Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap Dan Murah


Makanan Hatyai – Pilihan Restoran Halal, Sedap, dan Murah!
Hatyai sememangnya syurga makanan bagi pelancong yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan. Terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Hatyai. 
Bagi pelancong Muslim, jangan risau. Pilihan makanan halal di Hatyai memang banyak sangat dan mudah didapati. Di mana-mana ada makanan halal, sedap murah dan autentik!
Untuk memudahkan anda memilih restoran makanan Hatyai yang halal dan wajib dicuba, berikut dikongsikan beberapa pilihan restoran makanan Hatyai yang halal dan mesra Muslim. 
Jom baca!
BACA JUGA: 10 Tempat Menarik Di Bangkok yang Wajib Dikunjungi
Makanan Halal di Hatyai – Port Makan Popular 1. Kai Tod Decha Sumber: Kai-Tod Decha (Bangloh) Chee Uthit Branch Restoran Halal Kai Tod Decha di Hatyai merupakan salah satu tempat makan yang terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan, khususnya bagi penggemar makanan Thai. 
Lokasinya amat strategik, berdekatan lapangan terbang Hatyai. Ini menjadikannya pilihan tempat makan yang paling ideal sebaik sahaja tiba di Hatyai. 
Sumber: Kai-Tod Decha (Bangloh) Chee Uthit Branch Restoran ini popular dengan menu ayam goreng Thainya yang sangat sedap. Selain itu, menu lain yang menjadi pilihan ramai ialah Tom Yum, nasi khao mok dan sotong goreng tepung. Terdapat juga pelbagai pilihan makanan laut dan sayur-sayuran yang boleh anda cuba apabila berkunjung ke sini. 
Purata kos setiap hidangan berada dalam lingkungan 60-150 baht. Memang berpatutan, dan sedap!
2. Restoran Hamid Hatyai Sumber: Hamid Restaurant Hatyai Sumber: Hamid Restaurant Hatyai Restoran Hamid ini pemiliknya memang Muslim, jadi status halal makanan nya memang tidak diragukan lagi, inshaAllah. Restoran ini juga salah satu port makan popular di Hatyai untuk mereka yang mencari makanan Hatyai yang halal dan sedap.
Ia menawarkan pelbagai jenis makanan Thai, hidangan fusion, dan pencuci mulut yang lazat. Harga hidangan adalah sekitar 85-200 baht. 
Wajib cuba!
3. Dapor Muslim Port makan di Hatyai yang halal seterusnya ialah Dapor Muslim. Restoran ini menjadi pilihan utama bagi pengunjung Muslim yang ingin menikmati hidangan autentik Thai dan makanan tempatan tanpa perlu bimbang tentang status halal. 
Sumber: Dapor Muslim (ครัวมุสลิม) Terletak berhadapan dengan stesen kereta api Hat Yai, restoran sederhana ini menawarkan pelbagai makanan Hatyai yang menarik seperti kerang bakar, ikan siakap masam, mi sup dan macam-macam lagilah. Di sini juga ada disediakan bilik solat. Bolehlah singgah solat sambil pesan makanan. 
4. Khlong Hae Floating Market Sumber: Khlong Hae Floating Market Kalau pergI Thailand tak singgah pasar terapung memang tak lengkaplah percutian anda. Pasar terapung Khlong Hae ini merupakan salah satu tarikan utama di Thailand, di mana para peniaga menjual pelbagai jenis makanan dan barangan dari bot-bot kecil di atas sungai.
Sumber: Khlong Hae Floating Market Selain itu, ia juga merupakan port makanan halal. Anda boleh menikmati pelbagai makanan jalanan halal di sini seperti mi som tam, khao yam, phad thai, khanon mod, tom yam seafood, takoyaki, air kelapa segar dan sebagainya. 
Harga makanan juga berpatutan, biasanya antara 20 hingga 100 baht sahaja. Sambi membeli makanan, anda boleh berjalan-jalan di sekitarnya dan menyaksikan suasana pasar terapung yang meriah. 
5. Restoran Khlong Hae Buffet Seafood Halal Steamboat Bagi penggemar steamboat, restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan laut segar dan bahan-bahan lain untuk steamboat anda, semuanya dijamin halal!
Sumber: Khlong Hae Buffet Seafood Halal Dengan harga lebih kurang 299 baht per seorang, pelanggan boleh makan sepuasnya dengan harga yang berpatutan. 
Restoran ini terletak berhampiran dengan Khlong Hae Floating Market, jadi anda boleh singgah ke sini sekiranya ingin merasai makanan laut dan sedia ada yang ditawarkannya. 
6. Ayutthaya Noodle Halal Hatyai Terkenal dengan hidangan boat noodle yang autentik, Ayutthaya Noodle Halal menawarkan pengalaman makan mi yang unik untuk setiap pengunjungnya. 
Ada pelbagai rasa yang anda boleh cuba seperti kari dan tomyam. Selain itu, pelanggan boleh memilih antara daging lembu atau ayam untuk mengiringi hidangan mi mereka.
Sumber: ก๋วยเตี๋ยวเรืออยุธยาฮาลาล Ayutthaya Noodle Halal Berbeza dengan konsep mangkuk kecil yang biasa dilihat di Malaysia, hidangan mi di sini disajikan dalam portion besar dan dipenuhi dengan daging. Harga berpatutan, bermula dari 70 baht sehingga lebih kurang 100 baht (RM13).
Sumber: ก๋วยเตี๋ยวเรืออยุธยาฮาลาล Ayutthaya Noodle Halal Selain mi, ada juga menu yang lain yang anda boleh cuba seperti nasi goreng, roti-roti, tomyam Thai dan sebagainya. Jangan lupa singgah tau!
7. Dimsum Chabura Hatyai Sumber: Dimsum Chabura Hatyai Teringin nak makan dimsum halal di Thailand, singgahlah di Dimsum Chabura. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis dimsum halal yang lazat, menjadikannya tempat ideal untuk sarapan atau makan tengah hari yang ringan.
Pengunjung boleh memilih dari menu atau mengambil sendiri pilihan dimsum yang diingini dan menghantarnya ke kaunter untuk dipanaskan. 
Sumber: Dimsum Chabura Hatyai Nak makan dimsum, tapi nak juga makan makanan lain? Jangan risau. Di sini juga ada menjual pelbagai jenis hidangan lain. Contohnya nasi goreng, spaghetti, pulut mangga, dumpling, pad kra pao dan sebagainya.
Restoran ini sering menjadi tumpuan ramai, terutama untuk sarapan pagi. Jadi pastikan anda datang awal. Lokasinya berdekatan dengan 7-Eleven, memudahkan pengunjung untuk mendapatkan snek tambahan setelah menikmati dim sum.
8. Gu Roti ChaChak Sumber: Tourism Authority of Thailand Gu Roti Cha Chak adalah salah satu kedai makanan Hatyai yang halal dan cukup popular di Thailand. Ia terkenal dengan hidangan pelbagai jenis seperti roti kosong, roti telur, foytong roti, roti salad,  roti pisang, dan sebagainya. Teh tarik Thai (cha chak) adalah pelengkap yang anda wajib cuba disini. 
Sumber: Gu Roti ChaChak Sumber: Gu Roti ChaChak Kedai ini menarik perhatian pengunjung, terutamanya pelancong Muslim, kerana ia menawarkan hidangan halal yang lazat dengan suasana yang santai dan selesa. Servis pun boleh tahan laju. 
Menu lain turut ada dijual di sini selain roti, contohnya seperti lekor, tomyam, kentang goreng, lauk pauk dan sebagainya. 
9. Greenway Food Station Sumber: Greenway Food Station (กรีนเวย์ฟู้ดสเตชั่น) Sebuah lagi pilihan port makan halal di Hatyai yang cukup terkenal dan menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa adalah Greenway Food Station. 
Restoran ini terletak di 1406 3 Kanjanavanich Road, Hatyai, restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 5 petang hingga 10 malam, kecuali pada hari Isnin. 
Di Greenway Food Station, terdapat banyak gerai makanan yang menawarkan pilihan halal, menjadikannya destinasi ideal untuk pengunjung Muslim. 
Sumber: Greenway Food Station (กรีนเวย์ฟู้ดสเตชั่น) Antara makanan Hatyai halal yang boleh dinikmati di sini termasuk ayam goreng thai, nasi goreng, pad thai, sate ayam dan daging thai, som tam (kerabu betik), pelbagai pilihan makanan laut serta pencuci mulut seperti pulut mangga, roti pisang dan kuih-muih manis. 
10. SA-BIANG Café & Cuisine Sumber: ร้านสะ-เบียงฮาลาล SA-BIANG Café & Cuisine : HALAL Port makanan Halal di Hatyai yang seterusnya ialah SA-BIANG Café & Cuisine. Kafe halal ini menawarkan suasana santai dengan menu yang pelbagai, sesuai untuk mereka yang mencari tempat makan yang lebih moden dan selesa. 
Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 9:00 malam, menjadikannya pilihan yang ideal untuk anda singgah sarapan, makan tengah hari, atau makan malam. 
Sumber: ร้านสะ-เบียงฮาลาล SA-BIANG Café & Cuisine : HALAL Sumber: ร้านสะ-เบียงฮาลาล SA-BIANG Café & Cuisine : HALAL Menu di SA-BIANG merangkumi pelbagai hidangan Thai yang autentik, termasuk nasi dan pelbagai lauk-pauk yang boleh dinikmati secara berkongsi. Harga hidangan adalah berpatutan, dan restoran ini mengutamakan penggunaan bahan-bahan segar.
11. Lae Pha Cafe (Chestnut Hill Eco Resort) @ Hatyai Kalau nak makan makanan Hatyai sambil ‘healing’, anda boleh singgah di Lae Pha Cafe ini. Kafe unik ini menawarkan pengalaman makan yang tenang di tengah-tengah alam semula jadi. 
Sumber: แลผาคาเฟ่ @ Chestnut Hill Eco Resort Terletak di kawasan perbukitan, kafe ini menawarkan pemandangan alam semulajadi yang indah, memberikan suasana santai yang jauh daripada kesibukan bandar.
Kafe ini terkenal dengan hidangan yang menekankan konsep makanan sihat dan segar. Ada banyak pilihan makanan tempatan yang anda boleh cuba di sini. Pizza pun ada!
Sumber: แลผาคาเฟ่ @ Chestnut Hill Eco Resort Bukan itu sahaja, Lae Pha Café ini juga terkenal dengan kopi organik yang dihasilkan menggunakan biji kopi tempatan. Selain itu, kafe ini juga menyediakan teh herba dan jus buah-buahan yang dihasilkan daripada buah tempatan yang segar.
Harga makanan dan minuman di sini adalah sedikit lebih tinggi berbanding kafe biasa, tetapi berpatutanlah untuk pengalaman makan di kawasan ekopelancongan. 
NOTA: Bagi pengunjung Muslim yang ingin memastikan hidangan yang diambil adalah halal, disarankan untuk bertanya kepada pihak kafe mengenai status halal bahan-bahan yang digunakan, terutamanya yang berasaskan daging. 
12. Pakalooza Cafe Pakalooza Cafe juga salah satu pilihan kafe sebuah kafe yang terletak di Hat Yai, Thailand, dan terkenal dengan suasana santai serta pilihan makanan Hatyai yang menarik. 
Sumber:  Pakalooza Cafe Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan yang sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, dan snek, termasuk pilihan makanan halal. Antara menu popular di Pakalooza termasuk pelbagai jenis kopi, smoothie, dan hidangan ringan seperti sandwich dan salad.
13. HLNG Cafe @ Phatthalung HLNG Cafe @ Phatthalung juga antara restoran halal di Thailand yang terkenal dengan hidangannya yang lazat dan landskap tamannya yang cantik. 
Sumber: HLNG Cafe @ Phatthalung Menu popular di kafe ini termasuk burger, donat, nasi goreng dan pelbagai lagi pilihan dessert serta makanan berat yang menyelerakan.
Satu lagi tarikan utama di HLNG Cafe adalah coconut shake. Minuman ini dihasilkan dari kelapa muda segar yang dicampur dengan susu dan ais, memberikan rasa yang creamy dan menyegarkan. Memang padu!
14. Asean Night Bazaar Hatyai Asean Night Bazaar pula menawarkan pelbagai pilihan makanan jalanan Hatyai yang anda boleh cuba. Ia merupakan tempat makan halal di Hat yang ideal untuk diteroka cita pada waktu malam.
Sumber: Tripadvisor Antara makanan Hatyai yang halal anda boleh beli di sini ialah miang kham, telur sotong, ubi keledek, sate, pad thai, tomyam, colek buah, pulut mangga,  dan macam-macam lagi! Hampir semua makanan jual dekat sini halal tau. 
15. Bangbao Halal Food Bangbao Halal Food menawarkan suasana yang selesa dan mesra, menjadikannya tempat makan yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul. 
Sumber: Bangbao Halal Food Di sini, pengunjung dapat menikmati pelbagai pilihan makanan Hatyai yang halal. Ada tomyam, sup daging, makanan berlauk dan sebagainya. Harganya pun murah-murah. 
16. Nomjeen Na Phuket@Hatyai Nomjeen Na Phuket juga salah satu restoran halal yang terletak di Hatyai, Thailand. Restoran ini terkenal dengan hidangan tradisional Thailand yang dihidangkan dengan rasa autentik, khususnya menu mi “nomjeen”.
Sumber: Nomjeen Na Phuket@Hatyai Salah satu menu popular di sini ialah Kanom Jeen atau Siamese Laksa. Kalau order ni dapat ‘sebakul’ ulam-ulamannya. Memang terbaik!
Selain itu, anda juga boleh mencuba Nasi Goreng Thailand, Tom Yum, sup pedas dan masam, Pad Thai, Larb (salad daging tradisional yang pedas, yang sering dihidangkan dengan herba segar dan limau nipis), dan sebagainya. 
17. Kaitod Meena Selain Kaitod Decha, Kaitod Meena juga salah satu pilihan kedai makan halal di Hatyai yang menjual ayam goreng Thai. 
Sumber: Kaitod Meena Restoran ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana ayam gorengnya yang rangup di luar tetapi lembut di dalam, dengan perapan rempah yang memberikan rasa autentik Thai. 
Selain ayam goreng, terdapat pelbagai menu lain seperti nasi, som tam (salad betik), dan sup tom yum, yang semuanya sedap dan sesuai dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.
18. Kak Yah Sup Kawah/Ka Yoh Jao Kao halal Restaurant Kak Yah Sup Kawah merupakan salah satu gerai makanan halal yang popular di Hatyai. Seperti namanya, gerai ini memang terkenal dengan sup kawahnya yang kaya dengan rasa rempah ratus Thai. 

Sumber: Ka Yoh Jao Kao halal Restaurant Gerai ini sering menjadi pilihan pelancong dari Malaysia kerana status halalnya serta rasa yang cukup memenuhi citarasa tempatan. 
Sup kawahnya biasanya terdiri daripada daging lembu yang dimasak empuk dalam kuah yang beraroma, bersama pelbagai ramuan seperti serai, lengkuas, dan daun limau purut.
Sumber: Ka Yoh Jao Kao halal Restaurant Selain sup kawah, Kak Yah Sup Kawah juga menawarkan beberapa hidangan lain yang popular seperti nasi campur dan pelbagai lauk-pauk tempatan. 
Bagi yang mencari makanan tradisional Thai di Hatyai, Kak Yah Sup Kawah adalah salah satu tempat yang wajib dicuba!
Kesimpulan Mencari makanan halal di Hatyai tidak susah mana pun. Ada banyak restoran halal yang boleh didapati terutamanya di kawasan-kawasan “tourist spot”.  Selain rasanya yang sedap, kebanyakan restoran juga mengenakan harga yang berpatutan. 
Sebenarnya ada banyak lagi kedai makanan Hatyai yang halal belum termasuk dalam senarai di atas ni. Ada masa nanti, pihak kami akan kemaskini sambung lagi senarai di atas untuk rujukan semua ya.
Akhir kata, selamat menikmati percutian anda di Hatyai!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-hatyai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-hatyai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Makanan Halal Di Hatyai Floating Market

15 Makanan Halal Di Hatyai Floating Market

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 146 hits
Makanan Halal di Hatyai Floating Market Wajib Cuba Hatyai Floating Market atau Khlong Hae Floating Market adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sentiasa meriah dengan kunjungan pelancong tempatan dan juga dari serata dunia ...
Senarai Hotel Murah Di Hatyai Harga Bawah Rm200

Senarai Hotel Murah Di Hatyai Harga Bawah Rm200

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 387 hits
Hotel Murah Di Hatyai Pilihan Penginapan Bajet dan Selesa Hatyai adalah sebuah bandar yang sibuk dan sering menjadi pilihan destinasi percutian bagi pelancong dari Malaysia Bandar ini menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti pasar malam ...
Kedai Nasi Arab Terengganu Sedap Dan Murah

Kedai Nasi Arab Terengganu Sedap Dan Murah

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 174 hits
Kami ada satu lokasi kedai nasi arab yang kami suka makan di bandar Kuala Terengganu Maklum sajalah orang lelaki kan makannya banyak jadi suami suka ajak saya dan anak anak makan di kedai nasi arab kerana portionnya yang selambak banyak Dis...
Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 291 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Trip ke Guangzhou ini merupakan trip atas urusan Encik Suami dan ia trip mengejut Jadinya kami tak buat itinerari untuk aktiviti jalan jalan pergi dan redah sahaja ikut kesesuaian masa yang ada...
3 Kali Singgah Kedai Roti Paung Dan Pizza Arang Kayu Sebab Lokan Bakar Sedap

3 Kali Singgah Kedai Roti Paung Dan Pizza Arang Kayu Sebab Lokan Bakar Sedap

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 168 hits
Bila kita sukakan sesuatu makanan dan kedai makan mesti kita akan berulang pergi dan pergi lagi sampai jemu Tu pun kalau jemulah kan Begitulah bila 3 kali singgah Kedai Roti Paung dan Pizza Arang Kayu kat Sepang ni mulanya sebab teringat lo...
Yogurt Farm Fresh Sedap

Yogurt Farm Fresh Sedap

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 255 hits
Sejak tahu Farm Fresh ada keluarkan yogurt kita pun selalu membeli yogurt setiap minggu Kalau tidak tak tahu nak beli jenama apa yang sedap sebab kebanyakkannya produk yang diboikot Jadi bila ada yogurt Farm Fresh ni senang hatilah kita nak...
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 204 hits
Saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang Bila sakit sahaja itu amaran awal pada kematian Maka segerakan bertaubat Kebetulan saya dah beberapa hari terlantar di hospital kerana ada infection dan bacteria Sementara menunggu resul...
Sukun Lembik Jangan Dibuang Boleh Buat Cekodok Sedap Ni

Sukun Lembik Jangan Dibuang Boleh Buat Cekodok Sedap Ni

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 163 hits
Jom cuba Cekodok Sukun Buah Sukun biasanya digoreng tapi jika ada buah terlebih masak boleh diolah menjadi Cekodok Sukun yang sangat sedap ni Barulah tidak membazir dan terbuang begitu sahaja Caranya sangat mudah dan tidak menggunakan banya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip