Ruu Anti Lompat Parti Sudah Lulus Tak Perlu Lagi Buat Gabungan Politik Baru Yang Rapuh




KUANTAN -Gabungan parti politik baru yang 'rapuh' tidak lagi diperlukan selepas Rang Undang-Undang (RUU) mengenai anti lompat parti diluluskan di peringkat Dewan Rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata sebarang usaha mewujudkan pakatan atau gabungan membabitkan sekumpulan parti tertentu adalah tidak relevan memandangkan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.
"Kalau nak buat gabungan atau kerjasama, tunggu lepas PRU ke-15, selepas mandat diberikan kepada rakyat.
"Terserahlah kepada parti dominan dan yang menjadi pilihan rakyat untuk menentukan gabungan (yang mereka mahu)," katanya .
Tambah exco Pahang itu lagi, dalam PRU ke-15 ini semua gabungan politik boleh bertanding menggunakan parti masing-masing jika itu dirasakan perlu.
Mohd Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata, dengan lulusnya RUU antilompat parti itu juga, setiap parti tidak lagi perlu bimbang dengan kecurangan wakil rakyat mereka akan berulang seperti beberapa tahun lalu.
Katanya, selepas ini, tidak akan berlaku lagi tawar menawar hingga menyebabkan Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpaling tadah dengan meninggalkan parti asal untuk menyertai 'kapal' lain.
"Pengalaman pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali selepas PRU ke-14 menunjukkan betapa serius isu lompat parti ini.
"Kita harap RUU ini mengembalikan keyakinan pengundi dan inilah masanya untuk setiap parti menguji kekuatan dan pengaruh masing-masing.
"Selepas itu (pilihan raya umum), barulah kita fikir tentang gabungan dan kerjasama untuk membentuk kerajaan yang stabil," katanya lagi.
Mohd Sharkar juga menegaskan gabungan yang 'rapuh' tidak akan menjamin kestabilan politik dan episod seperti yang berlaku selepas PRU lalu boleh berulang.
"Adalah lebih baik gabungan politik dibentuk selepas pilihan raya umum setelah rakyat membuat keputusan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/ruu-anti-lompat-parti-sudah-lulus-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lulus Anta Anti Lompat Parti Era Baru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

Lulus Anta Anti Lompat Parti Era Baru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 278 hits
Lulus akta anti lompat parti era baru kerjasama kerajaan pembangkangPosted By on July 29 2022ulusan Rang Undang undang Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti semalam memandakan bermulanya dimensi baharu dalam sistem bernegara Malaysia Menuru...
Ruu Anti Lompat Parti Terpenting Dalam Mou

Ruu Anti Lompat Parti Terpenting Dalam Mou

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 265 hits
RUU Anti Lompat Parti terpenting dalam MoUPosted By on July 28 2022Rang Undang Undang Anti Lompat Parti merupakan bahagian terpenting dalam Memorandum Kerjasama antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan Ketua Pembangkang Parlimen Mala...
Ruu Anti Lompat Parti Diluluskan

Ruu Anti Lompat Parti Diluluskan

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 267 hits
RUU Anti Lompat Parti Diluluskan Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan perlembagaan berhubung anti lompat parti menerusi Rang Undang Undang Perlembagaan 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti Ia diluluskan untuk bacaan...
Majlis Presiden Ph Sokong Ruu Anti Lompat Parti

Majlis Presiden Ph Sokong Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 244 hits
Majlis Presiden PH sokong RUU Anti Lompat PartiPosted By on July 28 2022Pakatan Harapan menyokong penuh perbahasan Rang Undang undang Anti Lompat Parti yang akan diadakankan esok dan lusa Hal itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden...
Ge15 Only After All States Have Enacted Ruu Anti Lompat Parti

Ge15 Only After All States Have Enacted Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 289 hits
DAP chairman Lim Guan Eng has urged Prime Minister Ismail Sabri Yaakob to call for the next general election after all the states have amended their state constitutions by enacting the anti hopping law He said this was to ensure uniformity ...
Jangan Kita Lupa Tergubalnya Ruu Anti Lompat Parti Adalah Atas Jasa Jahat Tun Mahathir

Jangan Kita Lupa Tergubalnya Ruu Anti Lompat Parti Adalah Atas Jasa Jahat Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 242 hits
Ramai yang memuji Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan membentang dan seterusnya beroleh kelulusan dalam RUU Anti Lompat Parti yang sebelum ini tertangguh beberapa kali Kesungguhannya terhadap RUU itu tidak lain adalah kerana b...
Judge Accused Of Judicial Interference May Become Cj Soon Rafizi Predicts

Dpm Fadillah Pays Courtesy Call On Sabah Governor

Hallucination Water Claims Spark Criminal Investigation Into Ehati Marriage Programme In Selangor

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People

Elected Decay


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Inap Puaka

Jeruk Madu Pak Ali Ole Ole Dari Penang

Resipi Kuih Bakar Pandan Ikut Sukatan Cawan Sedap Mudah Gerenti Jadi

Bila Aku Disalahkan Untuk Segalanya