Saifuddin Atau Rafizi Mana Satu Pilihan Bekas Penyokong Azmin



Pada saat pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal berlangsung pada Mei ini, timbul tanda-tanya mengenai nasib saki-baki pemimpin dan ahli parti itu yang pernah dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
Susulan Ahli Parlimen Gombak itu bertindak keluar parti bersama 11 bekas ahli Parlimen PKR lain setelah memenangi kerusi Timbalan Presiden pada pemilihan tahun 2018, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah menyatakan PKR sudah ‘membersihkan’ sekurang-kurangnya 11,000 ahli yang dipercayai menyokong Mohamed Azmin sebelum ini.
Bagaimanapun, dengan Mohamed Azmin yang kini menjadi Menteri Kanan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), pengaruhnya masih dianggap wujud.
Ramai pemerhati politik berpendapat, pemilihan PKR kali ini bakal menjadi medan sebilangan pemimpin yang anti-Azmin seperti Farhash Wafa Salvador dan penyokong institusi presiden parti untuk menyingkirkan saki-baki ahli PKR dikaitkan dengan Menteri Kanan (Ekonomi) itu.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpandangan, bukan kesemua saki-baki pemimpin dan ahli parti yang pernah bersama Mohamed Azmin sebelum ini, masih menyatakan kesetiaan penuh kepada bekas Menteri Besar Selangor itu.
Mengandaikan sebilangan mereka mungkin tidak menyangka Azmin sanggup mengkhianati PKR sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020.
Hisommudin berkeyakinan, kelompok bekas penyokong Azmin yang masih ada dalam PKR ketika ini, sudah kembali kepada landasan perjuangan sebenar parti.
“Justeru, menjadi persoalan utama adalah bagaimana dengan sikap kelompok ini pada saat tumpuan utama pemilihan PKR kali ini adalah kisah pertembungan di antara Saifuddin Nasution dan bekas Naib Presiden, Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden?
“Berdasarkan pemerhatian awal, saya merasakan kelompok bekas penyokong Mohamed Azmin ini pasti sukar menerima Rafizi susulan pertembungan sangat tegang di antara Rafizi-Azmin sewaktu perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR tahun 2018.
“Kelompok ini mungkin berpandangan pemberian sokongan kepada Saifuddin yang dilihat lebih mendukung institusi presiden parti akan membuktikan kesetiaan mereka kepada parti di mata pemimpin dan akar umbi PKR sedia ada.
“Namun, sekiranya Farhash yang diketahui menyokong Saifuddin, menunjukkan sikap agresif untuk menyingkirkan kem bekas penyokong Mohamed Azmin melalui tindakan mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi jawatan Ketua PKR Cabang Gombak, terdapat kemungkinan besar mereka cenderung kembali untuk menerima Rafizi,” ujar Hisommudin lagi.
Berikutan itu, Hisommudin menyifatkan langkah Saifuddin menyatakan pendiriannya untuk bersikap neutral dan tidak memihak kepada mana-mana kem, termasuk kem baju hitam dipimpin Farhash dianggap tepat.
“Perlu diingat, kunci kemenangan kem Saifuddin dan Rafizi pada pemilihan kali ini turut bergantung kepada sokongan saki-baki kem bekas penyokong Azmin yang masih berada di dalam parti itu.
“Dengan Rafizi dan (Ahli Parlimen Permatang Pauh) Nurul Izzah Anwar kini dilihat lunak bersama kelompok ini, terdapat kemungkinan kejutan kekalahan di pihak Saifuddin sekiranya beliau berterusan meminggirkan peranan kem bekas penyokong Azmin ini,” katanya.
JANGAN LABEL
Sementara itu, seorang lagi bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan tindakan pihak tertentu melabelkan kelompok bekas penyokong Mohamed Azmin pada pemilihan PKR tahun 2018 sebagai golongan pengkhianat dan perlu disingkirkan daripada parti, sebagai tidak wajar.
Dengan bekas Ahli Parlimen Batu itu turut dikaitkan dengan kem Azmin, beliau berpandangan ia satu mitos yang sentiasa diuar-uarkan segelintir pihak dalam PKR, seolah-olah berlakunya perbezaan fraksi dalam parti adalah satu proses berkekalan.
“Walaupun saya dituduh kem Azmin, dalam pemilihan 2018, itu hanya sekali saya memihak kepada beliau.
“Sedangkan dalam pemilihan parti sebelum ini, saya pernah menyokong (seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim yang mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden dan Saifuddin sendiri.
“Justeru, kita tidak seharusnya berpecah dalam isu kepimpinan dan transisi pelapis parti. Atas sebab itu, saya lebih suka untuk mengekalkan status quo tidak menyebelahi mana-mana pihak,” kata Tian Chua ~ SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/saifuddin-atau-rafizi-mana-satu-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Pemilihan Saifuddin Atau Rafizi

Dilema Pemilihan Saifuddin Atau Rafizi

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 151 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Dilema yang saya hadapi Memilih antara Rafizi Ramli atau Saifudin Nasustion dalam pilihan raya parti Kisah ini tidak penting kepada orang awam Tidak dibaca pun tak mengapa Tetapi ia penting buat diri sendiri da...
Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

Rafizi Ramli Mana Suara Najib Ketika Bekas Ceo Sapura Dibayar Rm983 Juta

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 206 hits
RAFIZI RAMLISejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Terbaru dia mengusu...
Rafizi Saifuddin Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan

Rafizi Saifuddin Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 227 hits
Jangan merajuk andai kalah pemilihan kata penganalisis berkait pertembungan Rafizi SaifuddinZeanaaima Mohd Yusof PETALING JAYA Calon jawatan Timbalan Presiden PKR sama ada Rafizi Ramli atau Saifuddin Nasuition dinasihatkan agar tidak meraju...
Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 181 hits
Sudah lebih dua minggu sejak Rafizi Ramli mengesahkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR tetapi sehingga ini belum diketahui lagi siapa yang akan berlawan dengannya Ada dua nama disebut sebut mahu berlawan dengan Rafizi bagi me...
Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan Kata Penganalisis Berkait Pertembungan Rafizi Saifuddin

Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan Kata Penganalisis Berkait Pertembungan Rafizi Saifuddin

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 192 hits
April 2 2022 Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution akan memakmurkan demokrasi serta dapat dijalankan dengan subur menurut penganalisis PETALING JAYA Calon jawatan Timbalan Presiden PKR sama ada Rafizi Ramli atau Saifuddin ...
Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 153 hits
Pertembungan Rafizi Saifuddin bakal pecah belahkan PKR Seorang penganalisis meramalkan berlaku perpecahan dalam PKR akibat perebutan jawatan timbalan presiden antara Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Rafizi Ramli ...
Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 232 hits
Rafizi Ramli and Saifuddin Nasution Ismail have announced that they will go for the PKR deputy president s post PETALING JAYA An analyst foresees a split in PKR as a result of the battle for the deputy president s post between secretary gen...
Saifuddin Akan Cabar Rafizi Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr

Saifuddin Akan Cabar Rafizi Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 195 hits
Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini secara rasmi mengumumkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini Dengan pengumuman itu belia...
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 231 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Lenion Rechee Nuan Siku Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menu Berbuka Resepi Ayam Kukus Sambal Embe

Terengganu 26 Ditahan Lombong Emas Dan Mineral Secara Haram Rampasan Cecah Rm2 11 Juta

Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568