Ahli Lembaga Pengarah Src Lawat Bsi Untuk Pastikan Dana Src Selamat


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano, Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat, pada September 2013.
Bekas ahli lembaga pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail berkata, seluruh ahli lembaga pengarah syarikat itu pergi ke ibu pejabat Bank BSI Limited, yang kini dikenali sebagai EFG International di Lugano, Switzerland untuk memastikan dana yang disimpan masih ada di bank.

Loading… Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-21 perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Ishak: Pada September 2013 (merujuk kepada minit SRC International untuk tahun itu), adakah Tan Sri pergi ke Switzerland?
Ismee: Ada. Semua ahli lembaga pengarah termasuk saya, Datuk Rashidi Che Omar, Datuk Suboh Mat Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil.

Ishak: Adakah lawatan ini atas kebenaran pemegang saham?

Ismee: Ini adalah inisiatif yang dibuat oleh pihak pengurusan. Saya tidak maklum sekiranya ada persetujuan daripada pemegang saham atau tidak.

Ishak: Kenapa kena pergi?

Ismee: Kita perlu pergi kerana banyak isu berbangkit mengenai dana di Switzerland. Kita perlu mengkaji bank tersebut kerana sebelum ini pihak pengurusan hanya bercerita sahaja. Kami pergi untuk mendapatkan kepastian bahawa wang kami selamat di BSI Bank.

Ketika ditanya Ishak mengenai pihak pengurusan yang dimaksudkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji itu menjawab Nik Faisal Ariff Kamil selaku Ketua Pegawai Eksekutif SRC International.

Ishak: Jadi apa hasil lawatan Tan Sri ke bank itu?

Ismee: Secara peribadi saya berasa lega kerana BSI adalah bank yang besar.

Ishak: Mengapa penting untuk pastikan wang itu ada di BSI?

Ismee: Untuk pastikan wang masih di sana, sangat penting untuk kita pastikan perkara itu. Untuk memastikan dana kita masih di sana, dideposit dalam bank.

Ishak: Macam mana Tan Sri tahu wang itu benar-benar di sana?

Ismee: Mereka tidak tunjuk wang itu tetapi kami berjaya mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai paling kanan, saya rasa kami bertemu dengan presiden (bank berkenaan). Saya tak ingat nama mereka, mereka berikan penjelasan tentang operasi bank. Kami berasa lega kerana wang itu ada di sana.
Ketika dirujuk kepada satu minit mesyuarat yang menyebut sebahagian wang di Switzerland dibawa pulang pada sesi lawatan itu, saksi pendakwaan ke-39 itu berkata ia dibawa pulang kerana masih belum digunakan untuk pelaburan sepatutnya.
Katanya, antara bahagian wang yang dibawa pulang adalah dana yang masih belum dilaburkan untuk usahasama dengan syarikat pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investments.
Terdahulu, ketika ditanya Ishak mengenai siapa yang ditugaskan untuk merekod semua minit mesyuarat ahli lembaga pengarah SRC dari 2011 sehingga 2013, Ismee berkata ia disediakan oleh Terence Geh yang mewakili setiausaha syarikat SRC.
Ditanya mengenai minit mesyuarat ahli lembaga pengarah pada 2013, yang tidak mempunyai tandatangannya, selaku pengerusi mesyuarat itu, Ismee berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
“Lazimnya kesemua minit mesyuarat akan diserahkan kepada saya untuk ditandatangani namun minit yang dirujuk ketika ini (2013) tiada tandatangan saya. Bagaimanapun, saya hanya menyedari perkara itu semasa disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tiada salinan yang ditandatangani.”
Kepada soalan Ishak, sama ada beliau mengetahui di mana minit mesyuarat tahun 2013 yang ditandatanganinya, Ismee berkata: “saya tidak tahu dan tidak maklum”.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/ahli-lembaga-pengarah-src-lawat-bsi-untuk-pastikan-dana-src-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Lembaga Src Lawat Sebuah Bank Di Switzerland Saksi

Ahli Lembaga Src Lawat Sebuah Bank Di Switzerland Saksi

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat pada...
Ahli Lembaga Pengarah Src Mungkin Diperdaya

Ahli Lembaga Pengarah Src Mungkin Diperdaya

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin mungkin bersepakat dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan ketika itu Nik Faisal Ariff Kamil untuk memperdayakan ahli lembaga pengarahnya berhubung perjan...
Saksi Dedah Lembaga Pengarah Src Tak Pernah Mesyuarat Dengan Najib

Saksi Dedah Lembaga Pengarah Src Tak Pernah Mesyuarat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 312 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd tidak pernah menyoal atau mengesahkan sama ada Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil sememangnya satu satunya orang yang ada hubungan dengan b...
Lembaga Pengarah Src Mungkin Tahu Cadangan Pinjaman Rm3 95 Bilion

Lembaga Pengarah Src Mungkin Tahu Cadangan Pinjaman Rm3 95 Bilion

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd mungkin mengetahui tentang cadangan permohonan pinjaman berjumlah RM3 95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Tan Sri Ismee...
Psi Pastikan Laporan Dana Kampanye Lengkap Sesuai Aturan

Psi Pastikan Laporan Dana Kampanye Lengkap Sesuai Aturan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 188 hits
PSI menyesalkan tindakan Bawaslu yang terburu buru mengeluarkan pernyataan ke publik terkait laporan keuangan PSI tanpa klarifikasi terlebih dahulu
Pengarah Src Letak Jawatan Kerana Akaun Tidak Diaudit

Pengarah Src Letak Jawatan Kerana Akaun Tidak Diaudit

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 359 hits
Pengarah SRC letak jawatan kerana akaun tidak diauditPosted By on June 12 2019Bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail mendedahkan beliau meletak jawatan dalam SRC kerana isu berbangkit berhubung resolusi m...
Bawaslu Sebut Jokowi Prabowo Tak Tertib Administrasi Dana Kampanye

Bawaslu Sebut Jokowi Prabowo Tak Tertib Administrasi Dana Kampanye

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 234 hits
Anggota Bawaslu Fritz Edward Siregar mengatakan dari sisi transparansi dan akuntabilitas kedua Paslon capres dan partai politik belum tertib administrasi Hal tersebut terlihat dari identitas penyumbang yang disampaikan tidak lengkap
Soal Aliran Dana Demo 22 Mei Ppatk Tunggu Permintaan Polisi

Soal Aliran Dana Demo 22 Mei Ppatk Tunggu Permintaan Polisi

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 169 hits
Dia memastikan lembaganya akan bekerja proporsional menelusuri aliran dana terkait demo tersebut Menurutnya jika ditemukan transaksi yang menonjol terkait demo 22 Mei PPATK akan langsung menyampaikan ke Polri
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement