Tiga Beradik Terpaksa Tinggal Dalam Rumah Kotor Bersama 13 Anjing Di Jalan Gambang


 

KUANTAN - Tiga beradik terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya dalam rumah yang kotor dan tidak terurus dengan ditemani 13 ekor anjing di Jalan Gambang, Batu 6 di sini selepas ditinggalkan ibunya sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan ibu kepada tiga kanak-kanak perempuan berusia 8, 9 dan 12 tahun itu bekerja di Singapura atau Johor Bahru dan sudah tiga tahun tidak pulang menjenguk mereka, manakala bapa mereka yang dipercayai bekerja di Hutan Kuala Rompin juga jarang pulang ke rumah.
Tiga beradik itu terpaksa menjalani kehidupan sendiri dalam rumah yang berbau busuk dengan najis anjing dan sering kelaparan apabila bapa saudaranya itu hanya pulang pada waktu malam.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Taman Tas, Yeoh Kok Bin berkata, pihak sekolah sudah dua kali mengadakan lawatan di rumah yang dihuni tiga beradik itu selepas mendapat tahu kepayahan hidup dilalui mereka.
"Bila ke sana, kita dapati rumah dipenuhi anjing, berbau busuk dengan najis haiwan dan tidak terurus. Tiga beradik ini tidur di atas lantai bersama haiwan ternakan terbabit.
"Jadi, kita bimbang dengan keadaan tiga beradik ini tambahan pula mereka sering kelaparan dan hanya makan mi segera sementara menunggu bapa saudaranya pulang," katanya ketika ditemui di rumah itu di Jalan Gambang, Batu 6 di sini.
Salah seorang daripada tiga beradik berkenaan menunjukkan keadaan rumah dihuni mereka bersama 13 ekor anjing ketika kunjungan pegawai JKM dan Chon Siang hari ini.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kok Bin berkata, ketiga-tiga beradik ini mendapat bantuan daripada pelbagai pihak, namun mereka kerap tidak hadir ke sekolah.
Katanya, prestasi pelajaran mereka sangat lemah disebabkan sering tidak hadir ke sekolah sehingga tertinggal pembelajaran setiap hari.
"Kita difahamkan ketiga-tiga adik beradik ini terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke sekolah setiap hari.
"Tambahan pula, ayahnya hanya membekalkan RM50 setiap seorang untuk seminggu bagi membolehkan mereka menampung kehidupan sehari-hari," katanya.
Beliau berkata, melihat kepayahan itu menyebabkan pihaknya menghubungi wakil rakyat bagi memastikan mereka ini mendapat penjagaan sewajarnya.
Jelasnya, pihaknya bimbang jika tiga beradik ini dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada mereka suatu hari nanti.
Sementara itu, Chon Siang berkata, pihaknya sudah menghubungi JKM untuk menyelesaikan masalah yang dialami tiga beradik ini.
"Saya sedih bila mendapat tahu anak-anak ini dibiarkan hidup bersendirian dan selalu dalam keadaan kelaparan," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, pihaknya sudah mengadakan lawatan di rumah yang didiami ketiga-tiga beradik itu dan perbincangan dengan bapa saudaranya sedang dilakukan.
Bagaimanapun, katanya, kesemua kanak-kanak itu akan ditempatkan di tempat selamat bagi satu tempoh sementara.
"Tindakan itu diambil demi kesejahteraan mereka dan lokasi penempatan itu telah dikenalpasti," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/tiga-beradik-terpaksa-tinggal-dalam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Anjing Sampah Peneman Tiga Beradik Daif

13 Anjing Sampah Peneman Tiga Beradik Daif

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 316 hits
Kuantan Timbunan sampah najis dan kencing daripada 13 anjing serta masing masing seekor musang burung dan labi labi serta ikan menjadi peneman tiga beradik yang menetap di bahagian atas premis perniagaan di Batu 6 Jalan Gambang di sini Dike...
Tiga Premis Kotor Diperintahkan Ditutup

Tiga Premis Kotor Diperintahkan Ditutup

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 229 hits
TASEK GELUGOR Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan dua kilang memproses makanan dan sebuah kedai runcit ditutup selama 14 hari kerana tahap kebersihan di premis itu tidak memuaskan Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan d...
Kisah Mbah Surati Tinggal Di Rumah Reyot Dan Jadi Pemulung Di Usia Renta Hanya Dapat Rp 17 Ribu Per Minggu

Kisah Mbah Surati Tinggal Di Rumah Reyot Dan Jadi Pemulung Di Usia Renta Hanya Dapat Rp 17 Ribu Per Minggu

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 408 hits
Di masa tua biasanya banyak orang yang memimpikan kehidupan tenang dan sejahtera Sayangnya hal ini jauh berbeda dengan apa yang dialami oleh seorang nenek yang akrab disapa Mbah Surati Di usianya yang menginjak angka 74 tahun beliau harus m...
Tiga Lelaki Bersaudara Di Nias Bakar Rumah Dan Coba Habisi Keluarga Paman

Tiga Lelaki Bersaudara Di Nias Bakar Rumah Dan Coba Habisi Keluarga Paman

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 288 hits
Dendam membuat tiga laki laki bersaudara di Nias Sumut bertindak nekat Mereka mencoba membakar dan menghabisi keluarga pamannya
Kisah Remaja Di Bali Terpaksa Buat Gubuk Untuk Tempat Tinggal Karena Himpitan Ekonomi

Kisah Remaja Di Bali Terpaksa Buat Gubuk Untuk Tempat Tinggal Karena Himpitan Ekonomi

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 246 hits
Selama ini Pradana tinggal bersama keluarga kakaknya juga juga hidup dengan kondisi ekonomi pas pasan Di rumah bedeng milik kakaknya juga ada istri dan keponakannya Mau tak mau Pradana harus tidur di teras Udara dingin dan debu menjadi tema...
Suami Isteri Tinggal Di Kediaman Usang Impikan Rumah Selesa

Suami Isteri Tinggal Di Kediaman Usang Impikan Rumah Selesa

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 341 hits
ZAIRAH Omar dan suaminya Johan Yusop mengharapkan kediaman mereka yang usang dibaiki dan diubah suai di Kampung Seronok Bayan Lepas Balik Pulau Pulau Pinang UTUSAN NOOR HASLIZA NUSI BALIK PULAU Pasangan suami isteri yang berdepan kesempitan...
Uda Membantu Rakyat Malaysia Membeli Rumah

Uda Membantu Rakyat Malaysia Membeli Rumah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 342 hits
Presiden dan ketua pegawai eksekutif UDA Mohd Salem Kailany menandatangani memorandum persefahaman antara UDA dan Maybank Islamic yang diwakili oleh pengarah urusan Maybank Real Estate Ventures Sally Lye Saw Im BUKIT MERTAJAM Masalah kepemi...
Kondisi Kampung Aquarium Yang Akan Dibangun Rumah Susun

Kondisi Kampung Aquarium Yang Akan Dibangun Rumah Susun

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 266 hits
Suasana Kampung Aquarium yang Akan Dibangun Rumah Susun Kampung Aquarium rencananya akan dibangun kampung susun yang diperuntukkan bagi warga sekitar Konsep hunian ini sesuai dengan Peraturan Gubernur DKI Nomor 27 Tahun 2009 tentang Pembang...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan