Jika Benar Benar Kamu Mahu Berhijrah Berhijrah Dengan Dengan Sebenar Benar Hijrah


Jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah.

SEBAGAI otai artis TV (agama), saya turut mengikuti perkembangan artis dan hiburan tanah air. Menarik sungguh perkembangannya pembuka tirai tahun 2019. Dua isu dunia artis yang hangat dibicarakan warganet dan tular.
Pertama, mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL33) yang dimenangi komposer dan penulis lirik lagu ‘Haram’ iaitu Ezra Kong. Lagu beliau dinyanyikan oleh Hael Husaini (komposer dan penulis lirik) dan Dayang Nurfaizah.
Ketika Anugerah Juara Lagu (AJL33) diumumkan, Ezra Kong naik ke pentas, penyanyi wanita lagu beliau, Dayang Nurfaizah datang menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Ezra Kong, tetapi ditolak dengan cara paling berhikmah oleh Ezra Kong dengan meletakkan tangan di dada.

Ketika memberikan ucapan, Ezra Kong memulakan dengan memberi salam, “Assalamualaikum” diikuti dengan salam 1Malaysia dan salam baru. Boleh dikatakan semua warganet yang belum mengenali beliau terkejut, rupa-rupanya Ezra Kong adalah seorang muslim. Sejak bila beliau memeluk Islam? Saya pun tidak tahu. Ingin sekali saya mengenalinya.
Aksi Ezra Kong mendapat pujian warganet. Antaranya oleh Lany Bakerren:
“Dalam pada artis bukan muhrim bersalam, berpegangan tangan naik ke pentas. Dia menolak pelawaan salam artis perempuan dengan sopan dengan meletak tangan di dada. Subhanallah bagusnya dia. Inilah contoh Islam yang sebenar. Tahniah@Ezra Kong!#AJL33”.
Komen saya, menolak salam tangan, bukanlah contoh Islam sebenar, masih banyak lagi, tetapi itulah tanda dan ciri ke arah kefahaman sebenar.
Lagi melucukan bila membaca dialog warganet,
Ezra Kong: Assalamualaikum
Meleis: Ezra Kong ni Islam ker? Ingatkan Cina!
Apa benda lah! Cina tu bangsa, Islam tu agama. Tolonglah jangan stereotype kan Islam tu untuk Melayu je.
Nyata sekali, kefahaman kita terhadap Islam masih cetek. Islam sebagai agama rahmahtan lil alamin, tidak dapat dibezakan dengan bangsa. Dalam segelintir orang Islam, masih berpandangan Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Jika ada Cina masuk Islam, maka dikatakan jadi Melayu, masuk Melayu.
Maka timbullah kata-kata “ingatkan dia Cina”. Apakah dengan memeluk Islam, hilanglah kecinaannya? Sedangkan agama dan bangsa adalah dua isu berbeza. Bangsa apapun boleh memeluk Islam, tanpa menjadi Melayu.
Kedua, tidak seperti kisah Ezra Kong, cerita sensasi Emma Maembong membuka semula tudung yang telah dipakai sebelum ini selama lima tahun turut mendapat perhatian warganet. Sudah tentu sebelum ini, apabila bertudung, seluruh peminat dan warganet bersyukur dan memuji, sebab berhijrah kepada yang lebih baik.
Namun, apabila tudung dibuka semula, reaksi warganet sudah dapat dijangkakan. Ribuan komen mengkritik dan hentam, terlampau sedikit memuji. Ini adalah perkara biasa dalam dunia artis.
Dalam memberikan respon membuka tudung, Emma Maembong berkata:

“Apa sebabnya biarlah saya sendiri yang simpan. Biarlah, ia antara saya dengan Allah. Apa yang saya boleh cakap, saya mahu jadi diri sendiri. Itu sahaja. Dalam masa sama saya tidak mahu sembunyikan kesalahan yang saya buat dengan melarikan diri.”
“Ya, saya tegaskan di sini janganlah ikut tindakan saya yang tidak baik ini. Saya akui dan tahu ia contoh yang tidak baik. Saya sudah melalui pelbagai dugaan sepanjang menjadi anak seni… dalam berpuluh-puluh ribu komen, setahu saya hanya ada empat komen yang positif… sebaliknya yang lain semua memaki hamun sehingga ada yang mendoakan saya m4ti.”
Ingin saya bertanya kepada Emma, sudah berapa lama menjadi anak seni? 10 tahun? 20 tahun? Sudah tahu tidak baik, kenapa dibuat balik? Ada artis yang seumur hidupnya menjadi anak seni, tidak pula mereka berubah-ubah. Lebih baik dia tidak bertudung sampai ke penghujung hayatnya daripada tutup buka balik.
Tindakan ini memalukan dan merosakkan imej Islam. Jika belum bersedia pakai, jangan pakai lagi. Buka… tutup… buka… hodoh sangat rupanya.
Saya sebenarnya tidak mahu komen pasal kehidupan artis, kerana kita tahu kenapa mereka mahu jadi artis. Namun, apabila mereka berubah, sudah tentu menarik perhatian. Apatah lagi setelah berubah, kembali jahil.
Kita tidak boleh salahkan netizen atau warganet. Mereka berhak memberikan pandangan orang menjadi ‘pujaan’ suatu ketika dahulu.
Sebelum ini saya ada menulis mengenai rasa muak saya dengan telatah dan tingkah laku artis yang bergelar pelakon dan penyanyi. Ada yang begitu berani melakukan maksiat secara terang-terang dengan merakam dan menghantar gambar. Ada yang lain pula, mengandung dan beranak pun nak bagi tahu orang. Apabila gambar menjadi viral, marahkan orang.

Begitu juga dengan kisah seorang artis yang menghantar gambar dia memeluk pemain bola sepak Brazil, Roberta Carlos. Sebelum ini, ada artis yang membuat pelancaran tudung dalam kelab malam The Zouk. Bila dikritik, dijawab dengan selamba, ‘aku tau apa yang aku buat’.

Hina betul orang seperti ini. Berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Yakinlah, orang sebegini, apabila menjelang usia nanti, apabila sudah tidak laku dalam dunia seni, sibuk pula mahu berhijrah dengan bertudung, kemudian berniaga tudung. Pada mereka, berhijrah itu adalah bertudung. Bertudung itu namanya hijrah. Mereka tidak faham roh bertudung dan roh menutup aurat.
Bertudung tidak semestinya menutup aurat, belum tentu berhijrah. Ada orang bertudung, tetapi pakaiannya macam sarung nangka. Sendat sana sini, tertonjol dan menonjol. Menutup auratkah kalau macam itu, jika sudah boleh nampak urat-urat? Itu masih belum berubah atau berhijrah, kerana hanya fizikal sahaja berubah, kefahaman masih belum ada. Dalam Islam, gabungan jasmani dan rohani amat penting difahami.
Wahai artis! Jika jahil mengajilah agama. Cuba fahami dan hayati sepertimana Ezra Kong. Tak malukah kita dengan Ezra Kong. Usahkan buka aurat, menolak bersalaman dengan wanita. Jika kitalah, dapat bersalaman dengan artis dan komposer, sudah tentu sangat teruja. Mungkin sampai tak tidur malam.

Apakah kita sudah lupa bagaimana anak gadis kita memeluk artis K Pop Korea yang membuat persembahan di kota raya suatu ketika dahulu?
Kepada Emma Maembong, saya yakin, apabila menjelang Ramadan nanti, pasti apabila Emma Maembong keluar berjalan, Emma pasti akan menutup kepalanya. Paling kurang dengan selendang mak indang selendang. Bulan Ramadan jadi **jahid, masuk bulan Syawal dan seterusnya, jadi **jahat.
suraualhijrahpprpantairia.blogspot.com
Jika inilah pemahaman kita terhadap Islam, seolah-olah ada hari atau bulan tertentu kena jadi baik, ada bulan tertentu tidak perlu jadi baik, iaitu boleh berjahat atau bermaksiat, maka sampai bila-bila pun mereka akan berkelakuan seperti yang disebutkan di atas tadi, seperti memeluk jantan, buka… tutup… buka.
Justeru, sudah sampai masa artis-artis bertudung tidak sekadar bertudung, tetapi pada masa sama mereka perlu ada ilmu dan meningkatkan ilmu. Kena mengaji agama seperti Allahyarham Azmil Mustapha, Shamsul Ghau Ghau, Iwan dan lain-lain.
Saya cukup bimbang artis hanya bertudung untuk mencari populariti. Walhal sebenarnya mereka tidak faham roh bertudung. Bertudung sekadar fesyen untuk mencari wang tambahan bagi melariskan tudung. Tidak pasti pula saya yang membuka tudung semula mahu berniaga apa.
Jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah. Hayatilah penghijrahan itu melalui pembelajaran dan penghayatan ilmu. Berhijrah bukan sekadar bertudung. Bertudung itu belum tentu menutup aurat. Banyak lagi perkara yang perlu diketahui apabila bertudung, bagi menjaga maruah dan harga diri seorang muslimah.
Islam bukan agama seperti kedai kopi, boleh masuk keluar sesuka hati. Buka… tutup… buka. Ini berat namanya. Contohilah Ezra Kong, istiqamah beliau berada pada tahap tinggi. Ingin sekali saya berjumpa dengannya.
Jika diberi pilihan antara Ezra Kong dan Emma Maembong, saya pasti memilih Ezra Kong, meskipun sepatutnya saya memilih Emma Maembong sebab dia wanita, tidak sejenis saya. Cantik pulak tu. Biasalah lelaki tertarik kepada wanita.
Namun, Ezra Kong menjadi pilihan kerana ada nur Islam di wajahnya. Bukan selayaknya saya menghukum Emma Maembong. Mohon ibu bapa Emma Maembong untuk menasihati anaknya, kembalilah ke pangkal jalan, sebelum sesat di hujungnya.
sumber; www.ismaweb.net / petuadanresepibonda.com
Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/03/jika-benar-benar-kamu-mahu-berhijrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sebenar Wanita Terjun Jambatan Pp Semalam

Kisah Sebenar Wanita Terjun Jambatan Pp Semalam

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 340 hits
WANITA yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang 6 petang semalam memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah di Baling Kedah Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata wanita berkenaan kini mend...
Punca Sebenar Tentang Penjualan Pangkalan Udara Di Sungai Besi

Punca Sebenar Tentang Penjualan Pangkalan Udara Di Sungai Besi

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 440 hits
Satu dua hari ini saya telah memberi banyak bukti bahawa PH sedang aktif menjual aset aset negara Oleh itu ada juga mereka yang tanya saya mengenai tanah lapangan terbang Sg Besi Sebenarnya saya sudah menjelaskan panjang lebar pada bulan bu...
Siapa Sebenar Uncle Kentang Betul Ke Dia Berjiwa Rakyat Nah Biodata Beliau

Siapa Sebenar Uncle Kentang Betul Ke Dia Berjiwa Rakyat Nah Biodata Beliau

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 2469 hits
ORANG SEMENYIH UNDI LAH DIRI ANDA YANG BOLEH PASTI WAKIL ANDA DAN BUKAN POLITIK CERITA SAYA DAN CERITA ANDA ADALAH SAMA Salam pagi rakyat Malaysia saya ah Kuan asal dari ladang estet getah Bukit Cermai Tanjong Laboh Batu Pahat pada tahun 19...
Fakta Sebenar Doula Yang Perlu Para Ibu Ibu Mengandung Tahu

Fakta Sebenar Doula Yang Perlu Para Ibu Ibu Mengandung Tahu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 657 hits
Kecoh baru baru ini di media sosial apabila rancangan diskusi ilmiah Analisis yang ditayangkan di TV AlHijrah membincangkan topik berkaitan khidmat doula di Malaysia Diskusi yang berurasi 1 jam itu telah membuka mata para netizen tentang ap...
Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen

Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 592 hits
Kami pasti ramai yang dan tengok Leftenan Zana sejak drama tersebut ditayangkan pada 8 Februari yang lalu Karakter lakonan Janna Nick sebagai Zana yang terpaksa menghadapi cabaran dalam mencapai impiannya untuk menjadi askar pasti membuatka...
Akhirnya Wanita Ini Dedah Sikap Sebenar Anak Yatim Ini Ramai Yang Tidak Percaya

Akhirnya Wanita Ini Dedah Sikap Sebenar Anak Yatim Ini Ramai Yang Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 426 hits
Menerusi halaman facebook Siakap Keli pemilik FB Nurjuliana Rahmat meninggalkan komen yang mencuri perhatian wanita ini mendedahkan sikap sebenar Anak Yatim yang baru sahaja tular di media sosial semalam Komen yang ditulis oleh wanita terse...
Hiburan Definisi Bff Sebenar Elfira Loy Buat Kejutan Istimewa Untuk Bella Dally

Hiburan Definisi Bff Sebenar Elfira Loy Buat Kejutan Istimewa Untuk Bella Dally

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 261 hits
Bagi meraikan sahabat baiknya Bella Dally yang bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi pelakon Elfira Loy membuat kejutan istimewa buat Bella Walaupun tidak secara besar besaran momen indah itu cukup membuatkan Be...
Apa Tujuan Sebenar Dap Menyerang Gelombang Penyatuan Ummah

Apa Tujuan Sebenar Dap Menyerang Gelombang Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 521 hits
DAP parti rasis dan pemimpin2 utama DAP bersikap cauvenis Dan kebijaksanaan DAP ialah setiap kali melakukan kezaliman yang bertunjangkan sikap rasis mereka DAP akan dengan sengaja menimbulkan isu untuk mengalih perhatian umum Baru2 nie Ment...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever