Bahagian 1 Masjid As Sahabi Abi Waqqas Guangzhou


[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Selepas mengunjungi masjid tertua di China iaitu Masjid Huaisheng, saya dan Encik Suami menuju ke sebuah lagi masjid yang terdapat di Guangzhou. Kami ke masjid terbesar di Guangzhou, juga paling besar di wilayah Guangdong (Guangzhou merupakan ibu negeri bagi wilayah Guangdong) iaitu Masjid As-Sahabi Abi Waqqas.
Semasa kali pertama ke Guangzhou, kami gagal menemukan lokasi masjid ini. Kali ini saya berharap dapat melunaskan hasrat yang tak kesampaian pada kunjungan terdahulu. Alhamdulillah rupa-rupanya bukan sekali, malah saya berkesempatan ke masjid ini sebanyak dua kali pada hari berbeza 😊
Catatan berkenaan masjid ini saya buat dua entri kerana kami datang pada dua waktu berbeza - lewat petang membawa ke malam dan waktu tengah hari.

CARA KE MASJID AS-SAHABI ABI WAQQASDari Stesen Ximenkou di Line 1, kami menaiki Metro ke Stesen Yuexiu Park di Line 2 dengan kadar tambang 2 yuan / seorang. Sampai di stesen, keliru pulak nak keluar ikut pintu mana satu untuk ke masjid. Kami keluar ikut pintu yang salah. Berkerut kening memerhati sana sini dan berfikir mana satu arah nak dituju. Masa ni pulak gerimis halus mulai membasahi bumi

Pendek cerita, kami akhirnya berjaya sampai di lokasi yang dicari. Jika naik Metro macam kami, begini caranya :
Community Police Station. Foto dirakam sewaktu dalam perjalanan balik.Keluar melalui Pintu B2 di Stesen Yuexiu Park. Sebaik saja keluar, kita boleh nampak bangunan dengan seni bina bercirikan tradisional Cina iaitu Community Police Station. Ia terletak bersebelahan dengan Canton Orchid Garden.
Teruskan berjalan menuju ke arah bangunan tersebut yang terletak di lorong pertama yang kita temui. Kemudian ambil arah ke kiri. Teruskan berjalan sehingga ke penghujung lorong. Pintu masuk masjid terletak di sebelah kanan, di hujung jalan.

MASJID AS-SAHABI ABI WAQQAS - MASJID DI DALAM TAMAN DAN MAKAM SA’AD BIN ABI WAQQAS
Kedudukan pintu masuk masjid di sebelah kanan, di penghujung jalan. Mulanya kami keliru jugak sebab laluan ke hujung ni terlindung dengan kerja-kerja baik pulih jalan

Masuk ikut pintu kecil

South Gate | 5.20 petang hari Ahad, 22 September 2024.Tiba di pintu gerbang. Alhamdulillah sampai jua 😁. Bangunan masjidnya tak nampak lagi, tapi saya yakin ini lokasi yang betul sebab mengenali rupa pintu gerbang ni sewaktu buat carian internet berkenaan masjid ini. Kemudian baru saya tahu ini merupakan South Gate. Ada satu lagi pintu masuk dari arah bertentangan iaitu North Gate. 
Wah! Saya rasa macam berjalan dalam sebuah taman rekreasi, tempat ini luas dan indah dengan hijau alam. Ketika ini jugak rintik hujan bertambah lebat. Kami melangkah lebih laju mencari bangunan masjid. Tak sempat saya nak menikmati suasana sekitar

Tanda arah. Kami datang dari arah South Gate

Dari laluan pejalan kaki, bangunan masjid terletak di sebelah kiri. Kami meniti anak tangga untuk menuju ke bangunan masjid. Terdapat dua buah khemah besar di perkarangan masjid. Kelihatan beberapa orang pengunjung lain (menurut pemerhatian saya, mereka juga pelancong luar seperti kami) sedang duduk di kerusi di bawah khemah. Kami ikut duduk untuk melepaskan lelah seketika dan menunggu hujan teduh

Selesai melakukan solat sunat tahiyyatul masjid dan sementara menantikan masuknya waktu solat Maghrib, sempatlah kami melihat-lihat di sekitar kawasan masjid

Papan tanda masjid dengan tulisan bahasa Arab dan bahasa Cina. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas

Rupa bahagian hadapan Masjid As-Sahabi Abi Waqqas. Seni binanya sama seperti Masjid Huaisheng - bercirikan tradisional Cina. Bezanya, terdapat simbol bulan sabit di atas bumbungnya yang menonjolkan ciri-ciri Islam
INFO | Binaan asal masjid ini telah dibina pada zaman Dinasti Tang. Binaan yang ada kini merupakan binaan semula pada tahun 2010 bagi menampung jemaah semasa berlangsungnya Sukan Asia 2010. Ruang solat masjid dua tingkat ini mampu menampung seramai 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.
Pandangan dari sudut sisi masjid. Barulah jelas binaan masjid ini dua tingkat

Di sisi bertentangan terdapat bangunan yang menempatkan tandas/tempat wuduk lelaki di bahagian bawah dan pejabat pentadbiran (kalau tak silap saya) di bahagian atasnya

Tandas/tempat wuduk perempuan pula terasing jauh. Tak berani saya nak pergi sendirian


SIANG BERTUKAR MALAM | Pukul 6.10 petang, keadaan mulai gelap. Jemaah masjid sudah mulai berkumpul. Kebanyakkan mereka datang dari arah North Gate. Saya perhatikan rata-rata jemaah yang datang mungkin bukan orang tempatan - mereka berwajah Pakistan, Afrika dan Arab

Pukul 6.23 petang (entah nak sebut petang atau malam sebab di sini dah gelap 😄), kedengaran laungan azan Maghrib berkumandang. Syahdu pulak saya rasa bila mendengar azan di negara bukan Islam. 
Video azan Maghrib

Keindahan Masjid As-Sahabi Abi Waqqas pada waktu malam

Suasana di dalam masjid. Alhamdulillah ramai juga yang datang untuk solat berjemaah

Pukul 6.39 petang, kami melangkah meninggalkan kawasan masjid. Di dalam hati, saya berharap moga ada kesempatan sekali lagi ke sini sebelum kami kembali ke Malaysia. Datang pada waktu siang cerah, supaya cukup masa untuk saya memerhati dan menikmati suasana di sini. Juga ke bahagian makam sahabat Nabi yang hanya sempat saya pandang dari jauh

Alhamdulillah hasrat saya tercapai, catatan seterusnya pada entri Bahagian 2


MALAYSIA? | Ketika kami berada di perkarangan masjid lewat petang tadi, seorang lelaki muda berwajah Afrika datang menyapa kami - “Assalamualaikum…Malaysia?”

Katanya dia pernah ke Malaysia dan terkandas ketika pandemik melanda. Kami berbual seketika. Sebelum berpisah, kami bertanya berkenaan lokasi makan halal. Sajalah tanya sebab katanya dia menetap di sini

Dari masjid, kami berjalan kaki ke stesen Metro terdekat iaitu Yuexiu Park. Seterusnya, kami ke Xiaobei untuk mencari restoran halal seperti yang disarankan oleh lelaki tadi








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/10/bahagian-1-masjid-as-sahabi-abi-waqqas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 291 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Trip ke Guangzhou ini merupakan trip atas urusan Encik Suami dan ia trip mengejut Jadinya kami tak buat itinerari untuk aktiviti jalan jalan pergi dan redah sahaja ikut kesesuaian masa yang ada...
Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 247 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Alhamdulillah saya dan Encik Suami berpeluang menziarahi Masjid Huaisheng masjid tertua di China ini buat kali kedua Kunjungan kali ini lebih bermakna kerana lebih banyak perkara yang dapat kam...
Di Setiap Rezeki Yang Allah Berikan Kepada Kita Ada Bahagian Rezeki Orang Lain

Di Setiap Rezeki Yang Allah Berikan Kepada Kita Ada Bahagian Rezeki Orang Lain

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 298 hits
Di setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita ada bahagian rezeki orang lain Sesungguhnya Allah meluaskan dan menyempitkan sebahagian rezeki hamba Nya Allah SWT berfirman Katakanlah Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang ...
Assalammualaikum Jodoh Foto Song Geonhee Di Masjid Curi Perhatian Ramai

Assalammualaikum Jodoh Foto Song Geonhee Di Masjid Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 119 hits
Seronoknya tengok Song Geon hee pergi bercuti Artikel Berkaitan Baru baru ini di Instagram Song Geon hee telah berkongsi beberapa foto di Instagram ketika percutiannya di Abu Dhabi Khususnya peminat Muslim tertarik dengan gambar lelaki itu ...
Sajian Makanan Muslim Di Xiaobei Lu Guangzhou

Sajian Makanan Muslim Di Xiaobei Lu Guangzhou

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 115 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Dari masjid terbesar di Guangzhou kami meneruskan langkah kaki menuju ke Jalan Xiaobei dengan menaiki Metro Kami nak mencari makanan Muslim di Xiaobei seperti yang disarankan oleh lelaki Afrika...
Guangzhou Tianhe Taigu Huifen Ruipin Hotel

Guangzhou Tianhe Taigu Huifen Ruipin Hotel

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 147 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Nama hotel penginapan kami kali ini agak mengelirukan kerana tidak sama dengan nama hotel yang ditempah Tambah mengelirukan nama yang tertera pada bangunan hotel juga jauh berbeza Itulah sebabn...
Polis Siasat Laporan Alas Kaki Ada Imej Kaabah Masjid

Polis Siasat Laporan Alas Kaki Ada Imej Kaabah Masjid

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 150 hits
bharian com myOleh Oktober 7 2024 9 55amAlas kaki yang dijual di Pasar Lebuh Cecil Georgetown ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid Foto PDRM GEORGETOWN Polis Pulau Pinang menerima laporan alas kaki yang dibeli di sebuah bazar di Pasa...
Profil 10 Imam Masjid Al Haram Tahun 2024

Profil 10 Imam Masjid Al Haram Tahun 2024

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 145 hits
BloggerBorneo com Masjid Al Haram di Makkah merupakan pusat spiritual umat Islam di seluruh dunia menjadi tempat ibadah yang paling sakral dalam agama Islam Salah satu elemen penting yang memberikan kesan mendalam kepada para jamaah adalah ...
Galak Kanak Kanak Solat Subuh Berjemaah Cara Masjid Buat Netizen Kagum

Galak Kanak Kanak Solat Subuh Berjemaah Cara Masjid Buat Netizen Kagum

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 124 hits
Bukan mudah untuk menggalakan anak anak ke pergi ke masjid terutama solat subuh Pendekatan yang dilakukan oleh sebuah masjid iaitu Masjid Al Syakirin Gombak Selangor patut dijadikan contoh kepada masjid masjid lain yang belum melakukan usah...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam