Pm Dijadual Hadir Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah


Sambutan dengan kehadiran terhad yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijadual hadir pada sambutan Hari Malaysia Ke-58 yang diadakan secara sederhana mengikut prosedur operasi standard yang (SOP) ditetapkan, di sini, Khamis ini.

Sambutan dengan kehadiran terhad yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut dijadual dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.


Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2021, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut dijadual hadir.

Bung Moktar berkata, Sabah menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada tahun ini dan ia tetap diadakan walaupun masih berdepan pandemik COVID-19, sejajar kepentingannya dalam sejarah pembentukan negara.

“Hari Malaysia yang kita raikan pada 16 September setiap tahun tidak kurang pentingnya dengan sambutan Hari Kebangsaan dan ia perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Mentaliti segelintir rakyat yang masih tidak peduli signifikan Hari Malaysia perlu diubah.


“Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar memperingati penubuhan Malaysia, malah rakyat di Sabah dan Sarawak sudah tentu menginginkan sesuatu yang lebih signifikan dalam konteks pembinaan negara bangsa dengan menitikberatkan kepentingan dan peranan kedua-dua negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut dijadual hadir pada sambutan itu nanti ialah Menteri Komuniaksi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.


Sementara itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata pemilihan Sabah sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada tahun ini penting dalam usaha mengukuhkan hubungan negeri dan Pusat sejajar perubahan kepemimpinan kerajaan persekutuan yang kini diketuai Ismail Sabri.

“Hubungan kerajaan persekutuan dan negeri serta urus tadbir yang baik akan menjadi aspek penting dalam memastikan segala perancangan pembangunan dan pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik,” katanya.

Katanya, sambutan Hari Malaysia juga diharap dapat memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan hari bersejarah itu dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, antara pengisian sambutan Hari Malaysia pada Khamis ini ialah Majlis Menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2021, tayangan montaj dan persembahan khas Malaysia Prihatin oleh artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. – BH Online

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/pm-dijadual-hadir-sambutan-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021 Smk Gelang Patah

Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021 Smk Gelang Patah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 307 hits
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 SMK Gelang Patah Jangan lupa sertai kami Petang ini jam 2 15 September 2021 2 00 petang Hanya di Youtube Kokurikulum SMKGP https bit ly smkgpko Jumpa anda di sana Our first projek La...
Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

Himpunan Berita Kenaikan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 Penyyelesaiannya Bagaimana Jawapannya Di Bawah

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 320 hits
NORMAN RADZUAN Sesungguhnya kenaikan yang diperolehi rakyat Malaysia bukannya terhasil dengan mudah Ia terhasil daripada keringat dan air mata rakyat Justeru peranan 2 tokoh besar pemimpin Melayu Isle di bawah harus dihargai dan disyukuri k...
Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 253 hits
18 762 Kes Positif Baharu COVID 19 PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 18 762 kes baharu Covid 19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1 765 016 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Ride And Jog Series Kayuhan Hari Malaysia

Ride And Jog Series Kayuhan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 323 hits
Ride and jog Series Kayuhan Hari Malaysia Hari ni kayuh port biasa Lebih laju sikit dari biasa Lepak lepak jap kat jeti Hari ni air naik sikit Layan snap video barang sekeping dua Terbaeekkk terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger...
Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 325 hits
Jeffrey Kitingan meratapi bagaimana walaupun memiliki banyak sumber alam Sabah bergantung secara kewangan ekonomi politik dan ketenteraan di Putrajaya KOTA KINABALU Timbalan ketua menteri Sabah Jeffrey Kitingan mengatakan rakyat Sabah terus...
Tujuh Orang Dibenarkan Hadir Akad Nikah Mulai Hari Ini

Tujuh Orang Dibenarkan Hadir Akad Nikah Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR PUTRAJAYA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan tujuh orang sahaja bagi kehadiran ke majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa hari ini Jawi menerusi kenyataan akhbar hari ini berka...
Buasir Otak Tv Roblox Countdown Hari Malaysia Di Dataran Nilai Live

Buasir Otak Tv Roblox Countdown Hari Malaysia Di Dataran Nilai Live

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 655 hits
Jom saksikan countdown sempena Hari Malaysia dalam game Dataran Nilai Event Ada juga Giveaway Mengejut Robux ya dalam Live kali ini Jom tonton animasi ini
Selamat Hari Malaysia 2021 Ke 58

Selamat Hari Malaysia 2021 Ke 58

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 475 hits
Hari ini 16 September Hari Malaysia 2021 ke 58 Ucapan Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia Ayuh imbas semula secara ringkas sejarah Hari Malaysia Hari Malaysia 16 September 1963 merupakan tarikh hari Malaysia pertama Tarikh 16 Septem...
Lirik Lagu Cukup Kita Ayu Damit Emeer Bakri

Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Ipank Apakah Itu Cinta Chord

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Taniah Kpm Yb Menteri Fadlina Sidek Macam Ni La Bertindak Tak Payah Baik Sangat Dengan Kaki Fitnah

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

Fitnah Senjata Tertua Didunia

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication