Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi produk kecantikan diri lagi dengan korang iaitu Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia. Rasanya kebanyakkan dari kita dah kenal dengan jenama kecantikan yang satu nie kan. Kak Sue sendiri pun sebenarnya memang guna beberapa produk dari jenama Safi nie. Bertahun juga lah setia dengan jenama nie, dan kali nie Kak Sue nak nak cuba Safi Hydra Glow terbaru dari Safi pula. Nampak menarik sangat tau..
Safi Hydra GlowSafi Hyra Glow Terbaru Dari Safi MalaysiaSebelum Kak Sue nak kongsi lebih lagi tentang set Safi Hydra Glow terbaru dari Safi Malaysia nie, Kak Sue nak kongsi sikit info tentang Safi Malaysia dulu dengan korang. Ya lah, biasanya sebelum kita nak cuba apa-apa produk mesti kita nak tau sikit info tentang produk tu dulu kan
Safi adalah jenama halal yang terkemuka yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit dan diri. Selain tu, Safi juga menggunakan bahan semulajadi yang terbaik seiring kehendak Syarak dan disahkan HALAL oleh JAKIM. Safi juga berpegang teguh dengan prinsip bebas alkohol dan bebas gelatin dalam semua produk yang dikeluarkan. Jadi dengan adanya info nie korang tak perlu rasa risau nak cuba atau guna produk dari Safi nie hokay. InsyaAllah, selamat digunakan.
Safi Hydra GlowBercerita tentang Safi Hydra Glow pula, ia merupakan rangkaian penjagaan kulit terbaru dari Safi khas untuk korang yang berkulit kering macam Kak Sue nie. Safi Hydra Glow nie menghidrat kulit tanpa rasa berminyak, water based dan tekstur yang ringan bila kita sapu di kulit kita. Haa.. menarik kan. Kak Sue suka tekstur ringan macam nie, buat rasa selesa kat kulit muka kita.
Selain tu kan korang, Safi Hydra Glow nie dirumuskan khas dengan Hydra Active3 Technology dengan tiga bahan utama iaitu Fermented Rice Extract, Vitamin B5 dan Hyaluronic Acid.
Fermented Rice Extract - pelembap kulit semulajadi yang mencerahkan kulit dan membuang sel mati
Vitamin B5 - berfungsi untuk kekalkan kelembapan, melegakan kekeringan kulit dan mengembalikan kehalusan kulit
Hyaluronic Acid - Mengunci kelempan kulit dengan berkesan dan meningkatkan keanjalan kulit
Ada lima produk penghidratan iaitu Hydrating Water Cleanser, Toning Essence, Water Bank Serum, Water Drop Moisturiser dan Water Lock Mist. Seterusnya.. masa yang ditunggu-tunggu, tanpa buang masa lagi Kak Sue nak kongsi set Safi Hydra Glow nie dengan korang, chewah! Jom kita tengok jom.
Safi Hydra GlowSafi Hydra Glow1. Safi Hydra Glow Hydrating Water CleanserPembersih muka Safi Hydra Glow Formula gel berkrim menghidrat adalah langkah yang pertama sekali untuk membersihkan kekotoran tanpa menghilangkan minyak semula jadi pada kulit muka kita. Dengan 3 ramuan teknologi Hydra Active3, formulasi bebas minyak ini jadikan kulit lebih berseri, lembut dan ajal
2. Safi Hydra Glow Toning EssenscePenyegar Safi Hydra Glow pula menembus jauh ke dalam lapisan kulit untuk menyihatkan dan menghidrat dengan aktif. Ia juga diuji secara klinikal untuk meningkatkan kelembapan kukit sehingga 48 jam
3. Safi Hydra Glow Water Bank SerumSerum Penghidratan Safi Hydra Glow diformulasikan dengan 10% kuasa gandaan nutrien vitamin B3 dan B5 yang meresap jauh ke lapisan kulit. Ia untuk meningkat penghidratan kulit secara mendalam, melegakan iritasi, menghaluskan kulit kasar dan juga memulihkan kulit kering agar lebih berseri
4. Safi Hydra Glow Water Drop MoisturizerPelembab Penghidratan Safi Hyra Glow pula di formulasi dengan vitamin B3 dengan gel krim yang ringan dan berubah menjadi titisan air yang melembapkan apabila digunakan. Ia mampu memulihkan, mengekalkan dan memperbaiki kulit dengan berkesan. Dan kelembapan kulit bertahan selama 72 jam tau korang
5. Safi Hydra Glow Water Lock MistMist Penghidratan Safi Hydra Glow sesuai untuk semua jenis kulit, diformulasi berasakan air dengan keseimbangan PH semulajadi kulit. Ditambah dengan teknologi Hydra Active3, kelembapan kulut lebih berseri tanpa rasa berminyakSafi Hydra GlowHaa.. menarik sangat produk terbaru Safi Hydra Glow nie kan. Memang menarik dan sesuai untuk kulit kering macam Kak Sue nie. Apapun, apa yang kita pakai atau cuba haruslah kena rajin dan konsisten juga sebenarnya. Baru lah kita akan nampak hasilnya nanti. Selain kulit kita cantik, tapi sihat dari dua dan dalam.
Produk Safi Hydra Glow nie korang boleh dapatkan di farmasi Gurdian dan juga Mydin di seluruh Malaysia hokay. Untuk lebih detail korang boleh terus ke Safi Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2020/11/Safi-Hydra-Glow-terbaru-dari-Safi-malaysia.html