Rupanya Ini Kaedah Semula Jadi Rawat Chickenpox Boleh Dicuba Di Rumah Bahan Bahan Pun Tak Mahal


Kalau kena chickenpox atau cacar air mesti rasa tak selesa, kan? Jangan risau ada kaedah semula jadi sebagai rawatan cacar air yang boleh dicuba di rumah.

Rawatan cacar air
Merupakan jangkitan biasa yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus varicella. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang individu ke individu lain.
Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Jika mengalaminya, rawatan cacar air melibatkan pengurusan simptom sehingga badan anda mampu melawan jangkitan.
Kaedah semula jadi sebagai rawatan cacar air
Walaupun jangkitan ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak, namun tidak dinafikan individu dewasa juga tidak terkecuali untuk mengalaminya.
Jadi berikut beberapa tip menggunakan kaedah semula jadi yang boleh dicuba:
#1. Aloe vera
Gel lidah buaya membantu menyejukkan dan menenangkan kulit gatal dan meradang. Ia mempunyai sifat antiradang yang boleh mengurangkan rasa gatal dan melembapkan kulit.
Jika ingin mencuba cara merawat cacar air ini, anda hanya perlukan tumbuhan aloe vera.
-Ambil daun aloe vera dan keluarkan isi gel yang terdapat di dalamnya.
-Pindahkan gel tersebut ke dalam bekas kedap udara.
-Sapu dan biarkan gel tersebut pada ruam cacar.
-Ulang sapuan gel sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.
#2. Madu
Madu adalah antara kaedah semula jadi terbaik untuk merawat luka. Tapi pastikan anda menggunakan madu asli.
Bahan ini dapat mengurangkan keinginan untuk menggaru kawasan bermasalah dan membantu mengurangkan parut.
Caranya:
-Sapukan sedikit madu pada kawasan jangkitan.
-Biarkan selama lebih kurang 20 minit.
-Kemudian, lap dengan lembut menggunakan kain atau tisu basah. Boleh juga memilih untuk membilas dengan sedikit air.
-Ulang rawatan cacar air ini 2x sehari.
#3. Mandian baking soda

Baking soda atau serbuk penaik dapat membantu meredakan ruam dan gatal pada kulit. Ia mempunyai sifat antimikrob dan boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Anda juga boleh menambah cecair antiseptik ke dalam air mandian. Anda memerlukan:
-Serbuk penaik – 1 cawan
-Air suam untuk mandi
Caranya:
-Masukkan serbuk penaik dan air di dalam baldi.
-Siramkan air mandi pada badan.
-Lakukan mandian ini setiap hari sehingga sembuh.
-Jika menggunakan tab mandi, anda cuma perlu rendamkan diri untuk tempoh kira-kira 10 hingga 20 minit.
#4. Mandian oat
Mandian ini sangat baik sebagai kaedah semula jadi bagi merawat cacar air.
Oat dikatakan dapat membantu menghilang dan menenangkan kulit dijangkiti. Ia mengurangkan rasa gatal dan bertindak sebagai agen pelembap yang hebat.
Bahan diperlukan:
-Oat – 2 cawan
-Air – 4 cawan
-Beg kain atau kain bersih
-Air suam
-Tab mandi atau baldi
Caranya:
-Kisar oat dan rendamkan ia dalam bekas berisi 4 cawan air. Biarkan selama beberapa minit.
-Kemudian, masukkan campuran ke dalam beg kain. Jika tiada, anda boleh masukkan campuran ke dalam kain bersih dan ikat dengan ketat.
-Letakkan campuran ke dalam tab mandi berisi air suam dan rendam selama beberapa minit.
-Jika tiada tab, letakkan campuran ke dalam baldi berisi air suam dan siramkan badan dengan air tersebut.
-Ulang rawatan cacar air ini sekali setiap hari.
#5. Rebusan daun jambu
Daun jambu sering digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Cina bagi merawat kerengsaan dan jangkitan kulit.
Ini kerana daun tersebut mempunyai sifat antimikroba dan kaya vitamin C. Ia dapat mengurangkan ruam dan mencegah kewujudan parut.
Bahan diperlukan:
-Daun jambu batu – 10 hingga 12 helai
-Air – 2 cawan
-Madu – bahan pemanis
Caranya:
-Rebuskan daun selama 10 hingga 15 minit.
-Tapiskan airnya dan masukkan madu mengikut citarasa.
-Minum air rebusan ini ketika suam.
-Ulang minum air untuk 2 hingga 3 cawan setiap hari.
Individu dengan hipoglikemia tidak boleh meminum air rebusan ini kerana ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.
Mereka dengan penyakit jantung juga patut menghindari daripada menggunakan kaedah semula jadi ini.
#6. Kacang pea
Dalam Ayurveda, kacang pea digunakan pada luka dan lepuh untuk penyembuhan segera. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin B6 dan asid folik. Kacang pea berfungsi melawan keradangan dan mengurangkan gatal. Ia juga dapat menenangkan kulit.
Bahan diperlukan:
-Kacang pea – 200 gram
-Air
Cara rawatan cacar air ini:
-Rebus kacang dan kisar untuk dijadikan pes.
-Sapukan pes kacang pada ruam jangkitan.
-Biarkan selamat sejam.
-Kemudian mandi dengan air suam.
-Lakukan sehari sekali.

#7. Daun neem
Neem, kaya sifat antibakteria dan antivirus. Ia membantu melegakan gatal, mengeringkan lepuh dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Bahan diperlukan:
-Segenggam daun neem
-Air
Cara menggunakan kaedah semula jadi ini:
-Kisarkan daun neem bersama air sehingga menjadi pes.
-Sapukan pada ruam jangkitan dan biarkan selama beberapa jam.
-Juga boleh lakukan mandian neem dengan menambah daun bersama air suam untuk mandian.
-Lakukan mandian ini sebanyak 2x sehari.
Komplikasi daripada cacar air ini adalah berbeza pada setiap individu terutama bayi, wanita hamil dan mereka dengan sistem imun yang lemah. Rawatan cacar air menggunakan kaedah semula jadi ini biasanya berkesan tanpa memerlukan rawatan perubatan moden.
Walau bagaimanapun, jika keadaan semakin teruk, dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Rupanya Ini Kaedah Semula Jadi Rawat Chickenpox, Boleh Dicuba Di Rumah. Bahan-Bahan Pun Tak Mahal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rupanya-ini-kaedah-semula-jadi-rawat-chickenpox-boleh-dicuba-di-rumah-bahan-bahan-pun-tak-mahal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai

Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 551 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai Anda boleh membuat perubahan yang menyegarkan tanpa mengubah susun atur rumah secara drastik dengan projek cat rumah se...
Kilang Haram Boleh Beroperasi Kerana Dasar Kerajaan Negeri Rumah Haram Diroboh

Kilang Haram Boleh Beroperasi Kerana Dasar Kerajaan Negeri Rumah Haram Diroboh

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 266 hits
byAssistant Editor September 10 2020KUALA LUMPUR Aktiviti perniagaan kilang tanpa kebenaran berterusan sehingga hari ini adalah kerana ada yang mengambil kesempatan terhadap dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Sejak 2012 ker...
Kalau Boleh Bagi Rm10k Sebulan Saya Duduk Diam Dekat Rumah

Kalau Boleh Bagi Rm10k Sebulan Saya Duduk Diam Dekat Rumah

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 286 hits
Umum mengetahui peserta peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh sudah pun diumumkan dan boleh dikatakan ramai penyanyi bertaraf lagenda turut menyertai pertandingan tersebut termasuklah penyanyi rock Mus May Bagaimanapun Mus mem...
Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 513 hits
Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih Bukan apa hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan Tetapi tahukah and...
Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap Serius Senang Nak Buat

Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap Serius Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 367 hits
Sebut je coklat tak kira orang dewasa atau kanak kanak pasti akan sukakannya Bagi yang teringin untuk makan kudapan berasaskan coklat apa kata cuba buat sendiri chocojar yang ranggup dan pastinya ralit apabila dimakan Kalau tengah tengok TV...
Hamil Selepas 10 Tahun Penantian Irwansyah Sediakan Rumah Siap Ada Lif Untuk Mudahkan Zaskia

Hamil Selepas 10 Tahun Penantian Irwansyah Sediakan Rumah Siap Ada Lif Untuk Mudahkan Zaskia

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 291 hits
Baru baru ini pasangan penyanyi dan juga pelakon yang popular di Indonesia Irwansyah serta isterinya Zaskia berkongsi berita gembira dengan umum tentang kehamilan yang ditunggu tunggu setelah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga Semenjak ...
Tiga Beradik Terpaksa Tinggal Dalam Rumah Kotor Bersama 13 Anjing Di Jalan Gambang

Tiga Beradik Terpaksa Tinggal Dalam Rumah Kotor Bersama 13 Anjing Di Jalan Gambang

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 407 hits
KUANTAN Tiga beradik terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya dalam rumah yang kotor dan tidak terurus dengan ditemani 13 ekor anjing di Jalan Gambang Batu 6 di sini selepas ditinggalkan ibunya sejak tiga tahun lalu Difahamkan ibu kepada ti...
Anak Lagi Bijak Bila Bermain Di Luar Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah

Anak Lagi Bijak Bila Bermain Di Luar Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 204 hits
Bercerita mengenai aktiviti luar tentu ramai yang bersetuju bahawa udara segar sinaran matahari serta senaman adalah baik untuk kanak kanak Namun sejauh mana aktiviti luar ini dapat membantu perkembangan kanak kanak dan mengasah kemahiran m...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke