Sabah Perlu Lonjakan Baharu Bekalan Vaksin Mp Kota Kinabalu


Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin


KOTA KINABALU: Inisiatif “Operasi Lonjakan Kapasiti” di Selangor perlu dilaksanakan juga di Sabah selepas kadar jangkitan kekal pada paras melebihi 1,000 kes bagi hari kedua berturut-turut.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, berkata kempen berkenaan kini menjadi keperluan dilaksanakan susulan pandangan pakar kesihatan negeri ini yang bimbang Sabah kembali merekodkan lonjakan kes jangkitan, seperti mana dicatat selepas pilihan raya negeri, tahun lalu.

Katanya, kerajaan persekutuan sebelum ini menghantar kakitangan perubatan dan sumber daripada pelbagai negeri ke Sabah tahun lalu bertujuan membantu mengurangkan kadar jangkitan, susulan pilihan raya negeri yang merekodkan jumlah tertinggi, 1,199 kes pada 6 November lalu.

“Bagaimanapun, jelas sekali bantuan seumpama itu tidak akan disediakan kerana sumber sedia ada semakin mengecil dan kerajaan mempunyai kurang kapasiti untuk tangani wabak,” katanya dalam kenyataan.

Pakar perubatan Dr Amar Singh HSS dalam ciapannya semalam, berkata kemasukan pesakit di hospital di Sabah meningkat mendadak dengan kadar kematian turut melonjak 84%, berdasarkan perbandingan separuh pertama dengan separuh kedua Julai.

Pakar perubatan Dr Amar Singh HSS berkata Sabah menjadi negeri paling kurang bekalan vaksin diterima dari segi jumlah populasi di negara ini.
Beliau berkata, situasi ini berlaku mengambil kira Sabah sebagai negeri paling rendah bekalan vaksin diterima mengikut jumlah populasi di negara ini.

Foong Hin yang juga Setiausaha DAP Sabah, berkata sekiranya “Operasi Lonjakan Kapasiti” dilaksana di negeri ini, Sabah mempunyai sasaran menyuntik sekurang-kurangnya 60,000 dos vaksin setiap hari.

“Sasaran permulaan 30,000 dos sehari yang diumumkan pada Jun lalu hanya mampu dicapai selepas 21 Julai lalu kerana ketidakadilan pengedaran dan penghantaran lewat vaksin. Tidak patut berlaku penangguhan sekali lagi,” katanya.

Sabah merekodkan 1,035 kes hari ini, 31 kes kurang daripada jumlah jangkitan semalam.

Sabah secara konsisten mencatatkan lebih 700 kes jangkitan sehari bermula 24 Julai lalu, dengan kerajaan negeri menyatakan peningkatan kes berpunca daripada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP), kesan daripada kelesuan “lockdown” berpanjangan.


Foong Hin berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mensasarkan sekadar 60% populasi di negeri ini divaksin menjelang Oktober yang disifatkannya sebagai sudah terlambat.

“Kita cukup memerlukan operasi berkenaan untuk mempercepat vaksinasi, seperti mana inisiatif “Operasi Lonjakan Kapasiti” di Lembah Klang yang mensasar suntikan diberi kepada semua individu berdaftar, dari umur 18 tahun ke atas, atau sekurang-kurangnya menerima satu dos pada 1 Ogos ini,” katanya.

Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun, yang mengatakan “lockdown berterusan bukan penyelesaian mengurangkan jangkitan, tetapi kepatuhan SOP serta meningkatkan kadar vaksinasi dengan penghantaran bekalan vaksin tanpa terganggu.

“GRS mungkin dapat mengenal pasti penyelesaian yang betul, namun mereka gagal dalam melihat pelaksanaan segera dalam penyelesaian berkenaan,” katanya.

Foong Hin berkata, Sabah perlu memvaksinasi 2.7 juta populasi dewasa daripada 3.9 juta keseluruhan penduduknya, bagaimanapun sehingga kini hanya menerima 1.8 juta dos, seperti diumumkan Menteri Penyelaras Program Vaksinasi Covid-19 Khairy Jamaluddin, di Parlimen, baru-baru ini.

Sejumlah 2.7 juta populasi berkenaan tidak mengambil kira populasi migran, termasuk yang tidak mempunyai dokumen diri, di mana mereka juga perlu divaksin.

“Saya turut difahamkan kita akan menerima 1.8 juta dos vaksin CanSino dan sejumlah 1.2 juta dos Pfizer pada Ogos ini. Bagi memastikan bekalan sampai, apakah rancangan Sabah selanjutnya?” katanya.

Beliau menggesa kerajaan GRS membuat perolehan sandaran daripada Pharmaniaga yang mempunyai stok sedia ada membabitkan 14 juta dos demi memastikan bekalan jaminan vaksin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/sabah-perlu-lonjakan-baharu-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kotakan Janji Tambah Bekalan Vaksin Beri Prioriti Kepada Sabah Kata Salleh

Kotakan Janji Tambah Bekalan Vaksin Beri Prioriti Kepada Sabah Kata Salleh

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 329 hits
Salleh Said Keruak berkata peningkatan kes di Sabah sejak beberapa hari lalu membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan PETALING JAYA Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak menggesa vaksinasi di Sabah dipercepatkan...
Sabah Needs An Operation Surge Capacity Too Says Kota Kinabalu Mp

Sabah Needs An Operation Surge Capacity Too Says Kota Kinabalu Mp

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 409 hits
As the number of daily Covid 19 cases in Sabah breached the 1 000 mark yesterday Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin said Sabah urgently needs an Operation Surge Capacity like the one in Klang Valley in order to ramp up vaccination numbers in t...
40 Peratus Penduduk Sabah Sudah Terima Vaksin Dos Pertama

40 Peratus Penduduk Sabah Sudah Terima Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 480 hits
Sekitar 18 hingga 19 peratus penduduk telah melengkapkan kedua dua dos suntikan vaksin Covid 19 TUARAN Hampir 40 peratus penduduk Sabah telah menerima suntikan vaksin dos pertama sejak Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan peringkat negeri ...
6 Kluster Baharu Direkodkan Di Sabah

6 Kluster Baharu Direkodkan Di Sabah

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 361 hits
Sebanyak 6 kluster baharu Covid 19 direkodkan di Sabah pada Ahad dengan 3 daripadanya melibatkan jangkitan di tempat kerja manakala selebihnya membabitkan kluster komuniti dan aktiviti keagamaan KOTA KINABALU Sebanyak enam kluster baharu Co...
Jumlah Kes Baharu Di Sabah Melepasi 1 000 Kes Hari Kedua Berturut Turut

Jumlah Kes Baharu Di Sabah Melepasi 1 000 Kes Hari Kedua Berturut Turut

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 401 hits
Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu menukar beberapa wad biasa kepada wad pesakit Covid 19 KOTA KINABALU Jangkitan baharu Covid 19 di Sabah melonjak 1 035 kes bagi tempoh 24 jam lalu sekali gus masuk hari kedua berturut turut kekal ...
Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 425 hits
Pukulan berbeza Inan inan saling menghibur di pusat vaksinasi orang tua meninsini moginggat sementara menunggu vaksinasi mereka KUALA LUMPUR Program vaksinasi di Sabah dilihat berada pada landasan yang tepat walaupun masih di tangga terenda...
Vaccineer Wearing Iban Traditional Costume Steals Attention At Ppv In Kota Kinabalu

Vaccineer Wearing Iban Traditional Costume Steals Attention At Ppv In Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 329 hits
ucinda poses in her Ngepan Iban at the PPV in Kota Kinabalu Putra Jaya Mini Hall Photo by Information Department Kuching KUCHING Lucinda Robert caught everyone s glance at Kota Kinabalu Putra Jaya Mini Hall recently when she stepped into th...
96 Penumpang Jin Air Korea Selatan Rasai Keunikan Penerbangan Khas Ke Kota Kinabalu

96 Penumpang Jin Air Korea Selatan Rasai Keunikan Penerbangan Khas Ke Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 458 hits
Seramai 96 penumpang menaiki Flight to Nowhere yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan terbang ke Kota Kinabalu Sabah Pandemik Covid 19 banyak memberi tempias terhadap pelbagai sektor ekonomi di dunia Antara sektor terj...
Tiada Perhimpunan Keluar Dan Lawan Di Kota Kinabalu

Tiada Perhimpunan Keluar Dan Lawan Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 555 hits
SEDIA Tiger Platoon berkawal di Padang Merdeka bagi bersedia dengan sebarang pergerakan untuk mengadakan perhimpunan bantahan KOTA KINABALU Tiada perhimpunan bantahan Keluar dan Lawan yang dilihat diadakan di sekitar ibu negeri dan beberapa...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara