Sakit Sangat Sangat Bila Jahitan Luka Bersalin Terbuka Balik Tapi Jangan Panik Lakukan Perkara Ini


Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit. Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka?
Adakah ia berbahaya?
Prosedur episiotomi
Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepatkan atau mengelak mahupun mengurangkan risiko pengoyakan berlebihan.
Ia adalah 1 prosedur biasa dalam bidang kebidanan moden pada masa kini.
Ia bukan 1 proses rutin, tetapi hanya dibuat apabila berdepan keadaan tertentu dan dilakukan oleh doktor yang mahir.
Antara sebab prosedur episiotomi dilaksanakan:
-Proses kelahiran yang berpanjangan
-Ketegangan pada janin
-Kelahiran faraj memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum
-Bayi dalam posisi songsang
-Kelahiran bayi kembar atau berganda
-Bayi bersaiz besar
-Kedudukan kepala bayi yang tidak normal
-Ibu mempunyai sejarah pembedahan pelvis
Selepas prosedur episiotomi, proses jahitan dilakukan bagi memulihkan dan mencantumkan semula bahagian tersebut.
Namun adakalanya, tekanan pada jahitan atau jangkitan pada sekitar bahagian faraj boleh mengakibatkan jahitan bersalin terbuka.
Adakah keadaan ini berbahaya? Apa yang perlu dilakukan?
Sudah sakit akibat proses kelahiran dan episiotomi, jadi bagaimana untuk mengetahui jika jahitan tersebut mungkin terbuka?
Sekiranya keadaan ini berlaku, rasa sakit yang anda alami akan meningkat.
Terdapat juga risiko untuk berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.
Terdapat sesetengah wanita yang berdepan masalah jahitan bersalin terbuka akan menyedari terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka.
Jika keadaan ini berlaku kepada anda dan wujud kebimbangan dalam diri, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.
Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda jangkitan.
Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu yang menyusu badan.
Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).
Perlukah dijahit semula?
Jika terdapat jangkitan, luka bersalin tersebut tidak akan dijahit semula.
Ia boleh memerangkap jangkitan di dalamnya dan keadaan ini akan mengakibatkan tisu tidak akan bercantum dengan baik.
Manakala jika keadaan sebaliknya, sama ada tiada jangkitan atau jangkitan sudah dirawat, luka akibat episiotomi mungkin akan dijahit semula.
Anda akan diberikan nasihat oleh doktor bagi membuat pilihan terbaik.
Bolehkah jahitan bersalin terbuka sembuh?
Proses penghasilan tisu baru akan berlaku setiap hari dan keadaan ini akan mengisi jurang jahitan tersebut.
Walau bagaimanapun, tempoh untuk jahitan tersebut pulih adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti:
-Kedudukan luka tersebut
-Kedalaman bukaan episiotomi
-Tempoh jangkitan sudah berlaku
-Keadaan tisu baru mungkin akan tampak kemerahan dan berdarah sedikit.
Selalunya apabila luka sembuh, akan terdapat bekas luka sementara dan ia akan pudar seperti parut kulit yang lain.
Luka bersalin yang dijahit semula mungkin akan sembuh dengan lebih cepat tetapi wujud risiko kecil untuk dijangkiti kembali.
Menyembuhkan luka jahitan bersalin
Sama seperti luka biasa pada mana-mana bahagian badan, jahitan bersalin terbuka juga memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan ia sembuh dengan segera.
Ini tip penjagaan luka bersalin:
-Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
-Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja.
-Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala.
-Sebaiknya biarkan ia kering secara semula jadi.
-Usah gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
-Pastikan anda menukar tuala wanita dengan kerap.
-Jika pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, anda digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
Kesan jahitan bersalin terbuka
Biasanya individu yang mengalami situasi ini tidak berdepan sebarang masalah selepas luka ini dirawat dan sembuh.
Malahan, tidak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.
Namun, jika anda berdepan sebarang masalah atau mempunyai kebimbangan, dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.
Penjagaan jahitan bersalin
Aspek penjagaan jahitan bersalin bermula sebaik sahaja anda selesai menjalani proses bersalin.
Ia melibatkan perihal penjagaan luka dan pengurusan kesakitan.
Dalam tempoh 12 jam pertama selepas bersalin, penggunaan pek ais mungkin dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
Bahagian jahitan bersalin perlu sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih.
Sumber: Hello Doktor
The post Sakit Sangat-Sangat Bila Jahitan Luka Bersalin Terbuka Balik! Tapi Jangan Panik, Lakukan Perkara Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sakit-sangat-sangat-bila-jahitan-luka-bersalin-terbuka-balik-tapi-jangan-panik-lakukan-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 356 hits
Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Bermula dari dalam kandungan seterusnya melahirkan dan membesarkan pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi Bila dah ada anak setiap hari ada sahaja benda yang kita akan belajar dan itu semua ...
Sakit Sangat Abah Rintihan Anak Disengat Tebuan Maafkan Abah Tak Dapat Tolong

Sakit Sangat Abah Rintihan Anak Disengat Tebuan Maafkan Abah Tak Dapat Tolong

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 351 hits
Bapa kepada kanak kanak yang meninggal dunia akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan dalam kejadian di Felda Kerteh 4 Jumaat lalu meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya Mangsa Nur Nazihah Mohd Sabri 8 meninggal dunia ...
Informasi Viral Jangan Ke Rumah Sakit Meski Alami Gejala Covid 19 Ini Imbauan Dokter

Informasi Viral Jangan Ke Rumah Sakit Meski Alami Gejala Covid 19 Ini Imbauan Dokter

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 354 hits
Sebuah unggahan berisi anjuran kepada masyarakat untuk menghindari ke rumah sakit saat pandemi virus corona viral di media sosial Facebook Unggahan ini sempat dibagikan oleh ribuan akun lain sejak beberapa hari lalu tetapi sudah dihapus pen...
Kerap Bikin Fans Penasaran Ini Cerita Di Balik Bekas Luka Di Wajah 10 Seleb Terkenal

Kerap Bikin Fans Penasaran Ini Cerita Di Balik Bekas Luka Di Wajah 10 Seleb Terkenal

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 205 hits
Apakah alis Charlie Puth yang terputus hanya gaya gayaan atau ada cerita di baliknya
10 Pokok Yang Anda Sangka Rumpai Tapi Sebenarnya Penawar Sakit

10 Pokok Yang Anda Sangka Rumpai Tapi Sebenarnya Penawar Sakit

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1007 hits
Orang tua dulu banyak bergantung kepada tumbuhan untuk rawatan kesihatan Banyak pokok atau rumpai yang boleh kita jadikan penawar Tak salah mencuba kongsikan 10 jenis rumpai yang selalu kita jumpa tapi banyak khasiat yang boleh kita gunakan...
Rektor Ini Jelaskan Bahwa Yang Dibunuh Bukan Petani Tapi Preman Yang Sangat Meresahkan

Rektor Ini Jelaskan Bahwa Yang Dibunuh Bukan Petani Tapi Preman Yang Sangat Meresahkan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 141 hits
Rektor Universitas Ibnu Chaldun Musni Umar menguak sosok La Gode petani cengkeh yang menjadi korban pembunuhan yang dilakukan Ruslan Buton ketika masih menjabat Komandan Pos SSK III Yonif RK 32 Banau pada Oktober 2017 lalu Sosok La Gode yan...
Kenapa Saiz Malaysia Atas Peta Kecil Sangat Tapi Realitinya Lebih Besar Dari Beberapa Negara Eropah Ini Jawapanya

Kenapa Saiz Malaysia Atas Peta Kecil Sangat Tapi Realitinya Lebih Besar Dari Beberapa Negara Eropah Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 298 hits
Pernah tak cari negara kita di peta ataupun pada peta globe masa kecil Mesti susahkan Hal ini kerana saiz Malaysia pada peta sangat kecil Namun tahukah anda Malaysia sebenarnya lebih besar dari Korea Selatan malah lebih besar dari beberapa ...
Perkara Penting Sebelum Datang Ke Pasar Terbuka

Perkara Penting Sebelum Datang Ke Pasar Terbuka

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 326 hits
PASAR TERBUKA PASAR PAGI PASAR MALAM BAZARIA AKAN MULA BEROPERASI PADA 15 JUN 2020 Antara maklumat penting yang anda perlu ambil tahu sebelum ke Pasar 1 Pengunjung mestilah berumur 13 tahun dan ke atas sahaja 2 Hanya dua orang bagi satu kel...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu