Hipokrasi Agama Dan Perkauman Barat Juga Wujud Di Malaysia


 
1. Serangan umum keatas umat Islam oleh Presiden Perancis, Emannuel Macron selepas pembunuhan seorang guru warga Perancis di Paris menerima kecaman seluruh umat Islam.
2. Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang individu muslim berusia 18 tahun terhadap seorang guru yang menunjukkan lukisan provokasi memaparkan kartun Nabi Muhammad saw di sekolah patut dikecam sekeras kerasnya. Walaubagaimana pun, tindakan individu terbabit tidak boleh dianggap sebagai sikap keseluruhan umat Islam.
3. Umat Islam tidak pernah menganggap pembunuhan 51 orang islam di Masjid Christchurch, New Zealand sebagai sikap dan pendirian seluruh penganut Kristian.
4. Sebagai kononnya seorang liberal pro kebebasan, Presiden Macron menunjukan sikap ekstrim secara terpilih dengan menyatakan sebelum insiden pembunuhan itu sebagai Islam menghadapi krisis secara global.
5. Sebenarnya kebebasan bersuara secara mutlak tidak wujud pun di Perancis kerana sesiapa yang menyoal kesahihan holocaust – pembunuhan Yahudi beramai ramai, boleh di dakwa dimahkamah Perancis.
6. Jadi, mengapakah penghinaan berterusan terhadap Nabi Muhammad saw yang merupakan individu terpenting kepada umat islam dibenarkan tanpa apa apa tindakan oleh pihak berkuasa Perancis?
7. Hal ini jelas menujukkan sikap dwi standard yang ketara terhadap umat Islam berbanding dengan Yahudi di Perancis.
8. Presiden Macron sebenarnya bermain politik agama dan kaum haluan kanan untuk pilihanraya Perancis. Ini sama juga dengan cara politik agama dan perkauman Presiden Trump menjelang pilihanraya Amerika. Umat Islam di Perancis dan Eropah hari ini semakin tertindas oleh Islamophobia yang terus di bakar oleh ahli politik demi mendapatkan sokongan.
9. Sebelum ahli politik kerajaan PN hari ini menyerang Presiden Perancis dan Amerika, cerminlah diri sendiri kalau mereka tidak melakukan perkara yang sama di Malaysia. Politik perkauman dan agama sering dimainkan di Malaysia tanpa tindakan sepatutnya oleh pihak berkuasa.
10. Baru baru ini sebelum PRN Sabah, seorang Timbalan Menteri dari PAS telah mengeluarkan kenyataan menyerang agama Kristian secara lantang dan terbuka. Ini jelas bertentangan dengan ajaran Rasullullah saw supaya kita tidak menghina agama lain supaya pihak berkenaan tidak menghina agama kita pula. Apa apa perbezaan pendapat bolehlah dimurnikan melalui proses dialog berilmu secara teratur.
11. Amalkanlah cara dakwah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w untuk menarik orang bukan islam kepada agama Islam, bukannya dengan bertindak untuk menambah musuh terhadap Islam.
12. Kecaman dan tuduhan liar seperti khafir harbi dan munafik haraki dan sebagai nya telah lama bermain di bibir “pejuang” parti berkenaan tanpa tindakan oleh pihak berkuasa. Adalah hipokrit untuk mereka terus mengecam pihak lain mengguna agama dan kaum apabila mereka sendiri mengamalkan yang sama untuk mengejar dan mengekalkan kuasa politik.
13. Sikap tercela dan terkutuk menggunakan agama dan kaum bukan hanya dimainkan oleh pemimpin politik Barat tetapi ianya sudah lama diamalkan dalam politik di Malaysia.
14. Sebelum pemimpin PAS dan UMNO mengecam sikap serta cara politik Macron dan Trump, hendaklah mereka berdiri di hadapan cermin yang besar untuk muhasabah diri. Adakah cara mereka berpolitik memecah belahkan itu adalah mengikut ajaran serta sunnah Rasullulah saw atau adakah mengikut nafsu semata mata asal dapat berkuasa?
15. Ada baiknya jika Menteri Agama sekarang, seorang Senator dan bekas mufti yang tidak datang dari mana mana parti, menasihati pihak berkenaan tentang bahaya dan buruknya politik mengguna agama dan kaum.
16. Kita perlu akui politik kebencian keagamaan dan perkauman yang kita kecam apabila berlaku di negara barat, sebenarnya telah pun lama berakar umbi di Malaysia.
17. Jangan menuding jari pada pihak lain tentang apa yang telah lama turut berlaku dalam negara kita, bukan sahaja terhadap bukan Islam tetapi juga sesama Islam.


RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu.
1 November 2020.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/hipokrasi-agama-dan-perkauman-barat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat Di Malaysia

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 1166 hits
Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat di MalaysiaKewujudan menu makanan barat di Malaysia ini memang sudah lama Mungkin juga kerana Malaysia pernah di jajah suatu ketika dulu hinggakan menu makanan barat ini seakan sudah menjadi satu ...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 342 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Cara Redeem Reward Daripada Aplikasi Jag Malaysia

Cara Redeem Reward Daripada Aplikasi Jag Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 517 hits
Jika anda menggunakan aplikasi JAG Malaysia dan tak tahu cara nak redeem rewards anda boleh ikuti langkah dan perkongsian caranya disini Sebelum ini saya ada kongsikan dengan menggunakan 5 aplikasi Antara aplikasi yang saya kongsikan dan sa...
Rakyat Malaysia Akan Mala Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Rakyat Malaysia Akan Mala Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 564 hits
Ayam Goreng Mala terbaharu Marrybrown menjanjikan pengalaman berapi Sape suka Ayam Goreng Kebanyakan Rakyat Malaysia ni mesti suka kan Eyza ni boleh dikatakan peminat tegar Ayam Goreng Marrybrown Tambah tambah bila Marrybrown baru je buka c...
Menjunjung Kasih Tuanku Keputusan Terbaik Untuk Malaysia Mohamad Hasan

Menjunjung Kasih Tuanku Keputusan Terbaik Untuk Malaysia Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 253 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap titah Yang di Pertuan Agong bersama Duli Duli YMM Raja Raja Melayu telah membuat keputusan terbaik untuk Malaysia dengan tidak mengisytiharkan perintah darur...
Razer Blade 15 Dan Razer Blade 17 Pro Kini Di Malaysia

Razer Blade 15 Dan Razer Blade 17 Pro Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 250 hits
Razer hari ini telah mengumumkan penawaran dua komputer riba terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Razer Blade 15 dan juga Razer Blade 17 Pro Razer Blade 15 hadir dengan pilihan skrin 4K OLED cip pemprossan sehingga Intel Core i7 gen 10 kad ...
Malaysia Kecam Sekeras Kerasnya Ucapan Benci Dan Fitnah Islam

Malaysia Kecam Sekeras Kerasnya Ucapan Benci Dan Fitnah Islam

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 250 hits
BernamaWarga Palestin membakar bendera Perancis dan poster Emmanuel Macron ketika mengadakan protes terhadap karikatur Nabi Muhammad di Ramallah Tebing Barat KUALA LUMPUR Malaysia amat memandang serius dan mengambil berat permusuhan terbuka...
Singapore To Import 100 Megawatts Of Electricity From Malaysia In Two Year Trial

Singapore To Import 100 Megawatts Of Electricity From Malaysia In Two Year Trial

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 207 hits
Singapore is set to import electricity from Malaysia as early as next year in a trial to diversify the country s energy supply Making the announcement today Trade and Industry Minister Chan Chun Sing said We will kick this off by importing ...
Bursa Malaysia Catat Momentum Naik Prestasi Positif

Bursa Malaysia Catat Momentum Naik Prestasi Positif

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 514 hits
KUALA LUMPUR 28 OKT Pasaran tempatan meneruskan momentum kenaikan semalam apabila Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hampir kesemua indeks hari ini Pada 9 05 pagi FTSE Bursa Malaysia KLCI yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 1 78 mata...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba