Perairan Sabah Jadi Hotspot Bom Ikan


Tangkapan dan rampasan bahan letupan bagi aktiviti pengeboman ikan di perairan Sabah



KOTA KINABALU: Amaran sudah dikeluarkan bahawa tiada kompromi terhadap pihak yang terlibat dalam pengeboman ikan.

Namun, sehingga hari ini aktiviti pengeboman ikan masih lagi berlaku di Sabah. Tradisi menangkap ikan yang begitu popular di Filipina ini mula dibawa masuk ke Sabah sejak beberapa tahun lalu.

Jika dahulu pantai timur Sabah menjadi lokasi pilihan pengebom ikan kini, kawasan pantai barat juga mula merekodkan insiden yang sama.

“Selagi ada permintaan terhadap ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan ini, selagi itu aktiviti ini masih berlaku.

“Ada tauke yang membeli ikan dibom untuk dijadikan ikan masin dan dibawa ke negara jiran, Filipina, bukan untuk pasaran Sabah,” kata Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin.

AHMAD Ariffin menunjukkan saluran Whatsapp PPM Wilayah 4 Sabah yang banyak membantu mengesan aktiviti pengeboman ikan Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahmad berkata, apabila PPM berjaya membanteras kapal-kapal besar yang terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan kini, bot-bot kecil pula yang melakukan aktiviti tersebut. Bot-bot kecil ini lebih sukar untuk dikesan kerana mereka bergerak bersendirian.

Maka, kerjasama daripada masyarakat setempat amat penting bagi menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengeboman ikan yang berlaku di kawasan mereka.

Jelasnya, perairan Sabah terlalu luas untuk dikawal, jadi apabila pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti pengeboman ikan, mereka akan pastikan individu terlibat ditangkap. PPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menangkap ikan dengan cara yang menyalahi undang-undang ini.

Menurut beliau, berdasarkan statistik bagi 2017 hingga 2021, sebanyak 134 kes tangkapan bagi kes pengeboman ikan direkodkan dan membabitkan 141 orang pesalah ditahan.

Sepanjang tempoh sama, 159 unit bahan peledak dan ikan yang dibom sebanyak 6,448 kilogram berjaya dirampas.

Daripada 134 kes yang direkodkan, daerah yang paling banyak mencatatkan kes pengeboman ikan adalah Semporna dengan 58 kes, 34 kes di Kota Kinabalu dan 14 kes di Lahad Datu. Sementara itu, enam kes dicatatkan di Sandakan, lima kes di Labuan dan hanya satu kes dilaporkan di Tawau.

Bagaimanapun katanya, berikutan sekatan pergerakan semasa pandemik Covid-19 ini, berlaku penurunan kes pada tahun lalu sehingga Julai ini. Pada tahun lalu hanya 26 kes dilaporkan dan setakat Julai ini, 11 kes bom ikan direkodkan.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin. Jelasnya, kes-kes tangkapan bom ikan ini boleh disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara tidak lebih dua tahun; Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau penjara selama tujuh tahun; Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara selama dua tahun dan Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM750,000 atau penjara selama tujuh tahun.

Tambah Ahmad, PPM Sabah mengambil inisiatif menyediakan saluran Whatsapp di talian 013-9391197 untuk komuniti maritim menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengeboman ikan dan jenayah yang berlaku di perairan Sabah.

Jelas beliau, apa yang lebih penting adalah kesedaran masyarakat kerana tiada guna jika undang-undang yang tegas dikuatkuasakan tapi orang ramai masih menyokong mahupun membeli ikan yang ditangkap dengan bahan letupan hanya disebabkan harga yang murah. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/perairan-sabah-jadi-hotspot-bom-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padah Tangkap Ikan Guna Bom

Padah Tangkap Ikan Guna Bom

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 211 hits
Lelaki yang ditahan bersama peralatan digunakan untuk melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan Pulau Mengalum Kota Kinabalu Kota Kinabalu Pasukan Polis Marin menahan lima lelaki dan merampas dua bot selepas dipercayai melakukan aktiviti...
2 103 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah 1 Kluster Tempat Kerja Di Lahad Datu

2 103 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah 1 Kluster Tempat Kerja Di Lahad Datu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 251 hits
Sabah terus merekodkan jumlah kes baharu tinggi dengan jumlah 2 103 kes baharu hari ini Covid 19 Sabah memecahkan rekod harian dengan 2 103 kes baru KK masih menjadi hotspot terbesar KOTA KINABALU Kes Covid 19 terus meningkat di Sabah denga...
Amerika Syarikat Janji Sumbang Usd1 Juta Untuk Sabah

Amerika Syarikat Janji Sumbang Usd1 Juta Untuk Sabah

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 217 hits
Menerusi satu panggilan video kepada Duta Besar AS ke Malaysia Brian D Mcfeeters semalam Hajiji berkata kerajaan negeri dan AS sentiasa menjaga hubungan dua hala yang baik dan mesra KOTA KINABALU Kerajaan negeri menyambut baik janji Duta Be...
392 Kes Baharu Di Sabah Babitkan Remaja Kanak Kanak Dan Bayi

392 Kes Baharu Di Sabah Babitkan Remaja Kanak Kanak Dan Bayi

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 193 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata 1 728 kes dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 106 830 kes KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata sebanyak 392 darip...
Star Hopes New Pm Will Prioritise Sabah Sarawak S Constitutional Rights

Star Hopes New Pm Will Prioritise Sabah Sarawak S Constitutional Rights

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 240 hits
Parti Solidariti Tanah Airku president Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan says the party is hopeful that the new prime minister will follow in the footsteps of his predecessor Tan Sri Muhyiddin Yassin NSTP file picKOTA KINABALU Parti Solidariti...
Sudah Tiba Masanya Jawatan Tpm Diberi Kepada Pemimpin Sabah Sarawak Penganalisis

Sudah Tiba Masanya Jawatan Tpm Diberi Kepada Pemimpin Sabah Sarawak Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 262 hits
Sekiranya berjaya dilaksanakan ia dilihat sebagai peluang baik untuk kedua dua negeri ini membawa agenda pembangunan negeri Kepimpinan negara yang baharu diharap dapat melakukan pembaharuan dalam kepimpinan tertinggi dengan mempertimbangkan...
Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 272 hits
Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan kata penganalisis KOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kep...
Politik Sabah Sarawak Ambik Peluang Atau Tidak

Politik Sabah Sarawak Ambik Peluang Atau Tidak

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 337 hits
Atau mereka MASIH fikir jawatan kuasa tempat untuk perut sendiri dan sebagainya Jangan mengemis jawatan jika ada peluang ambik secara hormat dan mulia Apakah mereka tolak calon PM dari kalangan mereka sendiri Untuk KEMAJUAN Negeri dan kebai...
Sarawak Mungkin Bekal Air Kepada Sabah Kalimantan Pada Masa Akan Datang Km

Sarawak Mungkin Bekal Air Kepada Sabah Kalimantan Pada Masa Akan Datang Km

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 316 hits
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg MIRI Sarawak berkemungkinan akan membekalkan air bersih kepada jirannya Sabah dan wilayah Kalimantan di Indonesia sekiranya mempunyai lebihan bekalan pada masa akan datang Ketua Menteri Da...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri