Rumah Ronald Mcdonald Di Husm Kelantan Memberi Sinar Harapan Yang Baru Buat Keluarga Pesakit Pediatrik
23 Jun 2019 menjadi satu tarikh bersejaraah apabila pihak RMHC dengan jayanya telah membuka Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Tuan Azmir Jaafar, Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia juga turut ada dan apabila di tanya pada beliau berkenaan Rumah Ronald McDonald, inilah jawapan yang di beri oleh beliau.
“Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di HUSM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih daripada 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban keluarga pesakit, malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga-keluarga ini kekuatan emosi dengan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak mereka yang sakit.”
Manakala YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berjawatan sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia pula berkata ,
“Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di kampus Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Ini adalah penting kerana secara tak langsung, ia akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediaktik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga.”
Dilengkapi Dengan Pelbagai Kemudahan Yang Moden
Dengan kos pembinaan bernilai RM4 juta, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan seperti :
18 Buah Bilik Tidur Sekali Dengan Tandas
Ruang Menonton TV
Dapur dan Ruang Makan
Surau Lelaki dan Wanita
Tandas Khas untuk OKU
Ruang BBQ
Bilik Permainan Indoor
Taman Permainan Outdooor
Halaman Riadah
Bilik Dobi
Bilik Sensori
Kegunaan Bilik Sensori
Sensori Integrasi merupakan satu istilah yang digunakan, untuk merujuk kepada cara sistem saraf menerima maklumat daripada persekitaran melalui sensori dan menukarkanya kepada tindak balas motor dan tingkah laku yang bersesuaian. Pada tahun 1970-an, A. Jean Ayres, seorang ahli Terapi Carakerja yang mempunyai gelaran doktor falsafah telah pertama kalinya menjelaskan mengenai rangka kerja sensori integrasi.
Maklumat sensori diperolehi dan ditafsirkan melalui penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa, bau, propriosepsi (pergerakan, otot serta sendi-sendi) serta vestibular (pergerakan). Kebanyakan daripada kita, sensori integrasi terhasil bukannya daripada pemikiran dan usaha yang disengajakan, tetapi ia terhasil secara spontan.Terapi Integrasi Sensori (SIT) direka untuk memulihkan pemprosesan saraf yang berkesan dengan cara meningkatkan keupayaan setiap sistem sensori dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang memberi cabaran yang mencukupi kepada input sensori kanak-kanak tersebut.
Ahli terapi kemudian membantu kanak-kanak untuk bertindak balas dengan sewajarnya untuk rangsangan sensori ini. Semasa sesi terapi, Ahli Terapi Carakerja biasanya akan menyediakan aktiviti-aktiviti yang kaya dengan sensasi sentuhan, proprioceptive (sensori dalam sendi dan otot) dan vestibular (sensori pergerakan) sebagai input deria utama.SIT haruslah dijalankan mengikut minat kanak-kanak (child directed), keseronokan bermain, dan menyenangkan untuk kanak-kanak. Arahan diberi oleh satu ahli terapi kepada satu kanak-kanak, dalam persekitaran yang menyediakan pelbagai peluang sensori dengan mematuhi sensory integration fidelity tool (Parham 2007).
Kalau nak tahu, sehari sebelum pembukaan Team RMHC dengan penuh rasa tanggungjawb telah berkumpul untuk acara gotong royong. Meriah sangat! Aktiviti gotong royong ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), bersama pihak pengurusan McDonald's Malaysia diikuti dengan beberapa wakil dari pihak HUSM. Gabungan RMHC dan HUSM ini ternyata sangat serasi bagaikan sebuah pasukan hebat dengan matlamat dan misi yang sama yakni untuk membantu ramai orang di luar sana.
Antara yang telah dilakukan semasa proses gotong royong tersebut adalah seperti membersihkan halaman luar RMH, memberi sentuhan deko terakhir untuk bahagian dalam, menyapu sampah dan sebagainya. Paling bermakna pihak RMHC dan HUSM turut menanam sebatang pokok istimewa yang digelar sebagai 'pokok doa'.
Pokok doa ini adalah simbolik sebagai tanda doa dan harapan supaya RMHC dapat memberi bakti kepada semua para penghuni dan dalam masa yang sama ianya juga sebagai doa supaya si pesakit yang ditemani dapat lebih senang dan tenang untuk semakin sembuh, InshaAllah.
Untuk pengetahuan, Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM Kubang Kerian ini adalah yang kedua selepas Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUKM yang telah dibina pada tahun 1999 dulu. Ini dapat di lihat meskipun sudah 20 tahun berlalu namun pihak RMHC masih lagi terus aktif untuk memberi apa yang perlu pada masyarakat sebagai tanda prihatin.
Sejarah RMHC
Ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan. Organisasi ini dijalankan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Buat masa ini terdapat empat jenis program utama untuk terus menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Empat program tersebut adalah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile (Sumbing Bibir) dan Back to School (Program Kembali Ke Sekolah).
Sejarah Hospital USM Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald (RMH) kedua kini mula beroperasi di Hospital Universiti Sains Malaysia. Bagiku HUSM memang layak untuk dijadikan lokasi kerana Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) ini sudah mula beroperasi sebagai hospital pengajar yang memberi perkhidmatan awam sejak tahun 1983 lagi. HUSM diterajui oleh Profesor Dr. Kamaruzaman Wan Su, Pengarah pertama Hospital USM bersama dua orang timbalan serta 570 orang staf pelopor.
Hospital USM ini telah dirasmikan oleh KDYMM AAl-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 26 Ogos 1984. Tujuan utama penubuhan Hospital USM ini adalah untuk menjadi hospital pengajar bagi bidang Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Ia juga menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit di samping memberi peluang kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan.
Kini selama lebih daripada 30 tahun berkhidmat pada masyarakat, HUSM bukan hanya pakar dalam memberikan perkhidmatan untuk penduduk setempat malah pesakit dari seluruh Malaysia. Ya! Walau HUSM ini terletak di Kubang Kerian Kelantan namun ia turut sedia menerima pesakit dari negeri malah asia tenggera juga. Niat utama HUSM tidak lain dan adalah untuk membantu memberikan khidmat perubatan pada siapa saja yang memerlukan.
Rumah Ronald McDonald Bukti Duit Sumbangan Digunakan Dengan Wajar
Sebagai seorang pelanggan setia McDonald's Malaysia yang turut mengisi tabung kecil berwarna merah yang ada di sana, sudah semestinya aku ikut berasa bangga!! Inilah yang diperlihatkan oleh pihak RMHC sebagai salah satu bukti kemanakah duit yang disalur selama ini. Untuk rumah RMH di Kubang Kerian ini, ia adalah hasil sumbangan daripada tabungan tersebut yang diterima di seluruh Malaysia mulai Januari 2018 sehingga Disember 2018.
Jumlah keseluruhan kutipan selama setahun itu alhamdulillah telah mencecah RM1 Juta. Manakala baki selebihnya sebanyak RM3 juta adalah berkat daripada sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), badan-badan korporat dan juga pihak NGO.
Walaupun RMH ini telah siap namun untuk terus beroperasi semestinya akan memerlukan dana yang lebih lagi. Maka janganlah terus berhenti dari memberi sedikit derma di dalam tabung tersebut. Alang-alang ingin menjamu selera apalah salahnya masukkan juga seringgit dua. Jika ada lebih masukkan lebih.
Jika tiada masa nak jamu selera di McDonald's boleh terus saja menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lebih lanjut atau jika ingin menghulurkanc apa yang dihajatkan. Tiada dalam bentuk wang boleh hulurkan dalam bentuk tenaga. Pihak RMH Kubang Kerian senantiasa mengalu-alukan huluran kasih dari tangan orang-orang seperti kalian.
Bayaran Hanya RM5 Semalam & Ini Syarat Untuk Memohon
mestilah merupakan pesakit untukHospital USM untuk ward pediatrik (ward lain tidak boleh)si pesakit yang mendapat rawatan dari ward pediatrik itu mestilah berumur 18 tahun dan ke bawahsi pesakit yang menerima rawatan ini hendaklah yang datang dari luar kawasan Kota Bharusetelah mendapat rawatan boleh dapatkan borang dari ward pediatrik tersebutisi borang tersebut dan terus hantarkan borang tersebut ke bahagian Kebajikan Perubatan HUSMPihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menilai dan tentukan samada layak atau sebaliknyaJika layak maka pihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menghubungi Rumah Ronald McDonald untuk tujuan pendaftaran Tiada had pendapatan yang ditetapkan.
Semoga dengan adanya Rumah Ronald McDonald (RMH) ini akan lebih memudahkan urusan keluarga si pesakit pediatrik. Moga-moga akan ada rumah sebegini di tempat lain juga dan semoga RMHC terus berjaya langkah demi langkah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.abangrock.com/2019/07/rumah-ronald-mcdonald-di-husm-kelantan.html