Rumah Mana Yang Bebas Anak Conteng Semua Merasa Biarkan Mereka Terus Kreatif


Lumrah menjadi ibu ayah, berhadapan dengan perangai anak yang pelbagai ada masanya buat kita hilang sabar juga. Habis semua benda nak dibuat main. Boleh dikatakan, semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang berconteng di rumah anda. Bukannya tanda anak nakal atau tiada disiplin tapi sebenarnya memang itulah fasa tumbesarannya.
Seorang anak yang aktif dan sihat pasti akan lasak. Itu salah satu petunjuk yang mereka sedang membesar dengan baik, seharusnya ibu ayah kurangkan memarahi mereka. Untuk menghadapi karenah anak-anak yang ‘banyak akal’ begini, anda perlu bijak memainkan peranan. Jangan marah, tapi gunakan pendekatan psikologi yang dapat membantu dia berfikir dengan lebih baik kelak.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Ramai Anak Lelaki, Memang Letih Sikit. Tapi Merekalah Pelindung Keluarga Nanti!]
Apabila mempunyai anak, anda bakal menghadapi cabaran untuk mengendalikan anak yang mempunyai pelbagai keletah. Namun ia normal bagi seorang anak yang aktif dan sihat. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat anda perlu tahu cara bagaimana menghadapi keletah anak dengan cara yang betul. Ada 4 keletah si manja untuk anda selidiki.
SUKA TANGGALKAN BAJU Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.

Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permainan’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
TABIAT MENCONTENG Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!

Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan krayon disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menunjukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
Artikel Menarik: [Anak Lelaki Rapat Dengan Ayah, Membesar Jadi ‘Jantan’ & Sayang Ibunya 100%]
TAK SUKA PAKAI LAMPIN Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.

 
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
Artikel Menarik: [Banyak Cakap, Letih Melayan. Tapi Kalau Dia Tak Ada, Mulalah Ibu Rindu Teruk!]
KETUK SEMUA BENDA Si manja suka melakukan penerokaan dipersekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.

Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18
bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu ayah yang selalu sangat mengetap bibir kerana menahan diri dari memarahi anak. Selamat mencuba!
The post Rumah Mana Yang ‘Bebas’ Anak Conteng, Semua Merasa. Biarkan Mereka Terus Kreatif! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rumah-mana-yang-bebas-anak-conteng-semua-merasa-biarkan-mereka-terus-kreatif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Aku Buat Semua Kerja Rumah Sebab Aku Ada Anak Lelaki Ayah Cerminan Anak

Kenapa Aku Buat Semua Kerja Rumah Sebab Aku Ada Anak Lelaki Ayah Cerminan Anak

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1059 hits
Sebenarnya dalam rumahtangga kita perlu banyak bertolak ansur dengan pasangan kita dan juga anak anak Sebagai isteri jika anda rasa tak mampu jangan paksa diri lakukan semua kerja Itu hanya akan mencederakan emosi anda sendiri Kita manusia ...
Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 630 hits
Nak beli rumah dulu atau kereta dulu mana satu yang lebih berbaloi Memang menjadi dilemma bagi kebanyakkan orang terutama sekali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerjaya Perkara normal yang memang biasa berlaku Sama ada nak membeli r...
Terus Terang Je Explain Mimpi Basah Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya

Terus Terang Je Explain Mimpi Basah Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 424 hits
Semakin meningkat dewasa anak lelaki atau anak perempuan akan mengalami perubahan bukan saja dari segi fizikal bahkan emosi mereka Salah satunya apabila anak lelaki pertama kali mendapat mimpi basah dan anak perempuan didatangi haid Sebagai...
Kini Anda Boleh Melakukan Penyelenggaraan Kereta Bmw Terus Di Rumah

Kini Anda Boleh Melakukan Penyelenggaraan Kereta Bmw Terus Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 359 hits
Bagi para pemilik kenderaan salah satu perkara yang mungkin tidak begitu digemari adalah perlu ke pusat khidmat kenderaan selepas suatu ketika untuk melakukan penyelenggaraan kenderaan Proses ini mungkin mengambil masa yang sedikit lama sel...
Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa Mereka Berisiko Gegaran Otak

Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa Mereka Berisiko Gegaran Otak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 298 hits
Dalam membesarkan anak anak pastinya pelbagai ujian yang datang melanda Ada hari anak dilanda demam dan ada pula terjatuh ketika bermain Namun tahukah anda ia berpotensi untuk mengalami masalah gangguan otak Mengekalkan keselamatan serta fi...
Dari Anak Susah Makan Sekarang Semua Nak Teknik Pujuk Cara Ibu Ini Berkesan

Dari Anak Susah Makan Sekarang Semua Nak Teknik Pujuk Cara Ibu Ini Berkesan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 479 hits
Rasanya normal untuk anak membesar lalui fasa tak berselera makan tolak makanan dan tiba tiba jadi picky eater Ya NORMAL Tapi kena cepat cepat cari jalan untuk dia berselera dan suka makan Tak mudah tapi tak mustahil Jangan kita pula biarka...
Isteri Meninggal Dalam Tidur Bapa Tak Kekok Buat Kerja Rumah Besarkan 8 Orang Anak Paling Bongsu Baru 5 Tahun

Isteri Meninggal Dalam Tidur Bapa Tak Kekok Buat Kerja Rumah Besarkan 8 Orang Anak Paling Bongsu Baru 5 Tahun

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 659 hits
Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah selama lamanya Penyataan itu memang tidak dapat disangkal lagi buat seorang bapa tunggal yang membesarkan 8 orang anak anaknya secara sendirian setelah kematian isteri tercinta dua tahun yang lalu Satu lu...
Anak Dah Bebas Diaper

Anak Dah Bebas Diaper

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 283 hits
I tak sure kalau orang lain But for me anak dah bebas pampers is a good news Rasa seronok sangat sebab Asyraf dah tak bergantung dengan pampers untuk melepaskan hajatnya Actually dari umur dia dua tahun lebih i dah start kurangkan pemakaian...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap