Sakit Perut Teramat Sangat Tekanan Darah Tiba Tiba Rendah Rupanya Uri Koyak Ibu Terpaksa Emergency Ceasar


Sakit perut yang teramat sangat tidak boleh dipandang ringan oleh ibu hamil. Perkongsian ini diharapkan boleh dijadikan panduan, betapa pentingnya tindakan segera sekiranya terjadinya sesuatu di luar kebiasaan semasa hamil.
Dr Afiq Rahim berkongsi mengenai kes uri terkoyak yang pernah dialami pesakitnya. Suasana cemas si ibu kesakitan memerlukan tindakan pantas kerana melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak.
Gambar hiasan Uri Koyak “Doktor, ada patient sakit perut” misi saya menelefon saya dalam nada yang sangat cemas.
Seperti ada pisau dilehernya. Nadanya cemas dan ketakutan.
“Berapa minggu dah kehamilan pesakit?” Saya bertanya.
32 minggu “Dalam 32 minggu kehamilan doc. Saya dalam perjalanan ke klinik ni.”
Saya yang baru sahaja pulang daripada gotong royong mengecat bangunan klinik dalam pakaian yang masih bercat terus bergegas ke klinik kami.
Hari Jumaat. Menghampiri waktu solat jumaat pastinya kes yang dirujuk misi adalah kes yang memerlukan perhatian kami. Jika tidak, boleh sahaja ditangguh selepas solat.
Ambulans dipandu laju ke perkarangan kecemasan. Melihat kelibat ambulans dalam keadaan kelam kabut, pastinya petanda situasi bahaya.
Kelibat ambulans tersebut mengimbau pengalaman saya menguruskan pesakit kemalangan ngeri motorsikal semasa banjir 2014. Kisah selepas itu menjadi lagenda.

Dalam suasana cemas, misi saya menolak pesakit di atas katil ke dalam klinik kami. Pesakit kelihatan mengerang kesakitan dan memegang perut buntingnya.
“Masukkan dua branula hijau, periksa vital signs (tekanan darah, nadi dan oksigen) cepat!” Saya segera memberikan panduan kepada pasukan saya.
Pasukan kecil saya di klinik kesihatan terdiri hanya saya, seorang jururawat terlatih dan jururawat masyarakat. Maka semua perkara penting peringkat awal pengurusan kes kecemasan perlu dilaksanakan segera.
Buku pink diteliti Saya membelek sekali imbas buku pink beliau untuk mengetahui status kesihatannya sebelum ini.
Hati saya sudah merasa tidak selesa melihat keadaannya.
Apakah uri koyak?
Apakah uri koyak?
Apakah uri koyak?
Itulah yang bermain di minda gelisah saya.
Uri koyak berada di carta teratas ke kecemasan ibu hamil Uri Koyak atau Placenta Abruptio adalah antara kes yang paling merbahaya dalam rangking kes-kes kecemasan ibu mengandung. Ini kerana dalam sekelip mata, nyawa anak dan janin boleh dijemput malaikat maut.
Selepas memastikan tanda-tanda penting nyawanya selamat, saya menolaknya ke bilik scan.

Bila scan, jelas nampak tanda uri koyak Dalam keadaan penuh tekanan, saya melakukan ultrasound scan ringkas pada perutnya dan jelas kelihatan tanda uri koyak iaitu ‘retroplacenta clots’. Alhamdulillah, degup jantung anaknya masih ada dan kelihatan kuat.

Pantas saya mencapai telefon dan menghubungi dewan bersalin untuk memaklumkan situasi semasa.
Kemudian kami membawa pesakit menaiki ambulans ke dewan bersalin hospital berpakar.
Tekanan darah semakin rendah, tanda ibu hilang darah Tekanan darahnya mula menunjukkan tanda-tanda kehilangan darah (shock) di dalam ambulans maka saya kawal tekanan tersebut dengan air Normal Saline.
Sampai sahaja ke muka pintu, jururawat dewan bersalin, pegawai perubatan dan pasukan mereka segera mengambil alih kes daripada kami.

Perlu emergency caesar Dalam masa singkat, pembedahan kecemasan (Emergency Cesarean Section) terpaksa dilakukan demi menyelamatkan. Status bayinya tidak saya ingati.
Namun saya yakin, bayi dan ibu tersebut selamat. Ini kerana jika tidak, akan sampai surat jemputan kepada kami untuk ke audit kematian ibu dan anak jika perkara buruk terjadi kepada mereka.
Dalam perjalanan pulang, jururawat terlatih saya sempat berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada jururawat masyarakat kami.
Ibu mengandung sakit perut, rujuk doktor segera Katanya “Jika ibu mengandung mengadu sakit perut yang teramat sangat, rujuk kepada doktor segera”.
Saya juga menyampuk, “Betul. Kes sebegini jika kita gagal kesan awal bukan satu nyawa yang melayang bahkan kedua-duanya”.

Uri Koyak adalah kes yang amat mencemaskan Adakala doktor dan misi terpaksa mengangkat suara ketika berhubung antara satu sama lain dan tindak pantas yang kelihatan seolah-olah bertindak ganas atau gopoh.
Walau bagaimanapun, pada setiap prosedur, etika dan profesionalisme tetap perlu kami patuhi.
Tular kisah kematian bayi kerana misi tolak masuk kepala bayi semasa meneran. Lalu bayi tersebut meninggal dunia. Apabila diselidik, kes tersebut adalah kes uri koyak.

Koyakan sedikit boleh mengorbankan janin Tahukah anda, koyakan pada uri walaupun beberapa milimeter sahaja boleh mengorbankan janin yang dikandung. Kebiasaanya janin akan mati dahulu akibat kehilangan darah diikuti si ibu.
Oleh itu, kita perlu dengar dan pastikan kesahihan daripada kedua-dua pihak.
Namun, jika ada kekurangan di pihak hospital atau klinik maka sila salurkan kepada kepada pihak aduan yang sepatutnya.
Jangan tunggu, dapatkan rawatan segera Semoga cerita ini juga memberi panduan kepada para ibu yang sedang hamil untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah.
Jangan tunggu sehingga keadaan malang berlaku ibarat nasi menjadi bubur.
Juga peringatan buat kami di kesihatan agar sentiasa bersikap professional dan mematuhi etika yang ditetapkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.
Sumber: Dr Afiq Rahim
The post Sakit Perut Teramat Sangat, Tekanan Darah Tiba-Tiba Rendah Rupanya Uri Koyak. Ibu Terpaksa Emergency Ceasar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sakit-perut-teramat-sangat-tekanan-darah-tiba-tiba-rendah-rupanya-uri-koyak-ibu-terpaksa-emergency-ceasar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Terkejut Doktor Bedah Perut Anak Sedangkan Anak Sakit Hidung

Ibu Bapa Terkejut Doktor Bedah Perut Anak Sedangkan Anak Sakit Hidung

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 489 hits
Seorang budak lelaki Mohammed Danish berusia tujuh tahun mengalami saat getir apabila perutnya dibedah sedangkan masalah sebenarnya adalah pada hidung Doktor yang melakukan pembedahan hernia sepatutnya membuang polip pada hidung budak lelak...
Ramadan Tanpa Adib Ibu Bapa Luah Rasa Rindu Yang Teramat Sangat

Ramadan Tanpa Adib Ibu Bapa Luah Rasa Rindu Yang Teramat Sangat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 375 hits
TANGGAL 17 Mei ini genaplah lima bulan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim Tempoh lima bulan pemergian Adib 25 tahun yang meninggal dunia akibat kecederaan ketika rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Seafield Subang Jaya bermula 26 Nov...
Ibu Hamil Hilang Rupanya Dijerut Sampai Mati Perut Ditoreh Untuk Keluarkan Bayi

Ibu Hamil Hilang Rupanya Dijerut Sampai Mati Perut Ditoreh Untuk Keluarkan Bayi

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 502 hits
The ReporterSeorang remaja perempuan hamil berusia 19 tahun telah diumpan ke sebuah rumah di Southwest Side sebelum dibunuh dan bayi dalam kandungannya dikeluarkan secara paksaan dari rahimnya Pihak polis mengesahkan mayat yang ditemui dala...
Wanita Muda Ini Masej Tanya Darah Ebby Yus Jenis Apa Rupanya Ini Niat Dia Sebenar

Wanita Muda Ini Masej Tanya Darah Ebby Yus Jenis Apa Rupanya Ini Niat Dia Sebenar

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 453 hits
Ebby menjelaskan dia akan bertemu wanita terbabit dan membincangkan langkah yang seterusnya Wanita muda ini masej tanya darah Ebby Yus jenis apa Rupanya ini niat dia sebenar
Kedai Mula Menolak Tawaran Trade In Fon Huawei Dan Ambil Dengan Harga Yang Sangat Rendah

Kedai Mula Menolak Tawaran Trade In Fon Huawei Dan Ambil Dengan Harga Yang Sangat Rendah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 225 hits
Pihak Google menerusi laman Twitter rasmi Android telah menjelaskan bahawa peranti Huawei sedia ada masih boleh digunakan seperti biasa untuk mengakses Google Play Store dan Play Protect Tambahan lagi Huawei juga turut menyatakan bahawa mer...
Doktor Terpaksa Masukkan Kepala Bayi Semula Dalam Perut Masa Operate Dugaan 7 Tahun Menanti Zuriat

Doktor Terpaksa Masukkan Kepala Bayi Semula Dalam Perut Masa Operate Dugaan 7 Tahun Menanti Zuriat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 290 hits
Pasangan mana yang tidak bahagia bila mengetahui mereka bakal mempunyai cahaya mata lagi lagi bagi yang sudah lama menanti Perasaan bercampur baur debaran kegembiraan untuk menyambut si kecil dalam hidup mereka buat kali yang pertama Namun ...
Tahan Sakit Berjam Jam Kontraksi Kerap Bukaan Lambat Ibu Buat Persediaan Ini

Tahan Sakit Berjam Jam Kontraksi Kerap Bukaan Lambat Ibu Buat Persediaan Ini

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 376 hits
Risau sakit lama sewaktu bersalin Sampaikan ada yang lebih 24 jam tahan sakit tapi bukaan jalan belum terbuka Memang sangat seksa Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam j...
Kandungan Terpaksa Digugurkan Demi Nyawa Tak Sempat Sarung Baju Raya Ibu Ini Pergi Dulu

Kandungan Terpaksa Digugurkan Demi Nyawa Tak Sempat Sarung Baju Raya Ibu Ini Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 515 hits
Pilunya hati menjelang Syawal tidak lama lagi orang yang tersayang tiada lagi pergi buat selama lamanya Demikianlah yang dilalui bapa yang tabah Muhamad Fakri Fae atau lebih dikenali sebagai Ayie tatkala isterinya Allahyarham Nurul Nadia Tu...
Rawat Sakit Kronik Akibat Darah Pekat Dengan Asam Gelugor

Rawat Sakit Kronik Akibat Darah Pekat Dengan Asam Gelugor

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 425 hits
Darah pekat merupakan salah satu punca masalah kepada penyakit penyakit kronik Oleh yang demikian adalah wajar diambil serius sekiranya korang ada mengalami masalah darah pekat Antara masalah yang mungkin timbul akibat darah pekat adalah da...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation