Menyantuni Rumah Terbuka
hari ahad yang lepas, aku ke rumah terbuka fadhilah aka dhi dan juga rakan pejabat; izzan. oh izzan ni staf baru yang tak pernah aku tuliskan kisahnya dimana - mana dalam blog ini. mungkin ini kali pertama lah kan?
Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Lahir
kawan gosip
rumah terbuka dan sambutan hari lahir anak dhi bermula jam 3petang. namun aku, masih lagi dirumah sekitar jam 2.30petang. ahhahaa. nasib baik bukan aku yang bawa kereta. kalau aku yang bawa kereta, memang perjalanan ke rumah dhi mengambil masa yang agak lama dan panjang. disebabkan yang drive tu iwan, cepatlah sikit sampai.
aku sampai di rumah dhi sekitar jam 3.45petang. tak sangka ada reunion kecil diantara kami; #uitmsegamat. tak ada kisah bersama uitm sementalah aku hanya disana dalam jangka hayat yang pendek. hanya bertahan 1 sem dan pulang ke rumah tanpa pengetahuan mak dan ayah aku
Reunion Kecil FaMieSyaFaMieSya adalah gabungan nama kami bertiga sebenarnya (fadhilah+mieza+syakila). korang boleh je search nama fadhilah/ dhi dekat kotak carian di blog aku. pasti kau akan jumpa beberapa entri berkenaan mereka. tak sangka reunion ini berlangsung di rumah dhi. dan sangat tak sangka rupanya jarak antara aku dan ila sangat dekat. masing - masing di shah alam. cumanya, kitorang jarang bertegur sapa kerana famiesya telah ditelan zaman
dari kiri: dhi, azura, aku, ila
masa aku sampai, azura juga ada. azura adalah rakan di kelas aku masa sem 1. kita semua memang saling mengenali cuma aku tak rapat dengan semua orang. aku hanya rapat dengan dhi kerana dhi dan ila yang wujud masa aku sem 1. orang lain anggap aku halimunan gitu. rupa tak ada, apatah lagi pelajaran yang entah kemana. begitulah hidup diuniversiti. kahkah. selamat aku gerak awal.
aku tak ada masa nak ambil gambar makanan walaupun tajuk entri ini ialah mengenai rumah terbuka. aku lebih share gambar aku bersama rakan dan tuan rumah hahahaha. next time mungkin aku akan perbaiki cara aku menulis entri dan gambar yang perlu diguna pakai.
aku juga sibuk makan dan berbual dengan diorang. cuma dengan dhi je tak dapat berbual panjang. maklumlah beliau tuan rumah dan sibuk melayan tetamu jemputan, jadi aku memahami. aku juga tak dapat belai zulfiqar kerana dia tidur/ dijaga oleh pakcik/ makciknya. hehhe. jadi aku tak ada lah menganggu dia
aku makan mihup sup, kuih koci yang dah lama tak makan (sedap sebab kurang manis), nasi impit dan kari ayam. sodap semuanya.
FaMieSya Dulu vs Kini
2024
kita bermula di #uitmsegamat kemudian membawa haluan masing - masing. aku kekal berkawan terus dengan dhi. kitorang pernah travel bersama dan lepak -ing zaman - zaman muda. namun kini lebih kepada perjumpaan seperti ini. rumah terbuka/ melawat baby dan lain - lain. tiada lagi kami melepak. mungkin nanti lah kan. hahaha. korang boleh bandingkan gambar dulu dan kini.
2015
umur memang memakan diri kitorang, tapi kenangan masih dalam ingatan.
Rumah Terbuka Izzan dan Isteri
izzan merangkap trainer di halal academy. ini kali pertama aku menjejaki kaki ke rumahnya atas alasan rumah terbuka. (ayat macam bodoh je hahah). untuk sampai ke rumah izzan agak rumit dan penat. demi sebuah makanan, aku gagahkan jua.
lepastu rasa menyesal. nasib baik lah tingkat 5 tu tak berapa nak tinggi dan senang 'dipanjat'. masa invitation awal - awal, izzan kata menu utama mi kari. bila hari dah makin dekat, izzan bagitahu budak pejabat yang mi kari mungkin akan ditukar kepada laksa. dimana mi kari ni? hahaha
dekat rumah izzan, aku memang dah rasa perut penuh. aku dah melantak dekat rumah dhi kan
aku makan laksa, ketupat pulut bersama rendang ayam (rendang ayam sedap wey), kek coklat (tak tahu beli ke buat tapi sedap hahahha).
makanan yang banyak dekat dalam kamera tu kepunyaan afiqah dan najwa btw; hahaha. dah kenyang balik lah. tapi tulah, kena memanjat 5 tingkat. masyaallah, kurus aku. hahahahahaa.
terima kasih dhi dan juga izzan + isteri kerana menjemput. semoga kalian murah rezeki ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2024/04/menyantuni-rumah-terbuka.html