Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan pada Rabu, 3, April.
Perkara itu dimaklumkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib ketika sebutan semula kes rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah di Kuala Lumpur hari ini.
Harvinderjit memberitahu mahkamah permohonan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun belum ada tarikh ditetapkan untuk pengurusan kes itu.
Pada 27 Mac lepas, panel tujuh hakim diketuai Ketua Hakim Negara Richard Malanjum mengetepikan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan penangguhan difailkan Najib pada 8 Feb lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya mendapat surat balasan daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim berhubung permohonan mereka untuk melapangkan perbicaraan kes 1MDB bagi memberi laluan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
“Pihak pendakwaan telah menulis surat kepada Hakim Besar Malaya pada 29 Mac lepas memohon agar perbicaraan kes rasuah 1MDB dilapangkan bagi memberi laluan kepada perbicaraan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.
“Hari ini pihak kami telah menerima surat daripada Hakim Besar Malaya namun seperti yang dimaklumkan dalam surat, keputusan untuk menangguhkan kes itu terletak pada budi bicara mahkamah,” katanya.
Sehubungan itu, hakim memutuskan perbicaraan bagi kes rasuah membabitkan dana 1MDB dimulakan pada minggu pertama bulan Mei atau mengikut tarikh yang telah ditetapkan, bergantung kepada kelapangan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Perbicaraan kes rasuah melibatkan dana 1MDB sebelum ini telah ditetapkan dari 15 April hingga 3 Mei.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 April untuk pengurusan kes bagi mendapatkan pengesahan sama ada perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd akan dijalankan pada 15 April ini atau sebaliknya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram menurut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.  – Bernama
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu 
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Saat akhir, Najib minta tangguh bicara kes SRC appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191363/sekali-lagi-najib-tangguh-bicara-kes-src-saat-akhir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 727 hits
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama
Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 449 hits
Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Mahkamah Tinggi Putrajaya 21 Mac 2019 Foto oleh Miera Zulyana Projek MMPUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib...
Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 739 hits
Tiga lagi termasuk permohonan untuk perintah larangan perbincangan awam berkenaan perbicaraan itu ditolak panel tiga hakim
Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 537 hits
Sebanyak 100 keping pas telah disediakan untuk pengamal media tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan perbicaraan kes yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi ...
Permohonan Najib Semak Pembatalan Perintah Tangguh Bicara Didengar Khamis

Permohonan Najib Semak Pembatalan Perintah Tangguh Bicara Didengar Khamis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 415 hits
Permohonan Najib semak pembatalan perintah tangguh bicara didengar Khamis Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 2
Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 557 hits
Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarka...
Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 458 hits
PUTRAJAYA Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pertuduhan jenayah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta belum dapat diteruskan Ini ekoran keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan...
Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

Kes Najib Berkepentingan Umum Tak Patut Cuba Tangguh Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 573 hits
Tun Dr Mahathir mendakwa Najib dan peguamnya cuba menangguhkan perbicaraan kes SRC International Foto Nikkei Asian Review Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik pasukan peguam bela Najib Razak yang didakwanya cuba menangguhkan perbi...
Keputusan Rayuan Akhir Najib Rabu Depan

Keputusan Rayuan Akhir Najib Rabu Depan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 452 hits
Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan terhadap empat rayuan akhir bekas perdana menteri Najib Razak termasuk satu oleh pihak pendakwaan berhubung kes SRC International Sdn Bhd Rabu depan Panel tujuh hakim diketuai Ketua Hakim Neg...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik