Sajian Makanan Muslim Di Xiaobei Lu Guangzhou


[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Dari masjid terbesar di Guangzhou - Masjid As-Sahabi Abi Waqqas, kami meneruskan langkah kaki menuju ke Jalan Xiaobei (Xiaobei Lu) dengan menaiki Metro. Kami nak mencari makanan Muslim di Xiaobei seperti yang disarankan oleh lelaki Afrika yang kami temui di perkarangan masjid petang tadi


PILIHAN TEMPAT MAKANMenurutnya lelaki tadi, terdapat pilihan makanan Muslim tempatan di bahagian luar masjid - ikut pintu North Gate (kami datang dari arah bertentangan iaitu South Gate). Jika mahu pilihan makanan Arab/Turki/Pakistan (tetapi harganya lebih mahal), kami disarankan ke Xiaobei. Kami nak mencuba pengalaman berbeza, jadinya kami memilih ke Xiaobei. Yang dekat ada, tapi pilih yang jauh 😄

NAIK METRO KE XIAOBEIDari Stesen Yuexiu Park di Line 2, kami perlu turun di Stesen Xiaobei di Line 5

Perjalanan naik Metro kali ini terasa agak sukar dan memenatkan. Kami berdepan dengan keadaan sangat sesak dalam Metro dan pertukaran dari Line 2 ke Line 5 yang tak begitu mudah - perlu banyak naik turun tangga stesen dan berjalan di laluan panjang seperti terowong. Benarlah seperti apa yang dikatakan lelaki tadi, lebih mudah jika kami naik teksi berbanding naik Metro. Dah lalui sendiri, barulah faham 😅
Turun di Stesen Xiaobei, keluar ikut pintu A

Pintu A, Stesen Xiaobei.
Sebaik kami melangkah keluar di Pintu A, terus nampak jalan dan bangunan yang meriah ni. Rata-rata pengunjung di sini berwajah Afrika dan Arab. Kelihatan kenderaan mewah seperti Tesla diparkir di sini

Buat pertama kali juga (sepanjang berkunjung di Guangzhou), kami dihampiri peminta sedekah. “Assalamuaikum…”, sambil tangannya menghulurkan bekas sumbangan ke arah kami. Yang lelaki berkopiah dan yang perempuan bertudung, mereka berwajah Cina - mungkin orang tempatan. Dua orang lelaki berpakaian seragam (mungkin anggota polis), kami lihat menghampiri peminta sedekah tadi - mereka bercakap-cakap dan memeriksa dokumen kecil yang dihulukan oleh peminta sedekah. 

DERETAN PILIHAN RESTORAN MAKANAN MUSLIMTerdapat deretan pilihan restoran makanan Muslim di sini - di tingkat bawah dan juga tingkat atas bangunan. Tiada tanda atau simbol halal - sebab di China tak boleh pamerkan tanda atau simbol budaya luar. Tapi kami percaya sajalah apa yang lelaki Afrika tadi beritahu kami - pilih saja mana-mana restoran

Keliru nak memilih entah mana satu pilihan yang terbaik, kami akhirnya masuk ke sebuah restoran di hujung bangunan yang berada di tingkat atas. Restoran ni tak ramai pengunjung, saya rasa lebih selesa. Seorang lelaki berwajah Arab menyambut kami dengan memberi salam

Restoran Azal - makanan Arab dan Yaman, gitulah yang saya faham 😄
Membelek buku menu. Tak tahu nak makan apa

Pilihan nasi

Servis di sini pantas, tak lama menunggu sampailah hidangan makan malam kami. Pilihan saya - Zubaidi grill. Sambil makan, saya buat carian ikan Zubaidi. Rupa-rupanya ia sejenis ikan bawal, nama Arabnya - Zubaidi 😄
Encik Suami pilih makan nasi. Lupa pulak saiz hidangan nasi Arab biasanya memang besar. Memang tak habis makanlah banyak begini 😅
Foto di atas ni sebenarnya saya nak tunjuk suasana dan dekorasi di Azal Restaurant, bukan nak tunjuk Encik Suami perah limau 😂. Masa ni saya tak banyak merakam foto sebab dah keletihan dan lapar. Bila nak buat entri, baru perasan…eh tak ada foto suasana dalam restoran

Secara keseluruhannya, makanan yang kami makan semuanya sedap tetapi bukanlah makanan yang betul-betul memenuhi selera saya. Dari segi kos, memang agak mahal sesuailah dengan tempat makan begini. Para pelayan berwajah tempatan semuanya elok memakai seragam, tetapi yang melayan kami semuanya muka ketat. Sebenarnya memang susah nak jumpa orang tempatan bermuka manis di sini, mungkin budaya mereka begitu

Selesai makan malam, kami menaiki Metro untuk pulang ke hotel penginapan. Alhamdulillah pada pukul 9.30 malam kami selamat sampai di bilik hotel. Ke sana ke sini sepanjang hari, jam tangan saya mencatatkan rekod 14,290 langkah kaki. Letih sungguh









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/10/sajian-makanan-muslim-di-xiaobei-lu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Dari Kereta

Kanak Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Dari Kereta

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 261 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myMadrafataha 12 dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta keluarganya di Flat Bandar Bukit Tinggi 1 semalam FOTO Ihsan PolisShah Alam Seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun nbsp be...
Resep Makanan Rumahan Jawa Mulai Dari Masakan Tumis Sampai Kuah

Resep Makanan Rumahan Jawa Mulai Dari Masakan Tumis Sampai Kuah

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 213 hits
Apa saja resep makanan rumahan Jawa yang bisa kamu hidangkan untuk keluarga Atau mungkin mau buka warung tegalan Masakan jawa terkenal akan keberagamannya Masakan khas Jawa Tengah terkenal akan cita rasa manis seperti gudeg pecel dan bacem ...
Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap Dan Murah

Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap Dan Murah

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 232 hits
Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap dan Murah Hatyai sememangnya syurga makanan bagi pelancong yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan Terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Haty...
Risau Jadi Sebab Makanan Bernajis Wanita Ini Ajar Cara Betul Cuci Ayam

Risau Jadi Sebab Makanan Bernajis Wanita Ini Ajar Cara Betul Cuci Ayam

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 244 hits
Hukum berkaitan pemakanan termasuk apa yang halal dan haram menurut syarak adalah aspek penting dalam agama yang wajib diketahui oleh setiap individu Muslim Baru baru ini melalui perkongsian Muharrik Daie beliau mengunjungi sebuah restoran ...
8 Keutamaan Umrah Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

8 Keutamaan Umrah Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 175 hits
Apa saja keutamaan umrah Berikut diterangkan keutamaan umrah disertakan dengan dalil dalil dan pelajaran lengkapnya
Non Muslim Teacher Hopes To Shift Negative Perceptions Of Jawi

Non Muslim Teacher Hopes To Shift Negative Perceptions Of Jawi

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 118 hits
Lorenica Frenila Masundim made it a habit to share pictures and videos of her students classwork on Facebook but she did not expect her recent post to gain widespread attention PETALING JAYA A non Muslim Sabahan teacher has become a hit on ...
Bahagian 1 Masjid As Sahabi Abi Waqqas Guangzhou

Bahagian 1 Masjid As Sahabi Abi Waqqas Guangzhou

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 224 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Selepas mengunjungi masjid tertua di China iaitu saya dan Encik Suami menuju ke sebuah lagi masjid yang terdapat di Guangzhou Kami ke masjid terbesar di Guangzhou juga paling besar di wilayah G...
Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 304 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Alhamdulillah saya dan Encik Suami berpeluang menziarahi Masjid Huaisheng masjid tertua di China ini buat kali kedua Kunjungan kali ini lebih bermakna kerana lebih banyak perkara yang dapat kam...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital