Dana 1mdb Diguna Untuk Beli Tanah Bina Rumah Rakyat Di Pulau Pinang



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini diberitahu bahawa sebahagian daripada wang terbitan bon berjumlah AS$3 bilion oleh 1MDB pada 2013 telah digunakan untuk membeli tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman, tanah tersebut sebagai satu inisiatif Umno berkempen bagi pilihan raya.
“Apabila Najib (Razak, tertuduh) berkempen di Pulau Pinang, dalam salah satu ceramah dia berkata bahawa tanah itu akan dibangunkan oleh 1MDB untuk membina rumah mampu milik di Ayer Itam, Pulau Pinang,” kata Hazem.
Hazem tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pengambilan tanah berkenaan. Ini dibangkitkan ketika Hazem membaca keterangan saksi setebal 110 halaman di Mahkamah Tinggi hari ini.
Semasa beberapa bahagian yang dibacanya semalam, Hazem berkata, bahawa dia diberitahu oleh Jho Low dan bekas setiausaha politik Najib, Azlin Alias bahawa 1MDB ditubuhkan untuk membantu membiayai Umno.
Pada 1 Mei 2013, Najib semasa berkempen di Pulau Pinang berkata, kerajaan pusat akan membina 9,999 rumah kos rendah atau mampu milik di negeri itu.
Katanya, 1MDB telah menandatangani perjanjian untuk membeli tanah untuk projek tersebut di Air Putih, Ayer Itam dan Paya Terubong.
Tidak banyak maklumat yang diketaui mengenai tanah Ayer Itam, selain pendedahan semasa pentadbiran Pakatan Harapan pada tahun 2018 bahawa 1MDB telah menjualnya kepada Silk Road Southeast Asia Real Estate Ltd (Silk Road) yang berpusat di China pada harga sekitar RM2.7 bilion pada Ogos 2017.
Hazem turut memberitahu mahkamah bahawa terbitan bon AS$3 bilion itu adalah untuk membiayai projek Syarikat Pelaburan Abu Dhabi (Admic), yang merupakan usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investment PJS Abu Dhabi.
Setiap syarikat sepatutnya menyalurkan AS$3 bilion kepada Admic.
Dia memberi keterangan bahawa 1MDB menghantar wang itu melalui Goldman Sachs yang disalurkan kepada 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL), yang diperbadankan di Kepulauan Virgin Britain.
Kerajaan Malaysia akan menjadi penjamin bagi bon berkenaan dan menanggung semua risiko sekiranya 1MDB gagal membayar balik.
Ketika ditunjukkan dokumen yang ditandatangani di antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs, Hazem menjelaskan bahawa dokumen tersebut adalah jaminan oleh kerajaan Malaysia untuk bank tersebut meneruskan penerbitan bon.
“Ia ditandatangani oleh Najib sebagai menteri kewangan, yang mewakili kerajaan Malaysia.
“Perkara ini juga disetujui oleh pembuat keputusan 1MDB yang tertinggi, iaitu Najib, sebagai perdana menteri dan ketua lembaga penasihat.
“(Perjanjian dengan Goldman Sachs ini) dirancang oleh Jho Low dan diarahkan oleh Najib yang bersetuju dengan terbitan bon oleh 1MDB GIL,” katanya.
The post Dana 1MDB diguna untuk beli tanah bina rumah rakyat di Pulau Pinang appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/15/dana-1mdb-diguna-untuk-beli-tanah-bina-rumah-rakyat-di-pulau-pinang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Mendakwa Sebahagian Us 3 Bilion Dana 1mdb Di Gunakan Beli Tanah Di Pulau Pinang

Saksi Mendakwa Sebahagian Us 3 Bilion Dana 1mdb Di Gunakan Beli Tanah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sebahagian daripada wang terbitan bon oleh 1Malaysia Development Berhad berjumlah US 3 bilion bagi projek hartanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange digunakan untuk pembel...
Skim Pinjaman Perumahan Cara Permohonan Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Skim Pinjaman Perumahan Cara Permohonan Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 750 hits
SKIM PINJAMAN PERUMAHAN CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin bina rumah atas tanah sendiri Kerajaan kini menyediakan skim pinjaman perumahan bagi golongan berpendapatan rendah Skim Pinjaman Perumahan ini bertujuan me...
Misteri Pulau Pinang Nahas 3 Saksi Yang Tidak Berkaitan Memberikan Akaun Serupa

Misteri Pulau Pinang Nahas 3 Saksi Yang Tidak Berkaitan Memberikan Akaun Serupa

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 275 hits
GEORGE TOWN Polis telah merakam pernyataan dari 10 orang termasuk tiga saksi berhubung dakwaan nahas pesawat di laut berhampiran Pulau Tikus di hadapan Hotel Flamingo di Tanjung Bungah di sini pada hari Ahad Ketua Polis Daerah Timur Laut As...
Bangunkan Umat Islam Pulau Pinang Melalui Jelajah Khaira Ummah 2030

Bangunkan Umat Islam Pulau Pinang Melalui Jelajah Khaira Ummah 2030

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 353 hits
Jelajah Khaira Ummah 2030 merupakan kaedah kerajaan negeri bagi menyampaikan perancangan bagaimana untuk membangunkan yang terbaik untuk umat Islam di Pulau Pinang Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ir Ahma...
Pesawat Terhempas Di Pulau Pinang

Pesawat Terhempas Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 392 hits
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Bungah Pulau PinangTular di laman sosial semalam bahawa sebuah kapal terbang telah terhempas di perairan Malaysia di Pulau Keramat berhampiran dengan Hotel Flamingo Tanjung Bungah Pulau Pinang Laporan pol...
Impian Wany Hasrita Beli Rumah Dua Tingkat Tercapai

Impian Wany Hasrita Beli Rumah Dua Tingkat Tercapai

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 423 hits
Hasrat penyanyi Wany Hasrita untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai apabila berjaya menerima kunci kediaman pertamanya baru baru ini Menerusi perkongsian di Instagram Wany berkata dia memasang impian untuk memiliki kediaman itu seja...
Rakyat Berang Lori Tangki Air Dihantar Terus Ke Rumah Mb Selangor Dikala Rakyat Sengsara

Rakyat Berang Lori Tangki Air Dihantar Terus Ke Rumah Mb Selangor Dikala Rakyat Sengsara

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 501 hits
Ketika dihubungi Air Selangor mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar lori tangki ke kediaman Amirudin Ya Air Selangor ada hantar air ke rumah menteri besar kata ketua pegawai komunikasi Air Selangor Elina Baseri Ditanya adakah ia meru...
Kilang Haram Pemilik Enggan Buka Pintu Pagar Mps Kompaun Rm1000 Kalau Rumah Rakyat

Kilang Haram Pemilik Enggan Buka Pintu Pagar Mps Kompaun Rm1000 Kalau Rumah Rakyat

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 415 hits
RAWANG Majlis Perbandaran Selayang mendakwa pengusaha kilang penyelenggaraan jentera yang disyaki menyebabkan pencemaran Sungai Gong di sini tidak memberikan kerjasama sewaktu pemantauan dijalankan penguat kuasa sebelum ini Pengarah Jabatan...
Kedai Vape Di Simpang Ampat Pulau Pinang

Kedai Vape Di Simpang Ampat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 1222 hits
KEDAI VAPE DI SIMPANG AMPAT PULAU PINANG Malam tadi balik je beli barang barang untuk buat popia cheese sempat la lalu depan kedai vape nih Kedai vape ni letak di di Tasek Mutiara Simpang Ampat Dekat je dengan rumah Tapi ni la pertama kali ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya