk membeli tanah Ayer Itam Estate Lands di Pulau Pinang lebih kurang RM1 bilion, membayar balik hutang bank Standard Chartered lebih kurang RM2 bilion dan mungkin juga ada digunakan untuk beberapa kos-kos untuk membayar faedah pinjaman yang lain.
“Saya tidak mempunyai akses dan kawalan ke atas dana ini walaupun saya merupakan CEO dan saya berkali-kali membuat permintaan kepada Jho Low untuk membawa pulang dana  tersebut untuk membiayai keperluan 1MDB,” katanya.
Menurut Mohd Hazem, maklum balas yang diterima daripada Jho Low ialah dana itu tidak dapat dibawa pulang kerana ia merupakan keperluan UMNO.
“Tetapi saya telah dimaklumkan oleh pengerusi 1MDB ketika itu, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin bahawa Datuk Seri Najib tidak membenarkan dana ini dibawa pulang. Walaupun tiada sebab jelas diberikan, saya harus patuhi perkara ini kerana ia datang daripada Datuk Seri Najib.
“Jadi saya faham bahawa sememangnya semua perkara ini adalah dalam pengetahuan beliau dan saya perlu mematuhi arahan tersebut,” katanya.
Berkenaan usaha sama ADMIC, Mohd Hazem berkata antara perkara yang dirancang Jho Low bagi mempercepatkan terbitan bon untuk projek itu ialah meletakkan terma-terma dalam kertas kabinet untuk sumber pembayaran balik hutang sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“Hal ini jelas bahawa Datuk Seri Najib mengetahui perkara tersebut. Saya menerima makluman itu melalui e-mel pada 6 Feb 2013 manakala kemas kini kepada Datuk Seri Najib telah dibuat pada 5 Feb 2013.
“Secara kesimpulannya, saya dapat katakan ia sememangnya telah diatur dengan cara yang sangat tersusun oleh Jho Low atas arahan dan kelulusan Datuk Seri Najib dan beliau mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap tindakan Jho Low,” katanya.
Saksi itu berkata perkara tersebut dapat dilihat dari segi pengeluaran surat sokongan yang mana tanpa kebenaran dan kelulusan Najib  tidak dapat dikeluarkan dengan sela masa yang sangat singkat.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/mahkamah-saksi-dakwa-sebahagian-us3.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dana 1mdb Diguna Untuk Beli Tanah Bina Rumah Rakyat Di Pulau Pinang

Dana 1mdb Diguna Untuk Beli Tanah Bina Rumah Rakyat Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 270 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sebahagian daripada wang terbitan bon berjumlah AS 3 bilion oleh 1MDB pada 2013 telah digunakan untuk membeli tanah di Ayer Itam Pulau Pinang Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB...
Misteri Pulau Pinang Nahas 3 Saksi Yang Tidak Berkaitan Memberikan Akaun Serupa

Misteri Pulau Pinang Nahas 3 Saksi Yang Tidak Berkaitan Memberikan Akaun Serupa

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 227 hits
GEORGE TOWN Polis telah merakam pernyataan dari 10 orang termasuk tiga saksi berhubung dakwaan nahas pesawat di laut berhampiran Pulau Tikus di hadapan Hotel Flamingo di Tanjung Bungah di sini pada hari Ahad Ketua Polis Daerah Timur Laut As...
Pulau Pinang Kuala Lumpur Semakin Berkira Kira Ke Liga Super 2021

Pulau Pinang Kuala Lumpur Semakin Berkira Kira Ke Liga Super 2021

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 221 hits
Tiga mata berharga yang diperolehi pada minggu keenam saingan Liga Premier meletakkan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kini di kedudukan yang cukup selesa dalam memburu slot ke saingan CIMB Liga Super pada musim depan Pendahulu Liga Premier Pu...
Pulau Pinang Kukuh Cengkaman

Pulau Pinang Kukuh Cengkaman

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 311 hits
JOHOR BAHRU Pulau Pinang gah di persada Liga Perdana selepas menang tipis 2 1 menewaskan Johor Darul Ta zim II pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin sebentar tadi Kemenangan itu pasti melonjakkan moral skuad bimbingan Manzoor Azw...
Selangor Pulau Pinang Kongsi Pandangan Kukuh Program Usahawan

Selangor Pulau Pinang Kongsi Pandangan Kukuh Program Usahawan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 313 hits
GEORGETOWN 11 SEPT Selangor dan Pulau Pinang berkongsi pengalaman serta pandangan ke arah menjadikan kedua dua negeri sebagai peneraju dalam program pembangunan usahawan EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata arus digital masa kin...
Pemandu Van Mengalami Kecederaan Serius Dalam Serangan Oleh Lelaki Yang Memegang Parang Di Pulau Pinang

Pemandu Van Mengalami Kecederaan Serius Dalam Serangan Oleh Lelaki Yang Memegang Parang Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 278 hits
BUTTERWORTH Seorang pemandu van kilang mengalami kecederaan parah setelah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di depan rumahnya di Kampung Perlis di sini hari ini Lelaki itu juga merosakkan empat kenderaan milik mangsa Ketu...
Covid 19 Exco Pulau Pinang Melakukan Rombakan Untuk Menghadapi Cabaran Baru

Covid 19 Exco Pulau Pinang Melakukan Rombakan Untuk Menghadapi Cabaran Baru

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 360 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan rombakan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menghadapi cabaran baru berikutan wabak COVID 19 Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penstrukturan semula portfolio EXCO adalah u...
Kpdnhep Pulau Pinang Merampas 17 187 Unit Alat Ganti Aksesori Motosikal Palsu

Kpdnhep Pulau Pinang Merampas 17 187 Unit Alat Ganti Aksesori Motosikal Palsu

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 435 hits
Ketua pegawai penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang Peter J Berinus Agang dan pegawainya menunjukkan barang barang yang dirampas BUKIT MERTAJAM Sebanyak 17 187 unit alat ganti motosikal dan aksesori palsu dirampas oleh Kementerian Perdagangan D...
1mdb Punya Pasal Negera Tanggung Rm41 Bilion Hutang

1mdb Punya Pasal Negera Tanggung Rm41 Bilion Hutang

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 424 hits
Ipohmali Bila baca jawapan Menteri Bankers Tg Zafrul di Dewan Negara Kerajaan menanggung lebih RM 41 Billion komitmen Hutang 1MDB kalau sapa takda rasa marah memang orang tu takda Iman hatta dia Ulama Bayangkan kita terpaka tanggung RM 40 B...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara