Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad
PERSATUAN PENGGIAT SENIREKA BARANG KEMAS ( PERSEKA ) adalah satu badan NGO di bawah KOPERASI NORRAS BERHAD. Di mana PERSEKA akan mengadakan satu majlis untuk menghimpunkan ke semua pereka, pemakai juga petukang barang kemas tidak kira orang perseorangan atau pun dari mana mana premis perniagaan barang kemas yang ada di seluruh Malaysia. Majlis ini di nama kan JOM (JEWELS OF MALAYSIA). Lokasi majlis ini akan di adakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
JOM (JEWELS OF MALAYSIA) adalah inisiatif daripada PERSEKA yang akan mengiftirafkan pereka, pemakai juga petukang barang kemas sepanjang pertandingan ini diadakan. Tarikh pertandingan ini akan bermula dari Jun 2024 dan akan berakhir dan mengiktiraf pemenang pada Dis 2024.
Sidang media JOM ini akan diadakan pada 18 Jun 2024. Di sini kita akan terangkan pada media
Objektif JOM (JEWELS OF MALAYSIA)
1. Pereka
- Mendorong pereka tempatan untuk menggabungkan unsur-unsur budaya dan identiti Malaysia dalam
reka bentuk barang kemas mereka.
- Memberi pengiktirafan kepada pereka yang mempunyai kepekaan terhadap keunikan budaya dan warisan Malaysia dalam karya mereka.
- Memupuk kolaborasi antara pereka dengan petukang tempatan untuk menghasilkan barang kemas
yang melambangkan warisan budaya Malaysia dengan cemerlang.
2.Petukang
- Memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada petukang untuk meningkatkan kemahiran tradisional mereka dalam membuat barang kemas.
- Mengiktiraf kecekapan dan kreativiti petukang dalam menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia.
3.Pemakai
- Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menyokong dan menghargai barang kemas tempatan.
- Menggalakkan masyarakat untuk memilih barang kemas yang direka dan dibuat di Malaysia sebagai satu cara untuk menyokong industri kraftangan tempatan.
- Menghubungkan nilai-nilai dan makna yang terkandung dalam setiap barang kemas Malaysia kepada pemakai.
Majlis ini adalah untuk meluaskan fokus kepada pereka, petukang, dan pemakai, bahawasanya anugerah ini dapat memberi impak yang lebih menyeluruh terhadap perkembangan industri barang kemas Malaysia serta penghayatan terhadap identiti budaya negara.
JOM ini akan berlangsung dari Jun 2024 hingga Dis 2024, dimana JOM akan menjelajah ke-5 buah negeri bermula dari Johor Bahru. Destinasi ke-2 di Kuantan.Destinasi ke-3 di Pulau Pinang. Destinasi ke-
4 Sabah. Destinasi ke-5 Kuching,Sarawak.
JOM ini akan mengadakan pertandingan akhir di Kuala Lumpur untuk mengikthiraf pemenang petukang,pereka dan pemakai barang kemas. Anugerah akhir ini akan berlangsung selama 2 hari.
Disini kita akan menawarkan organisasi dan syarikat syarikat yang berkaitan dengan barang khemas seperti Habib, Poh Kong, Wah Chan dan lain lain untuk mengambil lot pameran. Kita hanya menawarkan 10 lot pameran sahaja dengan syarat-syarat tertentu.
Terma dan syarat pertandingan ini adalah :
1. Peserta mesti berusia 18 tahun keatas.
2. Peserta mesti merupakan warganegara Malaysia.
3. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan.
4. Penghasilan karya peserta akan menjadi hak milik PERSEKA sepenuhnya selepas pertandingan ini.
Pertandingan ini juga terbuka untuk pelajar pelajar IPTA, IKM, IPTS dan dan mana mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan JOM ini.
Untuk pertandingan ini JOM akan memilih 1 pemenang dari setiap negeri untuk dipertandingkan pada akhir nanti yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Hadiah yang ditawarkan adalah untuk 10 pemenang. 3 pemenang utama akan ditawarkan 4 hari kursus pendek di “University Arts London”. Untuk 7 pemenang lain akan diberikan hadiah yang akan diumumkan nanti secara rasmi.
Kesimpulannya pertandingan ini dijangka mencungkil bakat-bakat baru dalam industri barang kemas Malaysia, serta menyediakan platform untuk pengembangan dan pengiktirafan mereka. Dengan memperkenalkan penggunaan tema identiti Malaysia, kami berharap dapat mengukuhkan kebanggaan dan kesedaran terhadap warisan budaya negara di kalangan peserta dan peminat barang kemas.
Diharapkan juga bahawa hadiah yang menarik dan pengalaman di London bagi pemenang utama dapat memberi inspirasi dan penghargaan yang lebih besar terhadap kecemerlangan dalam industri barang kemas Malaysia. Dengan melalui pertandingan ini, kami yakin dapat menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara serta menyelamatkan dan memperkasakan warisan budaya yang kaya dan unik Malaysia.
Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Koperasi Norras Berhad, sila hubungi di talian +60192245967 (Datin Dr. Raskidah Ali).
Alamat: G-12, Ground Floor, Saville@Melawati,No.2, Jalan Kolam Air, Desa Melawati, 53100,Kuala Lumpur, Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2024/05/majlis-rumah-terbuka-koperasi-norras.html