Rundingan Kerajaan Ph Bukan Untuk Perjanjian Csa Kata Saifuddin


 
FMT Reporters -August 28, 2021 Saifuddin Nasution berkata berkata, tidak ada keperluan untuk Ismail mengikat perjanjian CSA dengan PH kerana beliau mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.PETALING JAYA: Sebarang rundingan antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) tidak akan melibatkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA), kata Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution.
“Ia bukan perjanjian CSA antara kerajaan dan PH tetapi lebih kepada satu persefahaman demi kebaikan rakyat.
“(Rundingan) perjanjian CSA sebelum ini adalah inisiatif individu, antara beberapa pemimpin pembangkang dan kerajaan terdahulu di bawah Muhyiddin Yassin,” Malaysiakini memetik Saifuddin sebagai berkata.
“Sekarang ia (rundingan) sudah jadi formal antara kerajaan dengan pembangkang. Finaliti itu bergantung komitmen kerajaan Ismail terhadap agenda prorakyat dan proreformasi,” katanya.
Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR, berkata tidak ada keperluan untuk Ismail mengikat perjanjian CSA dengan PH kerana beliau mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.
“Dalam kes Muhyiddin dia jelas hilang majoriti. Jadi, dia adakan inisiatif perjanjian dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang secara individu.
“Tapi Ismail buat masa ini ada sokongan 114 ahli parlimen. Jadi tiada keperluan CSA. Rundingan itu bukan lagi modal CSA,” katanya.
Saifuddin menolak kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua daripada DAP bahawa PH sedia menerima perjanjian CSA dengan Ismail sekiranya beliau membuat tawaran serupa seperti yang dilakukan Muhyiddin.
“Kenyataan Tony ‘terlalu awal’. Proses rundingan masih di peringkat awal untuk membuat (apa-apa) keputusan.
“Kami baru-baru ini dihubungi oleh wakil PM setelah Ismail mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin PH minggu lepas. Yang paling penting, PH tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan (sekarang),” kata Saifuddin.
Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu bahawa PH menubuhkan jawatankuasa kerja untuk menguruskan rundingan dengan kerajaan.
“Ini fasa pertama. Apa-apa keputusan terakhir akan dibuat oleh Majlis Presiden PH,” katanya.
Beliau berkata rundingan antara kerajaan dan PH tidak lagi fokus kepada undang-undang anti lompat parti, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri dan reformasi Parlimen semata-mata.
“Sekarang sudah ada tambahan, tertakluk kepada keputusan kedua-dua pihak,”katanya.
Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lalu setelah mendapat sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen.
Beliau akan berdepan undi percaya untuk menentukan keabsahan sebagai perdana menteri apabila Parlimen bersidang mulai 6 September ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/rundingan-kerajaan-ph-bukan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Ambiga Kini Menentang Kerajaan Bersih Kata Ahli Parlimen Sarawak Selepas Peguam Itu Sokong Mahfuz

Apakah Ambiga Kini Menentang Kerajaan Bersih Kata Ahli Parlimen Sarawak Selepas Peguam Itu Sokong Mahfuz

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 275 hits
MALAYSIA NOW Ali Biju berkata tuntutan gabungan PN sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Mahfuz Omar dan Ambiga Sreenevasan Seorang ahli Parlimen Sarawak berkata beliau merasa tidak masuk akal seorang peguam boleh mendukung dua ahli Parl...
Pm Ismail Lulus Ujian Pertama Untuk Csa Kata Kit Siang

Pm Ismail Lulus Ujian Pertama Untuk Csa Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 259 hits
Oleh BORHAN AHMAD September 4 2021DAP menyifatkan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub melepasi ujian pertama apabila berkata Tiada siapa yang lebih tinggi dari undang undang dalam kes kematian pengawal keselamatan enam bulan sele...
Kemelut Politik Perjanjian Csa Satu Unsur Salah Guna Kuasa Usahawira

Kemelut Politik Perjanjian Csa Satu Unsur Salah Guna Kuasa Usahawira

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 344 hits
Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan parti itu tidak bersetuju Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan seperti yang hangat diperkatakan sesetengah pihak Jelasnya perjanjian itu merupakan salah satu unsur s
Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 357 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Perdana menteri yang dilantik daripada kerajaan sedia ada sekiranya penyandangnya Muhyiddin Yassin berundur hari ini adalah resepi kepada Kerajaan Gagal 2 0 kata seorang penganalisis politik Oh Ei Sun dari Insti...
Kerajaan Grs Tidak Bertindak Secukupnya Tangani Covid 19 Kata Shafie

Kerajaan Grs Tidak Bertindak Secukupnya Tangani Covid 19 Kata Shafie

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 236 hits
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mendakwa katil tambahan kini ditempatkan di bilik pembedahan di Hospital Queen Elizabeth 1 KOTA KINABALU Kerajaan Sabah tidak menangani situasi Covid 19 secukupnya susulan peningkatan harian jangkitan Covi...
Kalau Ikut Matematik Ini Kerajaan Pn Kata Ahmad Faizal

Kalau Ikut Matematik Ini Kerajaan Pn Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 285 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Aug 2021 6 54 pmSeorang pemimpin kanan Bersatu menegaskan parti itu melihat kerajaan yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri Yaakob selepas ini kekal sebagai Perikatan Nasional Menurut Ahmad Faizal Azumu pandang...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 265 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 380 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

Kerajaan Baru Mesti Kekalkan Dasar Sedia Ada Dalam Perang Melawan Covid 19 Kata Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 239 hits
MALAYSIA NOW Agong berkata ia termasuk program vaksinasi kebangsaan dan usaha mencapai imuniti kelompok dalam negara Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari dengan berlatar belakang bendera Malaysia di Pusat Perubatan...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri