Sabah Paling Ramai Pesakit Talasemia


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor Kerajaan Negeri tekad sedaya upaya membantu untuk menyediakan keperluan pesakit talasemia - Ketua Menteri KOTA KINABALU: Sabah merekodkan pesakit Talasemia paling ramai di Malaysia dan memerlukan keprihatinan semua pihak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, berdasarkan statistik pada tahun 2019, Sabah mencatatkan seramai 1,829 pesakit Talasemia daripada 8,178 pesakit di seluruh negara.


“Jumlah ini agak besar dan ianya memerlukan keprihatinan semua pihak dalam usaha mengurangkan jumlah pesakit serta membantu meringankan bebanan rawatan pesakit Talasemia.

“Kerajaan Negeri akan terus memastikan segala keperluan pesakit Talasemia di negeri ini dapat disediakan oleh pihak berkaitan terutama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah”, katanya pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Talasemia Sedunia Tahun 2021 Peringkat Negeri Sabah, hari ini.


Menurutnya, Unit Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth (QEH) 2 sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan kempen derma darah yang dianjurkan oleh Persatuan Talasemia Sabah dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

“Ini termasuklah membekalkan semua rawatan secara percuma, memastikan pesakit mendapat rawatan dan menerima bekalan darah yang selamat serta rawatan pemindahan tulang sum-sum dan rawatan terapi stem sel secara percuma”, katanya.

Hajiji menegaskan, kebajikan pesakit Talasemia yang layak tidak disisihkan daripada menerima bantuan dalam bentuk kewangan daripada Jabatan Kebajikan Negeri Sabah .

“Sebagai pemimpin di Sabah, saya akan buat sedaya upaya dan menyokong segala usaha yang dirancang untuk membantu pesakit Talasemia di negeri ini”, tegasnya.


Beliau juga meminta pesakit Talasemia dan keluarga mereka terus memainkan peranan sebagai ejen perubahan dengan mendidik ahli keluarga terdekat mengenai kepentingan menjalani ujian saringan.

Katanya, ia sejajar dengan harapan Kerajaan Negeri supaya matlamat Persatuan Talasemia Sabah memutuskan rantaian Talasemia Major di negeri ini tercapai.

Hajiji juga menyeru masyarakat di negeri ini agar melakukan saringan Talasemia di semua hospital kerajaan yang dibuat secara percuma.

Beliau memuji usaha Persatuan Talasemia Sabah yang terus mengadakan pelbagai kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kawalan dan langkah pencegahan Talasemia di seluruh negeri.


“Saya menyeru kepada semua pihak berkepentingan dalam kawalan dan pencegahan Talasemia agar berganding bahu mengurangkan beban penyakit Talasemia”, katanya.

Hajiji juga memuji usaha Repsol Oil & Gas Malaysia Limited atas sokongan berterusan dan sebagai penaja utama program Persatuan Talasemia Sabah.

“Saya menggesa lebih banyak organisasi mencontohi usaha yang dibuat oleh Repsol Oil & Gas Malaysia sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka”, tambahnya.

Sejajar dengan sambutan yang bertemakan `Memacukan Keseimbangan Kesihatan Talasemia Secara Global’, Hajiji berharap sambutan Hari Talasemia akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai Talasemia kepada pesakit, keluarga pesakit, badan bukan kerajaan (NGO), warga hospital, masyarakat awam, agensi kerajaan dan swasta.


Katanya, Talasemia ialah penyakit keturunan yang menyebabkan tulang sum-sum tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sempurna. Ia boleh diwarisi sama ada daripada ibu, bapa atau kedua-dua ibu bapa pembawa Talasemia.

Tiada rawatan khusus kerana setakat ini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan pesakit Talasemia.

Pesakit terpaksa bergantung kepada transfusi darah sepanjang hayat dan kos rawatan amatlah tinggi sehingga mencecah RM3 juta seorang pesakit, bermula seawal umur satu tahun hingga anggaran umur 30 tahun. - Warta Oriental

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/sabah-paling-ramai-pesakit-talasemia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
31 Bayi Disahkan Positif Covid 19 Di Sabah

31 Bayi Disahkan Positif Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 267 hits
Seramai 31 bayi berusia di bawah satu tahun antara disahkan positif Covid 19 daripada keseluruhan 3 487 kes dilaporkan di Sabah pada Khamis kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun Jurucakap khas Covid 19 Saba...
Perairan Sabah Jadi Hotspot Bom Ikan

Perairan Sabah Jadi Hotspot Bom Ikan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 210 hits
Tangkapan dan rampasan bahan letupan bagi aktiviti pengeboman ikan di perairan Sabah KOTA KINABALU Amaran sudah dikeluarkan bahawa tiada kompromi terhadap pihak yang terlibat dalam pengeboman ikan Namun sehingga hari ini aktiviti pengeboman...
Covid 19 Labuan Mobilises Healthcare Personnel To Sabah Penang And Kelantan

Covid 19 Labuan Mobilises Healthcare Personnel To Sabah Penang And Kelantan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 240 hits
Labuan has mobilised healthcare teams to Sabah Kelantan and Penang after these states experienced a surge in Covid 19 cases said Labuan Health Department director Dr Ismuni Bohari He said the department despatched teams to Tawau Sabah on Au...
Sabah Ph Welcomes New Coalition Member Upko

Sabah Ph Welcomes New Coalition Member Upko

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 242 hits
Sabah PKR chief Christina Liew said she would be inviting Upko to the next Sabah PH meeting as an official member soon KOTA KINABALU Sabah Pakatan Harapan leaders have welcomed news of Upko joining their ranks with its chairman Christina Li...
New Mm2h Rules Put Sabah At Great Disadvantage Says Leiking

New Mm2h Rules Put Sabah At Great Disadvantage Says Leiking

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 266 hits
New MM2H conditions that require a monthly income of RM40 000 will make it difficult for the state government to promote Sabah as an investment haven says Darrel Leiking KOTA KINABALU Former international trade and industry minister Darell ...
6 Pemimpin Dari Sabah Dilantik Menteri Timbalan Menteri

6 Pemimpin Dari Sabah Dilantik Menteri Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 290 hits
6 pemimpin dari Sabah dilantik memenuhi 2 jawatan menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinet Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 2 wajah baharu pemimpin Sabah jadi Timbalan Menteri KOTA KINAB...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 247 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Kerajaan Sabah Perlu Wujudkan Lebih Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Shafie

Kerajaan Sabah Perlu Wujudkan Lebih Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Shafie

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 292 hits
Tambahnya dengan kedudukan Sabah yang terus mencatatkan kes empat angka setiap hari strategi untuk memperkukuhkan sistem kesihatan juga wajar disegerakan Kerajaan Sabah perlu wujudkan lebih banyak pusat rawatan perhebat strategi tangani pen...
Maximus Komited Kendali Hal Ehwal Sabah Sarawak

Maximus Komited Kendali Hal Ehwal Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 228 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili Foto fail NSTP KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan terus komitedp mengendalikan perkara berkaitan Sabah dan Sarawak di peringkat Perseku...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life