Saiful Apek Orang Mengistilahkan Saya Sudah Berhijrah



HALAMAN HIBURAN
Saiful Apek harap pengakhiran penuh barakah

KELIBAT pelawak dan pelakon terkenal Saiful Apek sejak tiga tahun lalu di acara keagamaan semakin mendapat tempat.
Bermula dari forum berskala kecil sehingga lah ke skala besar, Saiful digandingkan dengan para ustaz dan panelis terkenal.

Begitulah detik permulaannya dari dunia glamor kemudian perlahan-lahan meniti jambatan akhirat demi mencari keredhaan ALLAH SWT serta pengakhiran yang penuh berakah.

“Saya masih Saiful Apek yang sama. Bukanlah bermakna diundang ke program kerohanian saya mesti berdakwah.“Cuma saya lebih berkongsi perihal kemanusiaan yang disulami elemen keagamaan daripada barisan panel ataupun ustaz yang hadir.
“Pada masa sama, saya diletakkan di situ sebagai pemanis untuk menarik orang awam bagi memenuhkan program berkenaan,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Sejak mendapat kemanisan dalam majlis ilmu seumpama itu, Saiful atau nama lengkap Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, berkata, keutamaan kini adalah bergiat aktif dalam kerja amal.

“Seronok rasanya saya berjumpa dengan para alim ulama. Kalau dulu orang kata artis dan ulama jauh, sekarang ini kami dapat bersama di atas pentas, dan malah kadang-kadang individu bangsa lain pun datang.
“Jadi, saya sendiri juga tidak menjangkakan undangan saban tahun berkembang dan penganjur tak berat untuk memanggil saya, ini kerana saya ringan mengalu-alukan jemputan sebegitu.
“Bukan sahaja di forum Islamik, tapi juga di program motivasi seperti di sekolah rendah dan menengah, termasuklah di sekolah khas orang kurang upaya.
“Bahkan ada masanya saya dijemput ke wad pediatrik untuk menceriakan hati mereka,” ujar Saiful.
Bercakap tentang kepuasan, menurut pelakon filem Jutawan Fakir ini, meski pernah menerima imbuhan besar bekerja sebagai pelakon, namun saguhati yang diterima dari undangan kerohanian lebih memuaskan.


“Biarlah tak kaya harta kerana kelak kita akan kaya dengan doa. Apabila sudah tiada di dunia ini masyarakat akan bercerita tentang kebaikan kita.
“Contoh terdekat adalah Seniman Agung Allahyarham Tan Seri P. Ramlee.
“Saya rasa itulah aset yang terbaik untuk diwasiatkan,” tuturnya.
Bagi Saiful, percaturan ALLAH itu manis kerana jalan yang dilalui hari ini tersusun rapi.
“Inilah masanya untuk memberikan laluan kepada mereka, kerana saya telah meninggalkan kesan memori indah pada zaman kanak-kanak sewaktu bersama kumpulan Senario.
“Mereka hargai nilai yang telah saya berikan.
“Kehadiran saya sebenarnya tak buat lawak pun, cuma mereka mahu lebih dekat dan kenal dengan bersalaman peluk serta bergambar,” katanya.

Tambah pelawak ‘Gitu-gitu Apek’ ini lagi, dia berharap menerusi komedi yang dibuat dapat menyatukan semua lapisan masyarakat.

“Realiti hari ini ramai yang bergaduh, kecam mengecam, berpecah belah. Oleh sebab itu, tugas saya untuk menyatukan mereka, tanpa mengira bangsa dan kaum serta parti apa pun.
“Saya akan buat mereka ketawa dan duduk bersama, cuma berapa lama saya bertahan itu persoalannya.
“Mungkin itu lah orang mengistilahkan saya sudah berhijrah. Sejujurnya, semua ini suratan kebetulan atas aturan ALLAH saya kini lebih ada masa yang tersusun,” akhirinya.


Video

41:49
Saiful Apek ᴴᴰl 30012018 l Peranan Artis Hijrah Kepada Masyarakat
OnLine Majlis IlmuYouTube - 2 Feb 2018
1:32:36
Saiful Apek Ft Ustaz Rizuan Ft IM Hafiz ᴴᴰl 30012018 l Hijrah Remaja ...
OnLine Majlis IlmuYouTube - 5 Feb 2018
1:44
Usia makin lanjut, Saiful Apek tapis sertai 'program terkinja-kinja' - Video
mStar Online MalaysiamStar - 3 Okt 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/saiful-apek-orang-mengistilahkan-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saiful Apek Harap Pengakhiran Penuh Barakah

Saiful Apek Harap Pengakhiran Penuh Barakah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 187 hits
Saiful Apek harap pengakhiran penuh barakah KELIBAT pelawak dan pelakon terkenal Saiful Apek sejak tiga tahun lalu di acara keagamaan semakin mendapat tempat
Jika Benar Benar Kamu Mahu Berhijrah Berhijrah Dengan Dengan Sebenar Benar Hijrah

Jika Benar Benar Kamu Mahu Berhijrah Berhijrah Dengan Dengan Sebenar Benar Hijrah

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 368 hits
Jika benar benar kamu mahu berhijrah berhijrah dengan dengan sebenar benar hijrah SEBAGAI otai artis TV saya turut mengikuti perkembangan artis dan hiburan tanah air Menarik sungguh perkembangannya pembuka tirai tahun 2019 Dua isu dunia art...
Ledakan Panel Listrik Bikin Panik Penghuni Rs Saiful Anwar Malang

Ledakan Panel Listrik Bikin Panik Penghuni Rs Saiful Anwar Malang

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 231 hits
Asap muncul dari lokasi tempat dioperasikannya genset yang juga gedung paviliun pukul 13 15 WIB
Sungguh Memalukan Wanita Undi Mujahid Wan Saiful Marina

Sungguh Memalukan Wanita Undi Mujahid Wan Saiful Marina

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 363 hits
Marina MahathirKUALA LUMPUR Aktivis terkenal Datin Paduka Marina Mahathir mengamuk dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Wan Saiful Wan J...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign