Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi


 
Nora Mahpar -April 17, 2022 
Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor, gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16.
PETALING JAYA: Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli memberi peringatan kepada kepimpinan Pakatan Harapan dan PKR Selangor agar tidak mengambil mudah pilihan raya umum ke-15.
Berucap di hadapan ahli PKR sempena kempen Pemilihan PKR 2022, Rafizi berkata keadaan ketika ini sangat berbeza ketika PH menang mengejut dalam PRU14 pada 2018 lalu.
“Kalah kali pertama tidak mengapa, kali kedua (kita usaha)…ini dah sampai kalah kali keempat apa dia! Kalau kalah pula di Selangor (PRU15) kita bukan saja masuk gua tapi masuk gua tutup gua tak timbul dah.
“Dan kalau adalah pimpinan dalam PH atau PKR, yang masih bermimpi di siang hari yang kita boleh menang mudah di Selangor seperti sebelum ini, saya minta simbah air dekat muka mereka,” katanya sempena Jelajah Yakini Rakyat di sini.
PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan Barisan Nasional memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala PH berjaya menawan 11 kerusi, PN (tiga) serta PKR dan Muda masing-masing satu kerusi.
“Kalau Johor keputusannya begini, begitulah keputusannya pada PRU15 nanti,” kata Rafizi.
Beliau berkata, sekiranya kepimpinan PKR tidak bertindak terhadap isyarat dari Johor dan tiga lagi PRN – Sabah, Melaka dan Sarawak – kemungkinan besar parti itu akan kehilangan Selangor pada PRU15.
Rafizi turut memberi amaran kepada pemimpin PH Selangor yang mempunyai jawatan supaya bersedia untuk hilang kedudukan itu dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.
“Kalau kita tak lakukan sesuatu setelah apa yang isyarat dari Johor berikan, saudara-saudara di Selangor, ada yang wakil rakyat, ada yang ahli majlis ada yang dapat elaun, saudara semua kena bersedia untuk hilang jawatan dalam tempoh tiga, empat bulan dari sekarang,” katanya sambil menambah PRU15 kemungkinan diadakan pada Ogos.
Katanya, sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor, gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16.
“Kalau kita kalah di Selangor, untuk kembali (tawan) semula ambil masa lama. Kalau kita hilang Selangor, sukar untuk kita sampai ke Putrajaya.
“…. dan untuk kita menang satu kerusi dalam PRU16, ia bukan perkara mudah yang kita fikirkan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/jangan-mimpi-ph-atau-pkr-menang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 146 hits
April 17 2022 Saifuddin Nasution berkata menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya...
Stop Daydreaming About Retaining Selangor Rafizi Warns Pkr

Stop Daydreaming About Retaining Selangor Rafizi Warns Pkr

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 150 hits
If Pakatan Harapan loses power in Selangor it would be like entering a cave from which they could never get out says Rafizi Ramli PETALING JAYA Pakatan Harapan and PKR should not be overconfident about retaining power in Selangor for anothe...
Report Rafizi Tells Pkr And Pakatan Not To Daydream About Easily Retaining Selangor In Ge15

Report Rafizi Tells Pkr And Pakatan Not To Daydream About Easily Retaining Selangor In Ge15

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 172 hits
PKR vice president Rafizi Ramli has warned his party PKR and its coalition Pakatan Harapan to not be overconfident about retaining control of Selangor for another term in the next general election He also reminded members of PKR that since ...
Ph Diberi Kata Dua Terima Bersatu Atau Mungkin Berpecah Dedah Rafizi

Ph Diberi Kata Dua Terima Bersatu Atau Mungkin Berpecah Dedah Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 367 hits
freemalaysiatoday com April 17 2022 9 45 PMRafizi Ramli berkata PH menerima Bersatu atas desakan rakan sekutu iaitu Amanah dan DAP serta semangat untuk membentuk satu perubahan dalam negara pada 2016 PETALING JAYA Calon timbalan presiden PK...
Rafizi Akhirnya Dedah Niat Sebenar Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr

Rafizi Akhirnya Dedah Niat Sebenar Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 200 hits
April 17 2022 Calon Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli menegaskan kepulangannya ke arena politik adalah untuk membantu parti memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 walaupun berdepan pelbagai halangan seperti kesuntukan masa dan membina nara...
Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 136 hits
Pertembungan Rafizi Saifuddin bakal pecah belahkan PKR Seorang penganalisis meramalkan berlaku perpecahan dalam PKR akibat perebutan jawatan timbalan presiden antara Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Rafizi Ramli ...
Rafizi Urges Rivals In Pkr Polls To Unveil Their Plans For The Party

Rafizi Urges Rivals In Pkr Polls To Unveil Their Plans For The Party

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 187 hits
Rafizi Ramli who is eyeing the deputy president post in the upcoming PKR election urged contender Saifuddin Nasution Ismail to reveal his position on the party s direction and strategy to face the general election It is time for other candi...
Ada Salah Faham Jovian Perjelas Isu Mask Hauk Jaga Kata Kata Jangan Fitn4h Saya

Ada Salah Faham Jovian Perjelas Isu Mask Hauk Jaga Kata Kata Jangan Fitn4h Saya

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 158 hits
Baru baru ini tular isu yang terkait antara kenyataan pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie dengan pelitup muka yang memerlukan perakuan SIRIM
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord