Sakit Sangat Abah Rintihan Anak Disengat Tebuan Maafkan Abah Tak Dapat Tolong


Bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan dalam kejadian di Felda Kerteh 4, Jumaat lalu meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya.
Mangsa, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, meninggal dunia awal pagi Ahad kira-kira jam 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, adiknya Muhammad Azib, 6, yang turut disengat tebuan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di hospital berkenaan.
Gambar Hiasan Banyak kesan gigitan tebuan pada badan Nur Nazihah
Bapanya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, berkata, beliau tidak bersama anaknya ketika kejadian kerana berada di rumah ibunya di Bandar Paka.
“Masa kejadian tu saya sedang membaiki dapur di rumah ibu saya manakala lima anak termasuk Nur Nazihah dan Muhammad Azib tinggal bersama isteri di rumah di Felda Kerteh 4.
“Saya terkejut bila isteri telefon beritahu dua anak saya disengat tebuan dan ada banyak kesan gigitan pada badan Nur Nazihah.
ARTIKEL MENARIK [Ibu Garang Dengan Anak Sebab Sayang. Niatnya Satu Nak Bentuk Anak Jadi ‘Orang’] 
“Saya pun minta isteri segera hantar anak ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya. Setibanya saya di klinik, keadaan anak nampak agak kritikal walaupun ketika itu masih sedar.
“Anak saya kemudian dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ,” katanya.
Kredit Gambar: Metro Terkilan tak dapat tolong anak
Mohd Sabri yang dipanggil ‘abah’ oleh anaknya itu berkata, beliau terkilan kerana tidak dapat menolong anaknya ketika kejadian.
Katanya, apa yang lebih memilukan, beliau masih tidak boleh melupakan rintihan anaknya yang menanggung kesakitan ketika dirawat di hospital.
“Dua hari di hospital dia masih sedar dan merintih sakit tetapi sejak malam tadi keadaan dia agak kritikal, dia nampak semakin lesu dan tidak sedarkan diri.
“Saya tak sanggup lihat keadaan dia. Hati bapa mana tak sedih bila lihat keadaan anak macam tu,” katanya.
Menurut Mohd Sabri, hatinya luluh saat menyaksikan anaknya itu menghembuskan nafas terakhir di depan matanya.
“Hati saya pilu namun saya reda dengan ketentuan ALLAH SWT,” katanya.
Menurut Mohd Sabri, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 4&5 sekitar jam 11 pagi.

Kegagalan organ dalaman akibat toksin sengatan tebuan
Terdahulu Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kematian mangsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan tebuan.
Menurutnya, mangsa yang dimasukkan ke HSNZ pada 9.17 malam, semalam dari Hospital Dungun mempunyai 65 kesan sengatan tebuan.
Sumber: Sinar Harian

The post “Sakit Sangat Abah..” Rintihan Anak Disengat Tebuan. Maafkan Abah Tak Dapat Tolong!  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sakit-sangat-abah-rintihan-anak-selepas-disengat-tebuan-maafkan-abah-tak-dapat-tolong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Ayah Sakit Sangat Ayah Kakak Dah Tak Tahan Ayah Tolonglah Ayah

Tolong Ayah Sakit Sangat Ayah Kakak Dah Tak Tahan Ayah Tolonglah Ayah

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 392 hits
DUNGUN Tolong ayah sakit sangat ayah kakak dah tak tahan ayah tolonglah ayah itu rintihan Nur Nazihah Mohd Sabri yang membuatkan bapanya sering menangis apabila teringatkan rayuannya itu Nur Nazirah yang berusia lapan tahun murid Sekolah Re...
Fahami Rintihan Hati Anak Yang Baru Dapat Adik Emosi Yang Paling Perlu Dijaga

Fahami Rintihan Hati Anak Yang Baru Dapat Adik Emosi Yang Paling Perlu Dijaga

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 445 hits
Apakah benar bila kita baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu nampak cemburu Bagaimana nak atasinya Apabila anda hendak mendapat anak baru anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal mental emosi dan jiwa Jika...
Dua Beradik Cedera Disengat Tebuan Seorang Kritikal

Dua Beradik Cedera Disengat Tebuan Seorang Kritikal

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 362 hits
Dua beradik dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas dipercayai disengat tebuan manakala seorang daripadanya kritikal dalam kejadian di sekitar bukit berhampiran rumah mereka dekat Felda Kerteh 4 di Dungun petang tadi Dalam kejad...
Kalau Anak Dah Masuk Umur 3 Tahun Tolong Semak Perkara Ni Sepatutnya Dia Dah Pandai Buat

Kalau Anak Dah Masuk Umur 3 Tahun Tolong Semak Perkara Ni Sepatutnya Dia Dah Pandai Buat

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 395 hits
Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak bukan Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak Pada sekitar usia 3 tahun anak akan cuba mempelajari perka...
Isu Panas Hukum Pemandu Mabuk Bunuh Abah Mama Kami Luahan Anak Mangsa Jadi Yatim Piatu

Isu Panas Hukum Pemandu Mabuk Bunuh Abah Mama Kami Luahan Anak Mangsa Jadi Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 377 hits
Khairizul dan Zuriana maut selepas dilanggar pemandu mabuk dalam insiden Februari lalu BUTTERWORTH Trauma dan marah setiap kali mendengar berita kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk membuatkan lima beradik yatim piatu terken...
Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 350 hits
KOTA BHARU Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa dia pulang ke kampung untuk bersalin bukannya semata mata untuk menyambut Aidilfitri Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim 50 ibu kepada wanita hamil positif COVID 19 dari Kuala Kr...
Penyusuan Susu Ibu Cinta Tanpa Syarat Buat Anak Sakit Belakang Berjaga Malam Berbaloi

Penyusuan Susu Ibu Cinta Tanpa Syarat Buat Anak Sakit Belakang Berjaga Malam Berbaloi

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 392 hits
Penyusuan susu ibu itu memang fitrah namun belum tentu ia boleh berlangsung baik sekiranya tiada atau kurang ilmu Ini kerana penyusuan susu ibu adalah makanan TERBAIK untuk bayi kita dan ramai ibu telah mengetahuinya Walaupun orang kata pen...
Tak Pernah Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi Sebab Tu Bila Anak Sakit Gigi Dia Takut Nak Ke Klinik

Tak Pernah Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi Sebab Tu Bila Anak Sakit Gigi Dia Takut Nak Ke Klinik

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 649 hits
Sebagai seorang ibu tidak dapat menafikan terdapat cabaran dalam membesarkan seorang anak terutamanya apabila berkaitan dengan kesihatan Nak suruh makan ubat pun susah apatah lagi untuk berjumpa doktor Macam nak berperang setiap kali nak ba...
Maafkan Mummy Sayang Mummy Leka 10 Tahun Menanti Zuriat Anak Sulung Pergi Selepas 42 Hari

Maafkan Mummy Sayang Mummy Leka 10 Tahun Menanti Zuriat Anak Sulung Pergi Selepas 42 Hari

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 401 hits
Kehadiran cahaya mata di dalam rumah tangga merupakan satu anugerah Ilahi yang tidak ternilai Tidak semua pasangan yang sudah berkahwin dikurniakan rezeki untuk memiliki anak walaupun sudah bertahun tahun hidup bersama Malah masih ramai yan...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat