Ruu Anti Gangguan Seksual Dijangka Dibentang Sebelum 16 Disember Ini


MALAYSIA POST


RANG Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual dijangka akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum 16 Disember ini.
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara dan juga persetujuan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri.
Menurutnya, draf RUU berkenaan kini sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan diharap dapat diluluskan dalam minggu ini.
“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan bebas gangguan seksual untuk seluruh rakyat khususnya golongan wanita.
“Berkaitan dengan draf RUU Anti Gangguan Seksual yang telah digubal secara kolektif melalui satu pasukan projek Khas dengan penyertaan pelbagai pihak terdiri daripada wakil-wakil Kementerian dan agensi berkaitan, badan bukan kerajaan (NGO) serta ahli-ahli akademik.
“Kementerian telah mensasarkan pembentangan RUU ini bagi bacaan kali pertama iaitu pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang ini iaitu sebelum 16 Disember ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Noorita Sual (DAP-Tenom) mengenai garis masa Akta Gangguan Seksual akan dibentangkan.
Menurut Siti Zailah, proses semakan RUU adalah satu proses yang perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan RUU berkenaan benar-benar mampu menangani kelompangan perundangan sedia ada dan isu-isu pelaksanaan yang akan timbul.
“Pada masa ini kes-kes gangguan seksual ditangani melalui akta dan peraturan sedia ada iaitu Kanun Keseksaan Akta 574; Akta Kerja 1995; Akta 265; dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Akta lain adalah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017; Peraturan 4 Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Tatatertib dan juga Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 5 Tahun 2018.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga sedang membangunkan module intervensi gangguan seksual di tempat kerja untuk kegunaan pegawai psikologi atau kaunselor bagi kes-kes gangguan seksual di tempat kerja,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan berkenaan statistik kes gangguan seksual yang dilaporkan, beliau memaklumkan setakat ini hanya mempunyai data daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun ini.
“Sehingga tahun ini kes yang disiasat mengikut Kanun Keseksaan (KK) iaitu Seksyen 354 (474 kes); Seksyen 377D (35 kes) dan Seksyen 509 (266 kes) melibatkan keseluruhan 775 kes direkodkan PDRM,” katanya. – Malaysiapost



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/ruu-anti-gangguan-seksual-dijangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sarawak Dijangka Disember Ini

Prn Sarawak Dijangka Disember Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 473 hits
PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN Untuk video penuh sila layari https bit ly 3GSnqkH Follow kami di TikTok sinarharianonline SinarHarian BuletinTikTok
Jpj Ingatkan Orang Ramai Agar Perbaharui Lesen Dan Road Tax Sebelum 31 Disember 2021

Jpj Ingatkan Orang Ramai Agar Perbaharui Lesen Dan Road Tax Sebelum 31 Disember 2021

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 334 hits
Peringatan mesra buat orang ramai agar tidak menunggu hingga saat akhir dan segera memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia di mana mana saluran urusniaga seperti JPJ Pos Malaysia MyEG dan juga Puspakom
Kadar Kos Tunai Haji Dijangka Diketahui Sebelum Awal Tahun Hadapan

Kadar Kos Tunai Haji Dijangka Diketahui Sebelum Awal Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 236 hits
Ahmad Marzuk tidak tolak kemungkinan kadar meningkat TAMPIN Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary Bagaimanapun beliau berkat...
Gangguan Seksual Tempat Kerja

Gangguan Seksual Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 171 hits
Dokter ambil passover patient body weakness tu kan Aku tengah duduk tepi meja main telefon bila seorang hosmen datang bawa triaj pesakit pagi tadi Ya MeiMei kenapa Natrium dia 110 dia tunduk sambil tunjuk keputusan penuh BUSE baru keluar Ak...
Gelombang Baharu Covid 19 Dijangka Disember Ini

Gelombang Baharu Covid 19 Dijangka Disember Ini

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 210 hits
Gambar hiasan Foto 123RF Gelombang baharu COVID 19 dijangka Disember ini PUTRAJAYA Pegawai perubatan memberi amaran gelombang baharu Covid 19 dijangka membadai negara pada Disember depan Pusat COVID 19 sedang melakukan persediaan untuk meng...
Gangguan Seksual Tak Perlu Diperbesarkan Annuar Musa

Gangguan Seksual Tak Perlu Diperbesarkan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh ALIF FADLI ANNUAR MUSAKUALA LUMPUR Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pemain dalam industri seni ta nah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka Jelasnya kepada Mi...
Kemudi Hati Kesan Emosi Gangguan Seksual

Kemudi Hati Kesan Emosi Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 293 hits
KEMUDI HATI Kesan Emosi Gangguan Seksual Like Follow Follow Subscribe
Ramai Pelakon Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual Berbanding Wanita Namron

Ramai Pelakon Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual Berbanding Wanita Namron

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 328 hits
Gangguan seksual selalunya dikaitkan dengan pelakon wanita Semestinya kita sering mendengar tentang bagaimana pelakon pelakon wanita mendapat gangguan seksual dari individu berpengaruh dalam industri tempatan Namun menurut Nam Ron menurutny...
Sebelum Lahirnya Bayi Ke Dunia

Sebelum Lahirnya Bayi Ke Dunia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 179 hits
Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata Bayi itu bertanya kepada Tuhan Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia tetapi bagaimana cara saya hidup di sana Saya begit...
Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Anggota Polis Disiasat Ajak Wanita Check In Hotel

Is Dr M S Bangsa Malaysia Only Available In Sabah And Sarawak

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Tudung Di Muaz Kl

Aktiviti Majlis Kesyukuran Dan Mahabbah Penyatuan Ngo Ngo Melayu Islam 2025 Ppim 15 06 2025

Galakan Berpuasa Di Bulan Muharram

Rentak Seri

Lunch Bubur Nasi Segera

Ayam Masak Kicap Madu Sedapnya Naik Satu Level Ini Resipinya