5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap Ikan Usah Dimasak Lama


Khasiat ikan salmon memang popular. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.
Sudahlah rasanya sedap banyak pula khasiat kesihatanya. Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Salmon ni biasanya dihidang di kafe dan hotel, nak beli agak mahal juga walau cuma sepotong aje. Kalau ‘umat’ ramai eloklah masak sendiri kan.
1.PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES

BAHAN-BAHAN :
120 gm keping ikan salmon50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu60 gm bawang besar/ dipotong dadu30 gm bawang putih/ dipotong dadu50 gm kacang buncis/ dipotong dadu100 gm jus oren/dipotong dadu30 gm halia/ dihiris20 gm mentegaGaram secukup rasaLada hitam secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja)
4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur.
5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan.
6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia.
7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan.
8. Masukkan mentega dan kacau sebati
9. Letakkan garam secukup rasa
10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven
Jenis masakan : Sajian Barat
Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
180 gm hirisan ikan salmon150 gm yogurt30 gm jintan manis /dikisar30 gm jintan putih /dikisar1 sm halia/dikisar2 ulas bawang putih /dikisarGaram secukup rasaBahan B:
40 gm timun /dipotong dadu kecil30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil40 gm yogurtCARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam.
2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan.
3. Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali.
4. Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur.
5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi
6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka.
7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON

BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan salmon150 gm bawang merah /dihiris5 sm halia /dihiris5 ulas bawang putih /dihiris20 gm halba campur1/2 biji santan kelapa100gm yogurt200 gm serbuk kari ikan1 tangkai daun kari60 gm asam jawabGaram secukupnyaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari.
2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt
5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api.
7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari
Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON

BAHAN-BAHAN :
1 kg ‘fillet’ salmon30 gm bawang kecil | dihiris20 gm bawang putih |dihiris20 gm krim kejuGaram secukup rasaLada hitam secukup rasa | ditumbukStok ikan secukup rasa60 gm bayam (baby spinach)40 gm serbuk roti40 gm keju parmesan | diparut1 lapis pastri paf1 biji kuning telur | dipukulCARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan.
3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan.
4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon.
5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef : Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
5. GRIL SALMON WITH CREAM PENGAGA

BAHAN-BAHAN :
4 filet salmon1/4 sudu teh garam1/4 sudu teh lada hitam2 sudu makan minyak zaitunBAHAN SOS :
7.5 ml susu118 ml krim keju2 sudu makan daun pengaga (dicincang)1 sudu makan parsli (dicincang halus)CARA MEMASAK :
1. Panaskan gril sehingga kepanasan sederhana.
2. Sapukan kedua belah filet salmon dengan minyak zaitun, dan taburkan dengan garam dan lada hitam, perapkan sebentar. Gril bahagian berkulit ke bawah untuk sepuluh minit atau sehingga kulitnya
lekang dan mudah ditanggal dengan garfu. Balikkan.
3 .Sementara itu masak krim keju dan susu dalam saucepan dengan api sederhana selama dua hingga tiga minit. Atau sehingga krim keju benar-benar cair dan sosnya sudah cukup sebati.
4. Kemudian masuk daun pengaga yang telah dicincang halus. Kacau perlahan-lahan.
5. Hidangkan filet salmon yang siap dipanggang dengan sos pengaga. Taburkan dengan daun parsli.
INFO CHEF :
Usap jari anda di atas filet salmon untuk memastikan tiada tulang yang tertinggal. Sekiranya terdapat benjolan kecil itu tandanya tulangnya masih ada lagi. Cabut tulang menggunakan penyepit kecil .
(tweezers).
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Gril dan didih
Jenis masakan : Fusion
Keistimewaan : Sos pengaga memberi citarasa tempatan
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/5-resipi-salmon-berjus-paling-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap Chewy Cubalah Resipinya Sekali

10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap Chewy Cubalah Resipinya Sekali

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 527 hits
Coklat cip memang kegemaran amak anak sepanjang masa Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi Kadang kadang terlalu keras ada yang terlalu kering Foto pinterest com Tentulah tak cantik kalau ...
4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

4 Masakan Cina Paling Popular Sedap

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 803 hits
Cuti sempena Tahun Baru Cina memang best kalau dapat makan lauk pauk yang dimasak stail depa Cendawan asparagus akar teratai adalah sayuran yang sering menjadi bahan ramuan yang sungguh enak Dicampur makanan laut lagi lah bertambah lazat ra...
5 Masakan Cina Paling Sedap Pastinya Halalan Toyibban

5 Masakan Cina Paling Sedap Pastinya Halalan Toyibban

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 630 hits
Dah nak Raya Cina ni memang sajian Cina jadi lebih popular dari biasa Penggunaan sos tiram kicap halia memang sinonim dalam masakan niNi min kongsikan 5 sajian Cina popular buat sendiri lagi puas hatikan1 STIR FRIED BLACK PEPPER BEEFBAHAN B...
Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade

Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 736 hits
Terasa nak makan Putu Bambu atau Putu Piring homemade tapi tak ada acuan Usah risau guna je acuan lompang yang ada di rumah Jadilah namanya Putu Lompang Ha Mudah je nak buat ni Empunya resipi Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit u...
Resipi Sos Pencicah Istimewa Untuk Makanan Bergoreng Atau Rebus Serius Sedap

Resipi Sos Pencicah Istimewa Untuk Makanan Bergoreng Atau Rebus Serius Sedap

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 447 hits
Kalau ada makanan bergoreng atau rebus dan korang tak tahu nak cicah dengan sos apa silalah buat sos sendiri Resipi yang RASA kongsi ni memang sedap dan anda takkan kecewa Senang je nak buat Bahan bahan memang biasanya dah ada di rumah Cuba...
Koleksi 6 Resipi Roti Lembut Gebu Buat Sendiri Sedap Ni

Koleksi 6 Resipi Roti Lembut Gebu Buat Sendiri Sedap Ni

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1027 hits
Percaya atau tidak membuat roti sebenarnya sangat mudah korang pasti seronok bila melihatkan hasil roti yang gebu dan lembut Tambah sedikit kreativiti anda boleh pelbagaikan rasa sama ada tambah inti atau taburkan manisan di atasnya Ternyat...
Awas 5 Jenis Ikan Yang Paling Gatal Dan Angin Kepada Pesakit Ekzema Wanita Bersalin Perlu Elak Dari Memakan Ikan Ini

Awas 5 Jenis Ikan Yang Paling Gatal Dan Angin Kepada Pesakit Ekzema Wanita Bersalin Perlu Elak Dari Memakan Ikan Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 1276 hits
AWAS 5 Jenis Ikan Yang Paling Gatal Dan Angin Kepada Pesakit Ekzema Wanita Bersalin Perlu Elak Dari Memakan Ikan Ini Cegahlah Sebelum Terlambat Pernah dengar petua orang tua tua tak bagi makan sesetengah ikan sebab gatal dan angin Benarlah ...
Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi Sedap Berbaloi

Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi Sedap Berbaloi

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 516 hits
Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi Sedap Berbaloi Salam semua lama rasanya tak makan ikan sardin dalam tin sejak isu ada cacing dalam ikan sardin dalam tin agak lama juga berhenti makan Jenama ikan sardin da...
Misteri Ikan Salmon Yang Kembali Ke Tempat Kelahiran Di Alaska

Misteri Ikan Salmon Yang Kembali Ke Tempat Kelahiran Di Alaska

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 590 hits
BUMI Alaska terletak di benua Amerika cukup indah dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan antaranya destinasi pilihan pencinta alam dengan flora dan fauna yang sungguh memukau Hamparan pergunungan sungai dan keindahan salji menjadi daya tar...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut