Sabah Tambah Baik Strategi Percepat Proses Vaksinasi


Penambahbaikan itu dilihat mampu menggandakan jumlah pemberian vaksin sehingga dua kali ganda di Sabah. - Foto fail


KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menambah baik proses vaksinasi COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan jumlah penerima vaksin harian.

Pengarah JKNS Dr Rose Nani Mudin berkata antara strategi yang akan dilaksanakan ialah mempercepatkan tempoh pemeriksaan kesihatan bagi melancarkan lagi proses vaksinasi, supaya lebih ramai dapat menerima suntikan setiap hari.

"Kebanyakan yang hadir adalah responden sihat. Konsultasi kesihatan dengan doktor masih dibuat selepas pendaftaran, namun, pemeriksaan klinikal secara teliti hanya dibuat pada responden yang mengadu pening kepala atau tidak sihat sahaja," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama dan RTM di sini baru-baru ini.

Beliau, yang memulakan tugas sebagai Pengarah JKNS Selasa lepas (13 Julai), berkata penambahbaikan itu dilihat mampu menggandakan jumlah pemberian vaksin sehingga dua kali ganda, selain memastikan sasaran 40 peratus kadar vaksinasi yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara direalisasikan secepat mungkin.

Pengarah JKNS Dr Rose Nani Mudin
Sabah juga tidak mahu ketinggalan dalam konteks ini kerana misi dan visi kita untuk memvaksinasi semua penduduk secepat dan seramai mungkin. Dr Rose Nani Mudin Pengarah JKNS Bagi kawasan pedalaman, Dr Rose Nani berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sabah telah menetapkan beberapa strategi termasuk memperkenalkan pemberian vaksin satu dos seperti CanSino.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu bekalan vaksin berkenaan untuk diberikan kepada penduduk pedalaman, namun buat masa ini, proses pemberian vaksin di kawasan berkenaan masih diteruskan seperti biasa.

Sementara itu, Dr Rose Nani, yang terlibat secara langsung dalam program vaksinasi di peringkat kebangsaan sebelum ini, akan memanfaatkan pengalamannya untuk meningkatkan kadar serta keupayaan pemberian vaksin kepada penduduk Sabah.

Vaksin CanSino hanya satu dos akan diperkenalkan di Sabah. Antaranya beliau berperanan dalam pembukaan PPV mega di Kuala Lumpur seperti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, selain pembukaan PPV mega di Selangor seperti Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines, Serdang dan Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

"Saya fikir kaedah yang digunakan di PPV terbabit boleh digunakan di Sabah supaya lebih ramai rakyat dapat divaksin," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat Sabah untuk terus mengamalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan kerap membasuh tangan sehingga negeri itu berjaya memvaksinasi 80 peratus penduduknya, agar kadar jangkitan dan kluster baharu ketika ini dapat dikurangkan.

Dr Rose Nani, sebelum ini menggalas jawatan Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit, dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Sabah bagi menggantikan Datuk Dr Christina Rundi yang ditukarkan ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. -- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/sabah-tambah-baik-strategi-percepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Kemenkes Percepat Tambah Pasokan Oksigen Dan Distribusi Ke Daerah Zona Merah

Strategi Kemenkes Percepat Tambah Pasokan Oksigen Dan Distribusi Ke Daerah Zona Merah

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 232 hits
Kami sudah mendapatkan komitmen tentunya dari Kementerian Perindustrian agar konversi oksigen industri ke medis sampai dengan angka 80 persen dan melalui konversi ini maka oksigen yang didapatkan untuk memenuhi kebutuhan nasional mencapai 5...
Covid 19 Vaksinasi Untuk Ibu Selepas Bersalin Bermula Di Sabah

Covid 19 Vaksinasi Untuk Ibu Selepas Bersalin Bermula Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 319 hits
Dr Netto bersama kakitangan hospital dan salah seorang ibu selepas bersalin yang diberi vaksin baru baru ini KOTA KINABALU Hospital Wanita Dan Kanak Kanak Sabah di Likas menjadi hospital pertama di negara ini yang melakukan vaksinasi Covid ...
Kluster Kilang Proses Kayu Balak Lonjak Kes Di Sabah

Kluster Kilang Proses Kayu Balak Lonjak Kes Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 266 hits
Kluster Kayu Patikang yang dilaporkan di daerah Keningau semalam terus menjadi penyumbang tertinggi saringan kluster COVID 19 di Sabah dengan 37 lagi kes baharu dilaporkan Semalam kluster yang dicetuskan seorang kanak kanak perempuan bukan ...
Cerita Sebalik Berita Usaha Percepat Program Imunisasi Di Sabah

Cerita Sebalik Berita Usaha Percepat Program Imunisasi Di Sabah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 210 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Tabung Haji Perkukuh Keyakinan Tambah Baik Pengurusan Syahir Sulaiman

Tabung Haji Perkukuh Keyakinan Tambah Baik Pengurusan Syahir Sulaiman

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 276 hits
Tabung Haji merupakan sebuah institusi ekonomi terulung kepada umat Islam di Malaysia Tujuan penubuhannya adalah sangat mulia semata mata untuk memastikan simpanan umat Islam terjamin dan bebas riba bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat...
Percepat Vaksinasi Pemkot Solo Minta Tambahan 50 000 Dosis Vaksin Ke Kemenkes

Percepat Vaksinasi Pemkot Solo Minta Tambahan 50 000 Dosis Vaksin Ke Kemenkes

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 302 hits
Guna mempercepat target vaksinasi Covid 19 Pemerintah Kota Solo mengajukan tambahan vaksin sebanyak 50 000 dosis ke pemerintah pusat Hal tersebut sesuai arahan Menteri Kesehatan Budi Gunadi Sadikin saat berkunjung ke Kota Bengawan beberapa ...
Tindakan Mengurung Rakyat Sudah Tidak Relevan Percepatkan Proses Vaksinasi Untuk Bangsa Johor Tmj

Tindakan Mengurung Rakyat Sudah Tidak Relevan Percepatkan Proses Vaksinasi Untuk Bangsa Johor Tmj

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 309 hits
Tindakan Mengurung Rakyat Sudah Tidak Relevan Percepatkan Proses Vaksinasi Untuk Bangsa Johor TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Prosedur Operasi Standard yang digunakan kerajaan dalam melawan pandemik Covid 19 ketika ...
Strategi Kawal Covid 19 Diperkukuh Mpn Melibatkan Semua Pakar

Strategi Kawal Covid 19 Diperkukuh Mpn Melibatkan Semua Pakar

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 228 hits
AGENDA DAILY Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Majlis Pemulihan Negara melibatkan semua wakil daripada pelbagai sektor akan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid 19 secara holistik ia akan menggantikan Jawa...
Langkah Strategi Catur Dari Bidak H4 Dan Skakmat Dengan Ratu

Langkah Strategi Catur Dari Bidak H4 Dan Skakmat Dengan Ratu

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 303 hits
Catur adalah salah permainan strategi yang dimainkan 2 orang dan setiap pemain memiliki 16 buah catur yang terdiri dari 1 Raja 1 Ratu 2 Menteri 2 Kuda 2 Benteng dan 8 Bidak serta catur Dan berikut langkah strateginya 1 Bidak ke h42 Kuda ke ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization