Keceriaan Keluarga Pesakit Pediatrik Terpancar Dengan Pembukaan Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm
Assalamualaikum…
Pada hari Sabtu (22/06/2019) Cik Nor bersama rakan blogger lain menerima jemputan dari pihak Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM yang bakal menerima penghuni pertama mereka pada keesokan hari. Staf Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), staf McDonald’s Malaysia dan staf Hospital USM telah berganding bahu untuk sama-sama menjayakan program gotong-royong ini bagi menyambut keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital USM dan hospital-hospital disekitarnya.
Kami juga tidak ketinggalan membantu mereka dalam gotong-royong ini. Antara yang kami bantu ialah membantu menyarung cadar dan sarung bantal di bilik yang bakal didiami keluarga pesakit pediatrik yang telah terpilih. Walaupun bantuan ianya nampak biasa tapi amat bermakna bagi kami kerana dapat menyumbang tenaga membantu keluarga pesakit yang memerlukan.
Pada hari ini ianya sangat bermakna kerana Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia iaitu En. Azmir Jaafar telah menyempurnakan penanaman pokok di kawasan Rumah Ronald McDonald ini. Ini adalah simbolik kepada pra pembukaan Rumah Ronald McDonald. Pokok-pokok yang ditanam ialah pokok Semarak Api dan pokok Doa.
Hari ini (23/06/2019) merupakan hari bersejarah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan pembinaan Rumah Ronald McDonaldkerana telah dibuka secara rasminya untuk menerima penghuni pertama mereka. Bukan setakat mereka yang terlibat sahaja bangga dengan pembukaan ini, malah Cik Nor yang turut sama dalam perasmian ini merasa teruja dan gembira kerana dapat membantu meringankan beban keluarga pesakit pediatrik ini.
Salah sebuah keluarga pesakit iaitu Puan Maznah Mat Jusoh, 46 dari Pasir Puteh merupakan keluarga pertama mendaftar masuk pada hari ini. Beliau berkata kemudahan ini sangat membantu dia sekeluarga memandangkan dia terpaksa berulang alik ke HUSM hampir setiap minggu sejak tiga tahun lalu untuk mendapatkan rawatan anak bongsunya yang menghidapi penyakit kekurangan darah putih.
Pada majlis tersebut, En. Azmir Jaafar selaku Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia berkata, “ Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluan yang amat tinggi di Hospital USM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan dan penginapan malah turut meringankan beban keluarga pesakit. Ia sedikit sebanyak memberi keluarga ini kekuatan emosi dengan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang sama-sama menemani anak mereka yang sakit.
Untuk pengetahuan korang pembukaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan rumah kebajikan mereka yang kedua selepas pembukaan pertama pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Manakala Naib Canselor Universiti Sains Malaysia iaitu YBhg. Professor Datuk Dr. Asma Ismail berkata,” dengan adanya Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Ini amat penting kerana secara tidak langsung, ia akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediatrik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga.”
Semasa pembukaan tersebut kami dimaklumkan bahawa kos pembinaan rumah kebajikan ini bernilai RM4 juta. Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, ruang istirehat, dapur, bilik dobi, bilik permainan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Korang jangan tak tahu Rumah Ronald McDonald ini sangat istimewa kerana dilengkapi dengan Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.
Rumah Ronald McDonald ini mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sumbangan dari RMHC Malaysia McDonald Malaysia, rakan-rakan niaga dan pelanggan McDonald’s yang menyumbang ke dalam tabung RMHC yang diletakan di lebih 275 restoren McDonald’sdi seluruh negara. Korang yang selalu lepak-lepak kat mana-mana restoren McDonald’s rajin-rajinlah hulurkan sedikit sumbangan ke dalam tabung RMHC. Dengan sumbangan korang itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan. Kita jangan lupa, dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain.
Turut hadir pada Majlis Pembukaan Rumah Ronald McDonald iaitu YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, merupakan Pengarah Kampus Kesihatan/Pengarah Hospital USM.
Bagi korang yang tidak mampu untuk menyumbang wang ringgit atau pun barang keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan ini, korang boleh juga menyumbang tenaga dengan menyertai sukarelawan RMHC. Sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kerja-kerja di rumah kebajikan tersebut dimana mereka akan menolong keluarga penghuni memasak, mengajar anak-anak penghuni, membantu membersihkan kawasan rumah kebajikan dan pelbagai lagi. Korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital USM, Kelantan atau ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela boleh menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lanjut.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2019/06/keceriaan-keluarga-pesakit-pediatrik.html