Ketahui 8 Langkah Penting Untuk Pemilik Rumah Baru


Langkah-langkah untuk pemilik rumah baru. Memiliki rumah adalah satu komitmen yang sangat besar dan tidak boleh diambil mudah. Bagi yang baru pertama kali melalui proses membeli rumah sendiri, anda pasti akan terasa bingung dengan pelbagai borang yang perlu diisi, langkah yang perlu diambil serta istilah yang perlu difahami.

Jadi di sini saya kongsikan beberapa langkah yang saya rasa sangat penting untuk pemilik (dan bakal pemilik rumah) ketahui tentang proses yang perlu anda lalui setelah menerima kunci untuk rumah baru anda.
8 Langkah Penting Untuk Pemilik Rumah Baru 1. Terima Pemilikan Kosong (Vacant Possession - VP) Biasanya dalam tempoh 24 bulan hingga 36 bulan dari tarikh anda membeli rumah, pihak pemaju perlu menyiapkan semua kerja pembinaan. Dalam tempoh itu, apabila kerja pembinaan telah mencapai 70%, pembeli akan terima satu surat yang menyatakan tarikh untuk penyampaian Pemilikan Kosong oleh pemaju kepada pemilik.

2. Terima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC) Pada hari yang sama anda menerima Pemilikan Kosong, pihak pemaju juga harus memberikan salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan kepada pembeli. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak penguasa tempatan setelah mereka sudah melakukan pemeriksaan ke atas projek itu dan memastikan yang rumah itu sudah sedia dan selamat untuk didiami. 
3. Tandatangan borang penyerahan kunci Sebelum kunci diserahkan, anda juga akan diberikan sehelai dokumen yang mengandungi senarai barangan yang disediakan oleh pihak pemaju untuk setiap unit rumah. Jangan lupa untuk periksa setiap barangan itu berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan yang elok. Kemudian, tandatangan borang penyerahan kunci tersebut dan letakkan tarikh. Tarikh itu menandakan bermulanya Tempoh Tanggungan Cacat
 
4. Pastikan Tempoh Tanggungan Cacat (Defect Liability Period - DLP) Secara ringkas, Tempoh Tanggungan Cacat merujuk kepada tempoh jaminan kerosakan pada rumah baru anda. Sepanjang tempoh ini, sebarang kerosakan yang dikenal pasti haruslah dilaporkan kepada pihak pemaju untuk dibaiki oleh mereka.
5. Hubungi pejabat pengurusan kawasan perumahan Bagi rumah yang berstatus strata, kawasan perumahan itu akan diuruskan oleh satu badan atau syarikat yang sering digelar sebagai MO (Management Office). Jadi, setelah anda terima kunci, jangan lupa untuk berhubung dengan pihak MO untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bayaran penyelengaraan (maintenance fees) bulanan serta garis panduan lain yang berkaitan.
6. Daftar keperluan utiliti asas untuk rumah Kebanyakkan pemaju akan minta semua pemilik rumah untuk melakukan pendaftaran utiliti secara berkelompok melalui pemaju. Tetapi, jika pemaju anda tidak menyediakan perkhidmatan ini, anda boleh mendaftar secara online.
Bekalan elektrik: TNB New Account Application Bekalan air: SYABAS Water Supply Application (Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor) Bekalan gas: Gas Malaysia Natural Gas Supply Application Internet: TM UNIFI New Account Application 7. Ubah suai rumah mengikut keperluan Setelah selesai semua urusan dengan pihak pemaju, pengurusan dan utiliti, barulah anda boleh fokus kepada perkara yang lebih menarik ini, iaitu mengubah suai rumah mengikut citarasa dan keperluan anda.

Luangkan masa untuk lihat hasil kerja kontraktor ubah suai dan pereka hias dalaman yang berpengalaman sebelum anda membuat sebarang kerja ubah suai. 
8. Cuci rumah selepas selesai semua kerja ubah suai Setelah selesai kerja ubah suai, rumah anda akan dipenuhi habuk, batu kecil, titisan cat, simen dan macam-macam lagi. Rumah anda perlu dicuci dengan teliti dan menyeluruh sebelum anda boleh pindah masuk. Jika anda tidak mempunyai tenaga dan masa untuk melakukan kerja pembersihan yang agak ‘hardcore’ ini, dapatkan khidmat pencuci profesional untuk melakukannya.

Okay, itu sahaja perkongsian saya tentang langkah penting untuk anda semua yang bakal memiliki rumah sendiri. Saya harap selepas membaca artikel ini, anda dapat memahami dengan lebih jelas tentang istilah seperti Vacant Possession, CCC dan Defect Liability Period.

Jika anda masih mencari kontraktor renovasi berhampiran anda, sila layari Recommend.my. Recommend mempunyai 800+ kontraktor yang berpengalaman dari seluruh negara sedia untuk mengubah suai rumah anda.

Jangan lupa untuk kongsikan dengan keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda. Informasi sebegini tak ramai yang tahu, apatah lagi bila sangat teruja untuk masuk ke rumah baru. Semoga bermanfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2017/06/langkah-penting-untuk-pemilik-rumah-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra

Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 225 hits
aku tak pernah lagi jejak rumah cyra yang baru katanya dah nak dekat setahun duduk situ nampak sangat aku malas nak ke sana kerana lokasinya agak jauh seperti hendak pergi ke rumah maklong aku di jeram kuala selangor rumah sebelum ini berde...
Hafiz Mahamad Bawa Anak Isteri Pindah Rumah Baru Happy Sangat Bila Tengok Anak Anak Masuk Rumah

Hafiz Mahamad Bawa Anak Isteri Pindah Rumah Baru Happy Sangat Bila Tengok Anak Anak Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 161 hits
bawa anak dan isteri Happy sangat bila tengok anak anak masuk rumah Hafiz berkongsi khabar gembira tersebut menerusi perkongsian posting terbaru di Instagramnya Hafiz Mahamad Bawa Anak Isteri Pindah Rumah Baru Happy Sangat Bila Tengok Anak ...
Saya Jumpa Dia Kat Kongsi Detik Perkenalan Lee Sangyeob Dedah Rumah Mewah Baru Bersama Isteri

Saya Jumpa Dia Kat Kongsi Detik Perkenalan Lee Sangyeob Dedah Rumah Mewah Baru Bersama Isteri

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 160 hits
Sukanya tengok kehidupan bahagia Lee Sang yeob selepas berkahwin Artikel Berkaitan Terbaru menerusi siaran 18 Mei program Point of Omniscient Interfere Lee Sang yeob telah mendedahkan rumah barunya yang dia tinggal bersama isterinya Selain ...
Jam Tangan G Shock Gdb500 Baru Dilengkapi Dengan Penghitung Langkah Harganya Bermula Dari Rm595

Jam Tangan G Shock Gdb500 Baru Dilengkapi Dengan Penghitung Langkah Harganya Bermula Dari Rm595

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 207 hits
Casio telah membawa masuk siri terbaru G Shock GDB500 ke Malaysia Dikenali juga sebagai Digital Basic lineup jam tangan baru ini tidak hanya menawarkan reka bentuk kes baru tetapi juga pengira langkah yang terbina dalam dengan sokongan Blue...
Malaysia Bakal Memimpin Asean Tahun Depan Dengan Matlamat Mencapai Meletakkan Tapak Langkah Penting Menteri

Malaysia Bakal Memimpin Asean Tahun Depan Dengan Matlamat Mencapai Meletakkan Tapak Langkah Penting Menteri

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 131 hits
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut gembira mengumumkan bahawa Malaysia akan mengambil alih pengerusi ASEAN tahun depan Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025 Malaysia akan berusaha untuk menyegarkan forum yang dikendalikan oleh ASEAN da...
Langkah Demi Langkah Panduan Pendaftaran Brand Untuk Pemilik Bisnis

Langkah Demi Langkah Panduan Pendaftaran Brand Untuk Pemilik Bisnis

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 121 hits
Pendaftaran merek merupakan langkah penting bagi pemilik bisnis untuk melindungi identitas merek mereka dan memastikan hak eksklusif atas penggunaan merek dalam perdagangan Namun proses pendaftaran merek bisa menjadi rumit dan memerlukan pe...
Packaging Baru Medalion Mymint

Packaging Baru Medalion Mymint

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 128 hits
Pakaging Bary Medalion MyMintDalam diam diam MyMint buat kerja rupanya sudah ada packaging baru untuk medallion MyMint sudah pasti gambar ni bukan milik mykoleksi Dapat gambar pun hasil carian di Google dapat simpan gambar sebagai rujukan p...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Airasia Santan Menu Baru Harga

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 308 hits
SENARAI AIRASIA SANTAN MENU BARU HARGA Santan Menu dalam pesawat terbaru daripada Air Asia dan Air Asia X Air Asia melancarkan menu terbaru dalam pesawat yang bertemakan Asean Terkini pelbagai menu akan diperkenalkan oleh AirAsia Santan Men...
Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 261 hits
Sijil Pemilikan Kenderaan dengan reka bentuk baru 2024 telah di perkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Ianya merupakan kali kedua kemaski yang dilakukan oleh pihak JPJ untuk memperbaiki Vehicle Ownership Certificate sejak 2016 Sijil Pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih