Sajian Terbaik 4 Aneka Nasi Arab Dan Mediterranean Paling Sedap


Nasi iaitu dari beras basmathi boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan. Lebih-lebih lagi nasi dari negara Arab mahupun Mediterranean.
Kalau masak guna basmathi tu jangan lupa direndam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memasak. Barulah gebu nasi tu. Ni min kongsikan 4 resipi Nasi dari negara Yemen, Turki, Palestin dan Mesir. Tengah cuti panjang ni bolehlah buat.
1. NASI DAGING YEMEN

BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kiub besar4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan2 biji bawang besar | mayang halus4 cawan air rebusan daging3 sudu makan mentega/minyak sapi1 sudu makan serbuk ketumbar1 sudu makan serbuk jintan manis1 sudu teh air rendaman safron1 sudu teh jus lemon2 helai daun bay leaf1 sudu teh biji lada hitam5 ulas bawang putihGaram dan gula perang secukupnyaBawang goreng dan kismis secukupnyaAir secukupnyaBAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang3 biji buah pelaga3 kuntum bunga cengkih4 ulas bawang putih | kisar3cm halia |kisarCARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
5. Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
6. Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Yemen
Keistimewaan : Penuh perisa
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
2. NASI KOSHARY RINGKAS

BAHAN-BAHAN A:
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan4 cawan air rebusan ayam/daging½ cawan tomato puri½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuningGaram, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasaBAHAN-BAHAN B (TUMIS):
2 sudu makan minyak sapi4 ulas bawang merah |mayang halus2 ulas bawang putih | mayang halus4 kuntum bunga cengkih4 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
3. Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
4. Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
5. Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Mesir
Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Jika ikut resipi asli dari Mesir mereka akan menambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih. Kacang kuda direndam dulu.
3. NASI TURKI KAMBING

BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh & toskan2 cawan air rebusan daging kambing2 cawan susu cair300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk2 biji ubi kentang |belah empat2 biji tomato | potong bulat1 batang lobak merah |potong bulat3 sudu makan minyak sapiGaram secukup rasaKismis & bawang goreng | untuk hiasan2 – 3 biji telur rebus | pilihanBAHAN-BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang besar5 ulas bawang putih3cm halia2 sudu teh jintan putihBAHAN-BAHAN C:
1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang4 biji buah pelaga3 kuntum bunga cengkihCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
3. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
4. Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
5. Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Turki
Keistimewaan : Rasa daging kambing
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
4.  Nasi Maqlubah Kambing

BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 [email protected] 5 sm4 sudu makan rempah Maqlubah1 sudu makan serbuk lada hitam2 liter air stok daging2 biji bawang besar /dimayang10 ulas bawang putih/ diketuk2 batang kayu manis10 biji bunga cengkih10 biji buah pelaga5 biji cili hijau / potong 1 [email protected] 2.5 sm3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan3 biji terung panjang /dipotong bulat 1 sm, digoreng kuning keemasan6 biji kentang / dipotong bulat 1 sm , digoreng kuning keemasan300 gm kubis bunga/ dipotong, digoreng kuning keemasan1/2 cawan minyak masak4 sudu makan minyak sapi1 sudu makan garam halusBahan hiasan :
Beberapa hiris tomatoBeberapa helai daun pudinaBeberapa hiris lemonCARA MEMASAK :
1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus
7. Didih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.
8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.
9. Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering.
10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak.
11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.
12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.
13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.
14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.
Saiz hidangan : 8 -10 orang
Waktu memasak : 1 jam 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Nasi Arab Palestin dan Syria
Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan.
Anggaran kos : RM 70
INFO CHEF : Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/sajian-terbaik-4-aneka-nasi-arab-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Tahun Baru Cina

5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 653 hits
Esok dah pun Tahun Baru Cina korang semua pun mesti tumpang suka sebab dapat cuti jugak Sajian Cina memang terkenal di dunia kulinari antarabangsa Ni ada 5 aneka resipi terbaik dari Hotel Grand BlueWave Shah Alam Selangor Boleh lah dicuba c...
4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 801 hits
Cuti sempena Tahun Baru Cina memang best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa Cendawan asparagus akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat ra...
10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap Chewy Cubalah Resipinya Sekali

10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap Chewy Cubalah Resipinya Sekali

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 521 hits
Coklat cip memang kegemaran amak anak sepanjang masa Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi Kadang kadang terlalu keras ada yang terlalu kering Foto pinterest com Tentulah tak cantik kalau ...
5 Masakan Cina Paling Sedap Pastinya Halalan Toyibban

5 Masakan Cina Paling Sedap Pastinya Halalan Toyibban

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 628 hits
Dah nak Raya Cina ni memang sajian Cina jadi lebih popular dari biasa Penggunaan sos tiram kicap halia memang sinonim dalam masakan niNi min kongsikan 5 sajian Cina popular buat sendiri lagi puas hatikan1 STIR FRIED BLACK PEPPER BEEFBAHAN B...
Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas

Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 614 hits
Korang kalau tak tahu nak makan lauk apa dah silalah cuba buat lauk yang simple je Kena ada rasa masin dan pedas sikit Tentu berselera Misalnya kerabu ikan bilis yang dicampur limau kasturi Selain itu boleh juga limau kasturi dalam kerabu i...
Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah Rasa Sedap

Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah Rasa Sedap

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1546 hits
Kuih Koci Pulut Hitam antara kuih melayu yang digemari ramai Kena yang sedap makan dua tiga biji pun tak cukup Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara cara buatnya Jom lihat resipi perkongsian saudari Izza Howzin di bawah ini Nampa...
5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap Ikan Usah Dimasak Lama

5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap Ikan Usah Dimasak Lama

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 530 hits
Khasiat ikan salmon memang popular Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel hering kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan Sudahlah rasanya sedap banyak pula khasiat ...
Cara Mudah Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap Memang Power Boleh Rosak Diet Tu

Cara Mudah Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap Memang Power Boleh Rosak Diet Tu

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 693 hits
Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah pasti menarik selera untuk menjamahnya Untuk ibu ibu yang nak dapatkan mi goreng basah yang cukup sedap...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari