Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media



Sebanyak 100 keping pas telah disediakan untuk pengamal media tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan perbicaraan kes yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, di Mahkamah Tinggi esok.Seorang pegawai yang menguruskan pendaftaran pihak media berkata sebanyak 30 keping pas berwarna merah jambu disediakan bagi wartawan tempatan dan antarabangsa yang mengikuti prosiding di dalam mahkamah terbuka.
Loading... Sebanyak 20 pas berwarna oren pula untuk prosiding di bilik tayangan video dan 50 pas berwarna biru akan diedarkan kepada jurufoto dan jurukamera yang ditempatkan di lobi Kompleks Mahkamah."Kaunter pendaftaran akan dibuka pada pukul 12.30 tengah hari bagi pihak media mendapatkan pas masing-masing," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.Beliau berkata bilik tayangan video akan ditempatkan di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Aras 4, Sayap Kanan dan hanya seorang wakil daripada agensi berita dibenarkan masuk ke dalam bilik berkenaan."Namun, sekiranya terdapat ramai wartawan, pihak kami akan mempertimbangkan untuk menambah satu lagi bilik tayangan video dengan menambah 20 lagi pas," katanya.
Seramai 16 orang wartawan daripada media tempatan yang dibenarkan masuk ke dalam mahkamah terdiri daripada Malaysiakini, Bernama, RTM, TV3, Astro Awani, seorang wakil daripada NSTP Group dan Utusan Melayu, Sinar Harian, The Star, Oriental Daily, China Press, Malay Mail, Free Malaysia Today, Malaysia Gazette, The Edge dan The Malaysian Insight.Selain itu, 14 wartawan dari media antarabangsa terdiri daripada AFP, AP, CNN, BBC, Reuters, Bloomberg, The Asahi Shimbun, Nikkei, Dow Jones Newstimes, Fairfax Media, The Financial Times, The Guardian, Al-Jazeera dan Kyodo News.Kes berkenaan akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Mohd Nazlan Mohd Ghazali di aras lima, sayap kanan dan dijangka seramai tiga orang saksi terdiri daripada pegawai kerajaan dan bank, akan memberi keterangan.Sementara itu, tinjauan mendapati beberapa buah meja turut diletakkan di aras lima di luar mahkamah di mana prosiding berlangsung untuk menghalang orang awam daripada melalui kawasan tersebut.Pada 4 Julai 2018, Najib, yang juga anggota parlimen Pekan, didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.Pada 8 Ogos 2018, bekas perdana menteri itu didakwa lagi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama daripada dana serupa.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/kes-src-najib-mahkamah-sediakan-100-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 421 hits
PUTRAJAYA Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pertuduhan jenayah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta belum dapat diteruskan Ini ekoran keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan...
Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 705 hits
Tiga lagi termasuk permohonan untuk perintah larangan perbincangan awam berkenaan perbicaraan itu ditolak panel tiga hakim
Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 525 hits
Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarka...
Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 424 hits
Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Mahkamah Tinggi Putrajaya 21 Mac 2019 Foto oleh Miera Zulyana Projek MMPUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib...
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 688 hits
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama
Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

Saat Akhir Najib Minta Tangguh Bicara Kes Src

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 546 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang di...
Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 503 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa syarikat SRC International Sdn Bhd yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 7 Jan 2011 mempunyai modal terbitan sebanyak RM1 juta Penolong Pendaftar SSM Muhamad Akmal...
Mahkamah Tolak Penangguhan Najib Semakin Hampiri Sungai Buluh

Mahkamah Tolak Penangguhan Najib Semakin Hampiri Sungai Buluh

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 344 hits
Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarka...
Najib Kelihatan Tenang Berdoa Sebelum Masuki Mahkamah

Najib Kelihatan Tenang Berdoa Sebelum Masuki Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 362 hits
Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd Berpakaian biru gelap dan ditemani anaknya Ashman bekas perdana menteri dilihat menadah tangan dipercay...
Lunch Di Madam Kwan S Johor Premium Outlet

Freak Storm Damages Eight Houses In Raub

Exam Pksk Adam

Tasik Cermin 2 Ipoh Hidden Gem Yang Tenang Dan Cantik

Bot Penambang Kuala Terengganu Warisan Yang Hidup

Student Group Accuses Um Of Threatening Pro Palestine Activists

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Buasir Otak Tv Macam Harimau Tapi Lebih Kecil Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happy Anniversary

Masjid Nabawi Pintu 326 Untuk Seminggu

Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang

Printing Design Printing Kotak Packaging Buat Produk Anda Nampak Lebih Eksklusif Untuk Perfume

Fullslotpg Io 13 68 Pgslot Casino Top 91 By Wilbur

Sky289 24 Sky289 Top 42 By Erwin