Rusuhan Block Everything Gegar Perancis


Rusuhan Block Everything ‘Gegar’ Perancis
Perancis kembali bergolak apabila ribuan penunjuk perasaan melancarkan gerakan baharu dikenali sebagai Block Everything atau “Bloquons Tout”.
Gerakan ini mencetuskan kekacauan besar di bandar utama seperti Paris, Marseille, Lyon dan Toulouse. Difahamkan, ia juga memaksa kerajaan menghantar lebih 80,000 anggota polis untuk mengawal keadaan.
Pada Rabu lalu sahaja, pihak berkuasa mengesahkan lebih 175,000 orang menyertai lebih 800 siri protes di seluruh negara. Sebanyak 473 individu ditahan, termasuk lebih 200 orang di Paris, lapor NBC News.
Apa itu gerakan Block Everything? Gerakan ini bermula sekitar Mei lalu dalam kalangan kumpulan sayap kanan, sebelum diambil alih oleh pelbagai kelompok lain termasuk sayap kiri, anti-fasis, anarkis serta kesatuan pekerja yang berpengaruh.
Menariknya, ia tidak mempunyai kepimpinan jelas, sebaliknya tersebar melalui media sosial.
Matlamat utamanya adalah untuk melumpuhkan sistem dengan mengajak rakyat melakukan mogok, menyekat jalan raya, membakar objek dan mengganggu perkhidmatan awam.
Gerakan ini tercetus ekoran rasa tidak puas hati terhadap krisis politik berterusan, beban hutang negara yang tinggi serta pelantikan Perdana Menteri baharu, Sébastien Lecornu.
Punca kemarahan rakyat Protes ini memuncak selepas bekas Perdana Menteri, François Bayrou, mencadangkan pelan penjimatan besar-besaran bernilai €44 bilion (sekitar RM…) menjelang 2026.
Antara cadangannya termasuk memansuhkan dua cuti umum, membekukan pencen serta memotong belanja kesihatan.
Cadangan itu mencetuskan kemarahan daripada pelbagai pihak, baik golongan kiri mahupun kanan.
Ia bukan sahaja menjatuhkan Bayrou melalui undi tidak percaya. Malah, meningkatkan kebencian terhadap Presiden Emmanuel Macron yang kini dilihat gagal menstabilkan kerajaan minoritinya.
Ramai penunjuk perasaan mendesak Macron meletakkan jawatan, manakala sebahagian lagi menuntut pembaharuan perlembagaan serta cukai lebih tinggi terhadap golongan kaya.
Apa yang berlaku di jalanan? Keadaan di jalan raya Perancis bertukar kacau-bilau:
Di Paris, kumpulan besar berhimpun di stesen Gare du Nord sambil mendirikan sekatan jalan. Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.
Pelajar sekolah menengah di timur Paris bertindak menghalang pintu masuk sekolah dengan timbunan objek yang dibakar, menyebabkan pasukan bomba terpaksa campur tangan.
Di Rennes, sebuah bas dibakar oleh penunjuk perasaan. Di Marseille, Nantes, Montpellier dan Lyon, laluan utama disekat hingga mengganggu trafik.
Sebuah gudang Amazon di utara Perancis turut disekat oleh penunjuk perasaan.
Walaupun gerakan ini dinamakan Block Everything, para pemerhati menyatakan ia masih belum benar-benar melumpuhkan seluruh negara, sebaliknya hanya mencetuskan gangguan besar di kawasan tertentu.
Tekanan semakin meningkat terhadap Macron Bagi Macron, situasi ini mengingatkan kembali kepada gelombang besar Yellow Vest pada 2018 yang tercetus akibat kenaikan cukai bahan api.
Bezanya, kali ini kemarahan rakyat berpunca daripada isu penjimatan bajet serta rasa terasing daripada ‘elit politik’ yang dianggap tidak memahami realiti hidup rakyat biasa.
Difahamkan, Macron juga kini kehilangan sokongan daripada rakyat. Ramai bekas penyokong Macron kini beralih arah.
Mereka mengakui kecewa kerana beban cukai terlalu tinggi dan pemimpin itu dianggap tidak lagi mengambil peduli nasib rakyat.
BACA: Aktivis Charlie Kirk Ditembak Di Khalayak Ramai, Disahkan Maut
BACA: Menteri Kewangan Nepal Diserang Di Jalanan
BACA: Isteri Bekas PM Nepal Maut, Rumah Dibakar Penunjuk Perasaan
Sumber: Sky News, NBC News
The post Rusuhan Block Everything ‘Gegar’ Perancis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/11/rusuhan-block-everything-gegar-perancis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober

Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1144 hits
Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober Langit Berdarah Jiwa Berdosa Qifarah Bakal Gegar Pawagam 9 Oktober Antara langit yang berdarah dan warisan yang berdosa suatu kisah tentang qifarah yang menuntut bayaran Dit...
Maggi Kari Lah Karnival Bakal Gegar The Exchange Trx Dengan Himpunan Terbesar Pencinta Maggi Kari Di Malaysia

Maggi Kari Lah Karnival Bakal Gegar The Exchange Trx Dengan Himpunan Terbesar Pencinta Maggi Kari Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3938 hits
Hi Korang Empat hari Satu rasa ikonik Dari 28 31 Ogos 2025 Raintree Plaza di The Exchange TRX akan menjadi lokasi kepada himpunan peminat MAGGI Kari terbesar pernah diadakan di Malaysia dalam MAGGI Kari Lah Karnival Karnival empat hari ini ...
Warga Asing Letak 9 Kepala Babi Di Beberapa Masjid Perancis

Warga Asing Letak 9 Kepala Babi Di Beberapa Masjid Perancis

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3796 hits
KOSMO GAMBAR pada 5 Mei lalu menunjukkan Masjid Besar Paris AFPPARIS Warganegara asing yang segera meninggalkan negara ini adalah dalang di sebalik penemuan kepala babi di luar sebilangan masjid di wilayah Paris kata pejabat pendakwa raya n...
Kasih Ibu Tiada Tandingan Bella Buat Kejutan Pada Anak Bawa Ke Perancis Demi Sokong Syed Saddiq

Kasih Ibu Tiada Tandingan Bella Buat Kejutan Pada Anak Bawa Ke Perancis Demi Sokong Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 7048 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat kejutan buat kedua dua anaknya Ayden dan Ara apabila membawa mereka ke Perancis bagi menyaksikan Kejohanan Dunia Ironman 2025 pada 14 September ini Menerusi perkongsian di Instagram Primavalet ked...
Tiktok Must Set Effective Mechanism To Block Users Below 13 Fahmi

Tiktok Must Set Effective Mechanism To Block Users Below 13 Fahmi

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 256 hits
TikTok has been urged to establish effective mechanisms to curb underage users as existing measures have failed to prevent children under 13 from accessing the platform Communications Minister Fahmi Fadzil said the social media platform has...
Elaun Ahli Parlimen Indonesia Dipotong Rusuhan Berdarah Cetus Ujian Terbesar Buat Kerajaan Prabowo

Elaun Ahli Parlimen Indonesia Dipotong Rusuhan Berdarah Cetus Ujian Terbesar Buat Kerajaan Prabowo

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3456 hits
JAKARTA Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Ahad mengumumkan bahawa parti parti politik di republik itu sepakat untuk memotong beberapa elaun dan keistimewaan ahli Dewan Perwakilan Rakyat sebagai respon segera terhadap tuntutan penunju...
Kematian Pemandu Teksi Motosikal Cetus Rusuhan Di Jakarta

Kematian Pemandu Teksi Motosikal Cetus Rusuhan Di Jakarta

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1301 hits
JAKARTA Suasana tegang melanda Jakarta Pusat susulan insiden seorang pemandu teksi motosikal Affan Kurniawan maut selepas dilanggar kenderaan taktikal polis ketika perhimpunan pada malam Rabu lapor Jakarta Globe Kemarahan Penduduk Meletus K...
Police Block Access To Kg Sg Baru As Defiant Residents Evicted

Police Block Access To Kg Sg Baru As Defiant Residents Evicted

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1988 hits
Police have blocked access to parts of Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur to facilitate the eviction of residents refusing to move out No one is allowed in or out unless they have a special pass with police aiming to prevent provocations and ...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal