6 pemimpin dari Sabah dilantik memenuhi 2 jawatan menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinet Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Sementara itu, 2 muka baharu iaitu Yamani Hafez Musa dan Datuk Mohamad Alamin masing-masing dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Timbalan Menteri II (Pendidikan).
Timbalan Menteri Kewangan II - Yamani Hafez Musa.
Datuk Mohamad Alamin - Timbalan Menteri II (Pendidikan). 2 lagi jawatan timbalan menteri pula diisi oleh Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kanan (Kerja Raya) dan Jonathan Yassin kekal menjawat jawatan beliau sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri II.
Timbalan Menteri Kanan (Kerja Raya) - Datuk Arthur Joseph Kurup Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Jonathan Yassin. Ismail Sabri ketika mengumumkan senarai menteri kabinet pada Jumaat turut berpesan supaya semua barisan menteri dan timbalan menteri supaya menjalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah demi rakyat dan negara. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |