Tiada Perhimpunan Keluar Dan Lawan Di Kota Kinabalu


SEDIA: Tiger Platoon berkawal di Padang Merdeka bagi bersedia dengan sebarang pergerakan untuk mengadakan perhimpunan bantahan.


KOTA KINABALU: Tiada perhimpunan bantahan ‘Keluar dan #Lawan’ yang dilihat diadakan di sekitar ibu negeri dan beberapa kawasan tumpuan sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya meletakkan penugasan mencukupi bagi melakukan kawalan keselamatan sebagai persediaan menghadapi sebarang perhimpunan atau perkumpulan berkaitan.

“Untuk hari ini kita menggerakkan kira-kira 112 pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu termasuk 12 pegawai dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 13 anggota unit elit Tiger Platoon.

“Kesemua mereka ditugaskan di beberapa kawasan termasuk Padang Merdeka, serta dua pusat beli belah terkenal di sini yang dipercayai berpotensi untuk dijadikan sebagai lokasi untuk perhimpunan ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya tidak mengesan sebarang perhimpuan, perjumpaan secara beramai-ramai mahupun pergerakan tidak sepatutnya daripada mana-mana pihak di sekitar kawasan yang dinyatakan.

PANTAU: Zaidi turut memantau Padang Merdeka yang dipercayai akan dijadikan salah sebuah kawasan untuk perhimpunan bantahan terbabit.
“Saya minta agar pihak-pihak yang cuba untuk mengadakan perhimpunan ini agar menghentikan rancangan itu berikutan perbuatan melakukan perhimpunan atau perjumpaan secara beramai-ramai adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa.

“Mana-mana pihak yang didapati melakukan atau terlibat dalam perhimpunan ini akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi termasuk tindakan kompaun mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Zaidi berkata pihaknya melaksanakan penugasan pemantauan secara lebih tegas berikutan jumlah jes positif COVID-19 yang semakin meningkat di negeri ini terutama pusat bandar.

“Selain menjalankan operasi di 30 kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar daerah ini, polis juga meningkatkan operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sekitar sini setiap hari.

“Pemantauan itu termasuklah laporan bergambar dan penugasan turut diberikan kepada kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta polis trafik yang bukan sahaja menjalankan penugasan hakiki tetapi juga turut terlibat dalam membantu penugasan pematuhan SOP di kawasan perumahan serta perkampungan di sini.

“Kita juga meningkatkan operasi dengan tertumpu di kawasan kelab malam serta pusat hiburan yang banyak mencatatkan pelanggaran SOP dan pihak polis juga mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun kepada pihak yang melanggar SOP secara berleluasa,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/tiada-perhimpunan-keluar-dan-lawan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kota Kinabalu Lengang Tanpa Perhimpunan Lawan

Kota Kinabalu Lengang Tanpa Perhimpunan Lawan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 266 hits
ANGGOTA keselamatan bersedia mengawal perhimpunan Keluar dan Lawan di Padang Merdeka Kota Kinabalu KOTA KINABALU Suasana pekarangan Padang Merdeka dekat sini lengang tanpa kehadiran kumpulan anak muda untuk melakukan perhimpunan Keluar dan ...
Penganjur Jangka Lebih 1 000 Orang Sertai Perhimpunan Keluar Dan Lawan

Penganjur Jangka Lebih 1 000 Orang Sertai Perhimpunan Keluar Dan Lawan

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 183 hits
Penganjur perhimpunan Keluar dan Lawan menjangkakan kehadiran lebih 1 000 peserta dalam bantahan di Dataran Merdeka esok PETALING JAYA Gangguan berterusan diterima beberapa aktivis daripada pihak berkuasa menjadikan bantahan Keluar dan Lawa...
Sabah Perlu Lonjakan Baharu Bekalan Vaksin Mp Kota Kinabalu

Sabah Perlu Lonjakan Baharu Bekalan Vaksin Mp Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 277 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Inisiatif Operasi Lonjakan Kapasiti di Selangor perlu dilaksanakan juga di Sabah selepas kadar jangkitan kekal pada paras melebihi 1 000 kes bagi hari kedua berturut turut Ahli Parlim...
Waves At Karambunai North Of Kota Kinabalu

Waves At Karambunai North Of Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 240 hits
I brought my family to Karambunai 3 months after I climbed Mount Kinabalu for the first time We stayed at Nexus Resort It was my second time to Sabah It is worth mentioning because the ocean waves of Karambunai are big and powerful yet warm...
Baby Imbau Kisah 20 Tahun Lalu Dengan Saiful Apek Di Kota Kinabalu

Baby Imbau Kisah 20 Tahun Lalu Dengan Saiful Apek Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 255 hits
Menerusi Instagram dia berkongsi tangkap layar mesej individu terbabit yang mengimbau kenangan disapa Apek ketika masih dalam kandungan 20 tahun lalu Pelawak Saiful Apek berkongsi tangkap layar seorang individu yang mengatakan pernah disapa...
Vaccineer Wearing Iban Traditional Costume Steals Attention At Ppv In Kota Kinabalu

Vaccineer Wearing Iban Traditional Costume Steals Attention At Ppv In Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 212 hits
ucinda poses in her Ngepan Iban at the PPV in Kota Kinabalu Putra Jaya Mini Hall Photo by Information Department Kuching KUCHING Lucinda Robert caught everyone s glance at Kota Kinabalu Putra Jaya Mini Hall recently when she stepped into th...
96 Penumpang Jin Air Korea Selatan Rasai Keunikan Penerbangan Khas Ke Kota Kinabalu

96 Penumpang Jin Air Korea Selatan Rasai Keunikan Penerbangan Khas Ke Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 318 hits
Seramai 96 penumpang menaiki Flight to Nowhere yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan terbang ke Kota Kinabalu Sabah Pandemik Covid 19 banyak memberi tempias terhadap pelbagai sektor ekonomi di dunia Antara sektor terj...
Sabah Needs An Operation Surge Capacity Too Says Kota Kinabalu Mp

Sabah Needs An Operation Surge Capacity Too Says Kota Kinabalu Mp

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 249 hits
As the number of daily Covid 19 cases in Sabah breached the 1 000 mark yesterday Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin said Sabah urgently needs an Operation Surge Capacity like the one in Klang Valley in order to ramp up vaccination numbers in t...
Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Polis Panggil Pihak Terlibat Perhimpunan Lawan

Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Polis Panggil Pihak Terlibat Perhimpunan Lawan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 209 hits
Polis akan memanggil semua pihak termasuk penganjur yang terlibat dalam perhimpunan Keluar dan Lawan berhampiran Dataran Merdeka nbsp di sini hari ini Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata walaupun perhimpunan it...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Tak Cukup Tangan Caprice Terkejut Terima Lebih 900 Aduan Baru