Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra
aku tak pernah lagi jejak rumah cyra yang baru. katanya dah nak dekat setahun duduk situ. nampak sangat aku malas nak ke sana kerana lokasinya agak jauh seperti hendak pergi ke rumah maklong aku di jeram, kuala selangor.
rumah sebelum ini berdekatan dengan uitm puncak alam. rumah yang itu aku pernah datang masa ziarah cyra bersalin anak kedua.
bila tengok rumah kawan terdekat sebagai sebuah rumah, rasa teruja. entahlah kenapa. sebab rumah aku (rumah KITA) cuma saiz studio je kot? macam ada rasa tak puas hati. tiba ~ tadi aku tengok ada orang iklankan rumah sewa tempat aku duduk. mahal gila nak mati. aku sewa bermula 2021 RM900 hanya saiz 400sqf. sekarang dah 2024. rumah tu katanya kategori kondo (≖ ͜ʖ≖) . aku macam seriously
iklan yang aku jumpa dekat facebook tu tulis, harga sewa rm1300 saiz 400sqf. aku macam (‿!‿) ԅ(≖‿≖ԅ) . kau biar betul? tak masuk akal langsung tau
sebab tu aku selalu teruja tengok rumah orang. rasa macam berbaloinya ada sebuah rumah yang proper walaupun hanyalah menyewa.
Sambut Birthday Hanacyra cakap dia nak buat rumah terbuka sekaligus meraikan hari lahir hana. posternya pun lah kityut. siap suruh bawa baju mandi. aku fikir rumah dia kolam, tapi macam pelik pula bila dah masuk. takkan lah rumah teres ada kolam melainkan rumah tu kawasan besar
oh rupanya kolam belon kanak - kanak tu. muat dekat kawasan parking depan rumah dalam pagar. selamat lah untuk anak - anak mandi. tapi aku tak bawa anak - anak. aku bawa adik - adik. hahahaha. 2 orang tau.
sebelum mandi manda, ada acara potong kek. waktu semua orang nyanyikan lagu birthday untuk hana, hana malu - malu. lepastu dia nangis. dia malu kot sebab jadi tumpuan. comel je perangai. tak sama langsung macam mommy nya HAHAHAHA.
sebelum acara potong kek, aku dengar suara yang mengatakan "potong kek family - family je". rasa terasing sekejap. HAHHAHAAHA. tapi buat muka kayu jelah, siapa suruh sampai awal kan?
Acara Main Air
lepas dah siap potong kek, makan sepotong 2 tibalah acara yang dinanti kanak - kanak. mandi kolam! adik aku yang besar tu umur 10 tahun ya. tak padan. awal - awal malu nak mandi. bergaduh dulu depan pintu sebab berasa berlagak taknak teman adiknya mandi. last - last suara dia paling bising, sampai dalam rumah dengar.
seronok tengok budak - budak mandi. aku tak boleh join, air cetek HAHAH. kalau tak, dah join. aku join makan jelah.
Makan Ikut Giliran Makanan
masa aku sampai tu, aku memang tak makan. sebabnya masih rasa kenyang. aku ni sampai awal sebab aku dari kenduri kawan aku. dekat kenduri tu aku dah melantak sepinggan nasi. tengok menu/ lauk banyak - banyak ni tak tahu nak mula dari mana
sudahnya, aku mulakan dengan makan kek coklat dan dadih. sedap tau kek coklat tu. cair je. cyra order dengan kakaknya lah. kakaknya kitorang panggil along (aku dan cyra ni kawan dari sekolah rendah). along ni pandai masak, sedap. kalau korang nak tempah kek coklat mini, roti jala, dan lain lain boleh lah singgah dekat fb Aisyah Humaira Cake House.
sementara tuan rumah tengah free tak ada tetamu, bergambar dulu
lepas makan kek mini dan dadih, aku berehat sambil main handphone. maklumlah tuan rumah sibuk. dalam 30minit macam tu, aku makan nasi ayam pula. diikuti dengan rendang dan pulut. syok oh. nak pecah perut aku. dapat rasa serba sikit jelah. tak boleh nak tamak sangat. takut muntah ke diri. dah jadi 1 kerja.
Tak Sempat Gosip
tahu tak? kitorang tak sempat gosip apa - apa. semua gosip kitorang separuh - separuh je ceritanya. semua tergantung. hahaha. maklumlah, tuan rumah sibuk. ramai juga tetamu yang hadir. sebab tu cyra tak sempat nak melayan aku. tapi tak apa lah. opah dan umi pun berbual dengan aku. so chill jelah. datang openhouse bukan nak gosip weyh. nak makan HAHAH. so aku tak perlulah nak rasa sedih sangat kalau rasa orang tak layan. hahaha takdelah gurau je. member tuan rumah weyh, semua dia kena layan. takkan nak melayan aku je.
entah bila dapat gosip liar lagi kan cyra
aku sampai rumah cyra pukul 1.50pm macam tu. aku gerak keluar dari rumah dia pukul 5pm beb. lama gila. ahahaah entah apa yang aku buat, aku pun tak tahu
macam biasalah kan. lepas dah kenyang, dah penat. aku gerak lah balik. yang penting gambar duluan. thanks cyra sebab jemput dan benarkan aku bawa budak - budak. nak bawa anak, anak belum lahir. tiba ~buat hana, semoga jadi anak solehah buat mommy dan abah. semoga membesar jadi anak yang cerdik pandai cergas,berguna kepada bangsa, agama dan negara
semoga hana selalu senyum sebab hana comel
semoga bila hana dah besar, hana dapat capai cita - cita hana.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2024/05/rumah-terbuka-di-rumah-baru-cyra.html