Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm Kubang Kerian Sudah Dibuka




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Sudah DiBuka
RMHC Malaysia telah mengadakan majlis gotong royong untuk menyambut keluarga pesakit pediatrik

Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan majlis gotong royong sempena pembukaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia bagi menyambut keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital USM dan hospital-hospital sekitarnya. 

Allhamdulillah.... Impian dan harapan kini terbukti sudah dan sudah tersergam indah dengan siapnya pembinaan Rumah Ronald McDonald Malaysia di HUSM Kubang Kerian. Tahniah saya ucapkan kepada HUSM dan McDonald’s Malaysia, saya sebagai pemerhati, pengguna malah penyebar maklumat dan juga pengamal media turut berbangga dengan kejayaan ini. Sokongan padu saya hulurkan walaupun jauh di Utara tak pernah lagi melihat dengan mata sendiri, namun saya berasa begitu terharu dengan sangat gembira dengan kejayaan ini.
Bila saya mendengar khabar tentang RMHC ini pada Oktober 2018 semasa majlis pecah tanah untuk pembinaan RMH ini saya sudah terpegun dengan rancangan tersebut. Kini, waktunya sudah tiba apabila pada 23 Jun 2019, RMHC telah dibuka untuk keluarga pesakit pediatrik menginap di sini apabila menghantar anak-anak mereka menjalankan rawatan di HUSM. 
Rumah Ronald McDonald atau RMHC ni Untuk Siapa?Pembukaan Rumah Ronald McDonald yang megah berdiri di Hospital USM menjadikannya Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, selepas yang pertama dibuka di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999. 

Untuk makluman RMHC ditubuhkan sebagai organisasi bukan untuk mendapatkan keuntungan bagi memberi kemudahan dan melaksanakan empat misi utama yang berlandaskan kepada "Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan". Ia ditubuhkan sejak tahun 1990 bagi memberi kemudahan dan kebajikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.
Empat Misi dan Program:1. Rumah Ronald McDonald2. Bilik Sensori McDonald3. Gift Of Smile (Sumbing Bibir)4. Back To School (Program Pek Kembali Ke Sekolah)
Program-program ini ialah RHMC, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 28 tahun lalu,RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM16 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di premis-premis McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.
Dan.... sehubungan itu, kolaborasi telah dijalankan bersama Universiti Sains Malaysia kerana USM mempunyai pusat kesihatan sendiri dari aspek memberi rawatan kesihatan kepada pesakit. Menurut En Azmir Jaafar, President RMHC selaku pengarah Urusan McDonald's berkata:"Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di HUSM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih daripada 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban keluarga pesakit, malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga ini kekuatan emosi dan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak mereka yang sakit".Kenapa HUSM?Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Pengarah Urusan McDonald's En Azmir Jaafar, HUSM menerima pesakit 20,000 setahun. Disebabkan ini HUSM menjadi platform dan keperluan utama kolaborasi tersebut.
Pengenalan Mengenai Hospital USM Kubang KerianHospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian mula beroperasi pada tahun 1983 yang diterajuai oleh Profesor Dr. Kamaruzaman Wan Su sebagai pengarah pertama di HUSM. Beliau dibantu oleh dua orang timbalan dan 570 staf pelapor.
Kemudahan Yang Disediakan di RMHC1.      Bilik Penginapan
Bilik penginapan yang disediakan di RMHC adalah sebanyak 18 buah semuanya. Setiap bilik di lengkapi dengan katil double bed dan juga sebuah bilik air. Ia cukup selesa kepada penghuni yang menginap di sana. Ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan para penghuni tidak perlu risau dengan cuaca panas kerana cukup selesa untuk menginap.



Sewajarnya, para pesakit dan juga para penjaga mahukan keselesaan untuk menginap. Adik ini diberi peluang untuk mencuba bilik penginapan yang tersedia indah itu. Allhamdulillah, anak-anak yang sakit, boleh menenangkan hati mereka dan juga para ibu bapa, tidak perlu risau untuk mendapat penginapan yang baik. En Azmir juga berpuas hati dengan bilik penginapan yang disediakan. RHMC sangat diperlukan bagi keluarga yang jauh dari bandar Kota Bharu khasnya HUSM bagi mendapatkan rawatan susulan. Sebagai contoh mereka yang berada di daerah luar bandah Pasir Puteh mahupun Gua Musang atau pun Jeli sudah tentu perlukan tempat untuk menginap kerana jarak dari rumah adalah jauh dan  mengambil masa yang lama bagi mendapatkan satu-satu rawatan.
Ruang Rehat Ruang rehat yang disediakan dengan sofa dan LED TV cukup selesa bagi para penghuni mendapatkan rehat yang bermutu. Dengan tersedianya ruang menonton dan  TV ini dapat memberi informasi terkini dan semasa kepada para keluarga yang menginap di sini dan juga pada anak-anak yang menjalani rawatan bagi menghilangkan rasa bosan.
Ruang DapurRuang dapur turut disediakan dengan kelengkapan memasak seperti peti ais, dapur memasak, singki dan sebagainya. Ruang dapur ini boleh digunakan oleh para penghuni memasak dengan serentak oleh beberapa orang, kerana di dapur disediakan sebanyak tiga dapur semuanya. Oleh itu, tidak perlu risau untuk membeli makanan di luar kerana para penghuni boleh memasak sendiri di sini.




Ruang MakanSelain itu ruang makan yang luas dan besar mampu memuatkan beberapa keluarga dalam satu masa. So, para penghuni boleh makan bersama, berkenalan dan juga berkongsi cerita masing-masing. Para penghuni tidak perlu risau dengan tempat yang terhad kerana ruang makan ini begitu selesa. 


Ruang Rehat Outdoor Malah, tempat rehat outdoor juga turut disediakan bagi penghuni di sini. Berkonsepkan ala resort walaupun dalam proses menghijaukan tanaman diluar bilik penginapan. Ia memberi satu mood yang segar dan selesa kepada para penghuni. Para penghuni juga boleh beridah di luar ini kerana ia turut disediakan dengan meja dan kerusi batu ala taman. Apa yang menariknya, di tengah-tengah taman ini disediakan “pokok doa”… ye la kan…. Pokok adalah makhluk Allah yang sentiasa tidak putus berzikir malah membekalkan oksigen kepada kita manusia. Aura itu mampu memberi ketenangan kepada anak-anak yang mengalami kesakitan malah kepada para ibu bapa menghilangan kegelisahan dan memberi ketenangan.


Ruang BBQDi satu sudut ruang rehat outdoor ini disediakan juga tempat BBQ bagi para penghuni. Justeru, dimalam hari para penghuni di sini dapat dipenuhi dengan aktiviti riadah yang sihat. Tidak perlu risau lagi oleh para penghuni dan juga ada anak-anak mahu makanan grill dan sebagainya.



SurauKat sini disediakan juga dengan kemudah solat dan surau bagi penghuni perempuan dan lelaki menunaikan ibadah. Ia amat penting kepada penghuni yang beragama Islam. Kelengkapan solat dan juga Al Quran turut disediakan.


Ruang dan Bilik Permaian IndoorSelain itu, di RMHC ini tidak meminggirkan keperluan hakiki anak-anak yang sakit kerana bilik untuk anak-anak bermain juga disediakan. Ye la kan,,, anak-anak yang sedang sakit adakala emosi mereka tidak stabil. Dengan adanya bilik permainan ini mampu menstabilkan emosi mereka apabila bermain bersama rakan-rakan sebaya mereka. Taman Permainan OutdoorTidak cukup dengan ruang dan bilik permainan indoor, amlah ruang permaian outdoor juga disediakan oleh pihak McDonald’s… So, apa lagi nak dikata, memang cukup semuanya untuk keperluan anak-anak yang sedang sakit mendapat penginapan yang selesa. Secara tak langsung akan memberi satu suntikan semangat kepada anak-anak dan hilangkan perasaan sakit mereka dengan apa yang dialami.

  Ruang DobiApa yang penting di sini juga disediakan ruang mencuci pakaian. Ye la kan….. para penghuni adakalanya tidak membawa pakaian yang banyak dan tidak perlu risau lagi untuk pulang dengan pakaian kotor, kerana di sini sudah tersedia ruang mencuci pakaian. Mesin basuh dan alatanmenyidai pakaian telah disediakan dengan lengkap.  Bilik SensoriAdakah korang familiar dengan bilik sensori? Apa itu? Bilik sensori ini merupakan bilik yang menyediakan peralatan multi deria khusus bagi anak-anak yang mendapatkan rawatan. Ia telah disumbangkan kepada HUSM dengan tujuan membantu perkembangan anak-anak istimewa.

Kelengkapan mudahan bilik sensori ini mampu memberi daya tindak balas bagi anak-anak istimewa dengan peralatan yang disediakan seperti lampu-lampu yang bersinar, permainan bunyi dan berwarna. Ia adalah bagi membantu perkembangan anak-anak istimewa dengan tindakbalas cahaya serta bunyi apabila anak-anak istimewa menggunakannya. Dengan kerjasama semua pihak, Allahmdulillah, syukur RMHC mampu berdiri teguh dengan sumbangan rakyat Malaysia dan semua pihak yang terlibat menjayakan penubuhannya. Secara sedar atau pun tidak, tabung RMHC telah diletakkan di premis McDonald’s diseluruh negara lebih 275 premis semuanya. Dan… dari situ lah sedikit sebanyak para penderma telah memberikan sumbangan bagi menjayakan dan membangunkan RMHC ini.
Harga Penginapan Yang Sangat Murah Dengan RM5 SemalamanKalau dengar sahaja RM5 semalaman tinggal di tempat seperti resort ini, sungguh tidak sangka …. Namun, inilah penetapan harga penginapan di RMHC, cuma RM5 semalaman. Walau apapun para penginap yang mahu menginap di sini mestilah mereka yang cukup syarat di bawah:Mestilah merupakan pesakit untuk Hospital USM untuk ward pediatrik (ward lain tidak boleh)Si pesakit yang mendapat rawatan dari ward pediatrik itu mestilah berumur 18 tahun dan ke bawahSi pesakit yang menerima rawatan ini hendaklah yang datang dari luar kawasan Kota BharuSetelah mendapat rawatan boleh dapatkan borang dari ward pediatrik tersebutIsi borang tersebut dan terus hantarkan borang tersebut ke bahagian Kebajikan Perubatan HUSMPihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menilai dan tentukan samada layak atau sebaliknyaJika layak maka pihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menghubungi Rumah Ronald McDonald untuk tujuan pendaftaran  

Tabung Harapan Merah KecilTabung harapan Merah Kecil ini merupakan tabung tuah dan sangat bermakna buat pesakit. Tabung kecil yang berwarna merah ini sentiasa ada di kaunter-kaunter premis McDonald’s. Anda akan nampaknya…. Sebagai pelanggan McDonald’s jangan pula segam silu untuk memasukkan derma ke dalam tabung ini. Usaha murni ada walaupun tidak seberapa namun impaknya sangat besar dengan tertubuhnya RHMC ini. Siapa sangat sumbangan kecil yang tulus dari hati anda akan menampakkan hasil yang besar yang sangat bermakna membantu insan anak kecil yang istimewa. So, jika di RHMC tabung kecil ini ditelakkan disudut kaunter apabila anda melangkah masuk ke sana! Amalkan budaya tolong-menolong. Jika orang lain mampu membantu kita bila kita kesusahan, sematkan dalam hati yang murni kita jangan segan silu menghulurkan jua beberapa yang mampu di dalam tabung harapan merah kecil itu. Begitu BermaknaUsaha yang sangat bermakna walaupun kecil, dampak yang besar, membuahkan hasil yang sungguh bernilai bak kata pepatah “tangan yang memberi lebih baik daripada menerima”. Dan… kini… usaha kecil itu boleh dilihat dengan program-program yang dijalankan oleh McDonald’s di seluruh Malaysia.

KonklusiSebagai kesimpulannya, saya mengucapkan tahniah kepada McDonald’s Malaysia serta HUSM dan semua pihak telah terlibat malah rakyat Malaysia amnya secara tidak langsung yang menjayakan program ini sehingga terhasilnya berdiri megah RHMC untuk anak-anak istimewa dan para keluarga pesakit….. Bagi anda yang layak dengan syarat-syarat di atas mahu memohon untuk menginap di RHMC, dan juga mahu memberi sumbangan atau bantuan sukarela bolehlah menghubungi:RMH di PPUKM, Kuala Lumpur,Tel: 03-9173 5994Anda boleh mendapatkan matlumat lanjut menerusi talian di atas.



 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sheilainspire.com/2019/06/rumah-ronald-mcdonald-di-hospital-usm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm Sudah Di Buka Untuk Menyambut Keluarga Pesakit Pediatrik

Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm Sudah Di Buka Untuk Menyambut Keluarga Pesakit Pediatrik

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 365 hits
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Sudah Di Buka Untuk Menyambut Keluarga Pesakit Pediatrik Percaya atau tidak sebenarnya RMHC mempunyai Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian yang memberi peluang kepada golongan yang kurang bernasi...
Keceriaan Keluarga Pesakit Pediatrik Terpancar Dengan Pembukaan Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm

Keceriaan Keluarga Pesakit Pediatrik Terpancar Dengan Pembukaan Rumah Ronald Mcdonald Di Hospital Usm

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 598 hits
Assalamualaikum Pada hari Sabtu Cik Nor bersama rakan blogger lain menerima jemputan dari pihak Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia untuk sama sama bergotong royong membersihkan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM yang baka...
Rumah Ronald Mcdonald Husm Kubang Kerian Kini Telah Di Buka Untuk Peneman Pesakit

Rumah Ronald Mcdonald Husm Kubang Kerian Kini Telah Di Buka Untuk Peneman Pesakit

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 528 hits
Hari ini dalam sejarah akhirnya tarikh 23 Jun 2019 menjadi pilihan untuk di buka pintu Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan dengan seluas luasnya Daku sendiri sebagai salah seorang yang telah melihat rumah...
Pengeluar Simen Rugi Rm1 Bilion Nafi Punca Harga Rumah Mahal

Pengeluar Simen Rugi Rm1 Bilion Nafi Punca Harga Rumah Mahal

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 486 hits
Pengeluar simen dilaporkan akan menaikkan harga di antara 40 dan 50 peratus pada 15 Jun atau 1 Julai Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 20 Jun Tiga pengeluar terbesar simen di Malaysia mendakwa kerugian hampir RM1 bilion sejak dua tahun la...
4 Buah Rumah Terbakar 2 Beranak Warga Indonesia Maut

4 Buah Rumah Terbakar 2 Beranak Warga Indonesia Maut

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 364 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Aksi Vadalisme Di Depok Dari Mobil Hingga Tembok Rumah Dicoret Coret

Aksi Vadalisme Di Depok Dari Mobil Hingga Tembok Rumah Dicoret Coret

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 241 hits
Aksi Vadalisme di Depok dari Mobil hingga Tembok Rumah Dicoret coret Mobil Honda Jazz warna merah miliknya B 1258 ERH menjadi korban coret coret bergambar tidak senonoh Di bagian depan mobilnya dicoret menggunakan pilok dengan gambar yang t...
Rumah Tony Stark Rm3 340 Semalam

Rumah Tony Stark Rm3 340 Semalam

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 260 hits
Kediaman yang didiami Tony Stark dalam filem Avengers Endgame kini boleh disewa orang ramai JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Su...
1 Syawal Rumah Danial

1 Syawal Rumah Danial

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Habis rumah Marni tadi terus memecut laju ke rumah Danial pula masa ni pula dah hujan lebat tapi dah raya kan redah kasi pecah lah hahahaKat rumah Danial ni istimewa sikit sebab lauk raya tu yang mahal ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik