Terus Terang Je Explain Mimpi Basah Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya


Semakin meningkat dewasa, anak lelaki atau anak perempuan akan mengalami perubahan bukan saja dari segi fizikal bahkan emosi mereka. Salah satunya apabila anak lelaki pertama kali mendapat ‘mimpi basah’ dan anak perempuan didatangi haid.
Sebagai ibu ayah, kita harus bersedia dengan jawapan yang tepat tetapi ringkas difahami oleh anak-anak untuk menerangkan tentang hal ini. Melalui perkongsiannya, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memberi tip untuk ibu ayah yang harus membuat penjelasan tentang hal ini kepada anak lelaki anda:

NIAT KENA BETUL. PERLU MENDIDIK, BUKAN MELUCAH Dah banyak hari aku nak bantu beri jawapan untuk persoalan Azam, anak si Khairul Ezuwan ni. Tapi itulah, tergendala dek macam-macam isu panas di Malaysia. So, hari ni aku berikan jawapannya.
Untuk menjawab soalan ni, mak ayah kena betulkan mindset, jawapan yang diberi haruslah dengan niat mendidik, bukan melucah.
Terus terang adalah kuncinya. Jangan gelabah. Jangan elak untuk beri jawapan. Jangan mereka-reka cerita. Jangan menipu. Jangan marah anak tanya soalan begini.
Mari saya buat dialognya.
Azam : Mami, tadi kat sekolah belajar pasal perempuan datang bulan, lelaki datang mimpi. Mimpi apa tu Mami? Abang rasa abang dah banyak kali mimpi.
Mami : Abang mimpi apa sebelum ni? (Dapatkan kepastian)
Azam : Macam-macam. Mimpi hantu pun pernah.
Mami : Maksud ustaz air mani lelaki keluar bukan sebab mimpi macam tu. Mimpi yang keluar air mani ni dipanggil mimpi basah, atau ihtilam (Bahasa Arab).
Azam : Oh, tapi mimpi basah tu mimpi yang macam mana?
Artikel Menarik: [Ibu Yang Nak Bersalin Ibarat Pergi Berperang. Pergi Sihat, Balik Belum Tentu Bernyawa]

Mami : Mudah je, dalam mimpi tu ada seorang bidadari cantik datang. Abang suka sangat tengok dia, kemudian jatuh cinta. Rasa syok je. Cuma mimpi ni tak nampak secara spesifik apa yang berlaku, tetapi ia menyeronokkan terutama bagi lelaki. Tak percaya tanya Papa.
Papa : Iya, betul tu Mami. Papa dulu pun mimpi macam tu juga. Bangun pagi je nampak ada keluar air mani. Air mani ni warna putih, amaun yang keluar tak banyak mana pun, sikit sahaja. Lama-lama ia akan kering dan mengeras pada pakaian.
Jadi, inilah permulaan seorang lelaki akil baligh. Dipertanggungjawabkan hal dosa dan pahala. Kena mandi wajib.
Azam : Air mani tu datang dari mana?
Papa : Lelaki Allah bagi pada dia genital (kemaluan) yang bernama zakar. Juga di bahagian itu ada testis. Testis yang Allah bagi ni akan produce air mani. Bila lihat bawah mikroskop, kandungan air mani itu merujuk kepada benih lelaki yang bernama sperma. (Lukis bentuk sperm kat kertas)
Azam : Oh, macam berudu ya Papa?
Papa : Ya, pandai abang. Allah bagi sperma pada lelaki, perempuan pula Allah bagi ovum. (Lukis gambar uterus). Di ovari inilah ovum akan dihasilkan.
Bila ovum ni mati, maka orang perempuan macam Mami akan keluar darah haid. Keluar darah haid yang pertama itulah pemula perempuan akil baligh. Bila darah haid dah kering, kena mandi wajib. Mami ada nak tambah info tak?

Mama : Tak ada nak tambah. Mami just nak tanya abang je, faham tak apa yang Mami dan Papa sampaikan?
Azam : Faham. Hehe. Tapi bila abang akan mimpi basah ni?
Papa : Orang lelaki ni akil balighnya lambat berbanding perempuan. Orang perempuan 9 tahun pun ada yang dah keluar darah haid. Orang lelaki paling awal biasanya lingkungan 12 ke 13 tahun. Paling lambat 15 tahun.
Azam : Oh, tak lama lagilah abang akan keluar air mani.
Papa : Ya bang. Selain kita dah kena laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan larangannya, hormon lelaki turut berubah. Akan tumbuh bulu pada badan terutama pada bahagian muka, ketiak, dada dan kemaluan. (Tunjuk bulu kaki pada anak, juga bulu ketiak. Jangan tunjuk bulu ari-ari. Jangan buat gila bang. )
Artikel Menarik: [Anak Aktif Tanda Dia Sihat & Pandai. Sesekali Dia Nakal Sebenarnya Nak Perhatian]
Selain tu, suara lelaki akan garau. Dada dia akan membidang, kira macam sadolah. Muka naik jerawat.
Azam : Hahahaha. Macam manalah abang nanti ya. Mesti handsome macam Papa.
Papa : Abang kalau nak handsome macam Papa, kena botak dulu. (Tiber )
Nanti kalau abang ada soalan lagi, tanya je. Papa dengan Mami ok je nak jawab semua soalan. Kalau ada kawan cerita benda lucah di sekolah pun bagi tahu ya.
Azam : Ok baik Papa. Thanks Mami. Thanks Papa.
***********

Rasa kelakar pulak bila berlakon jadi Key. Mujur kami sama botak.
Cuma, dalam dialog di atas hanya asas sahaja. Kalau dah biasa berkomunikasi dengan anak soal seksualiti sejak awal, dah boleh tambah bab persenyawaan, pembiakan, sperm masuk ovum, kelahiran dan lain-lain.
Semoga bermanfaat untuk mak bapak semua. Dipersilakan share dan tag pasangan. Mari belajar ilmu pendidikan seksualiti ya. Seronok sebenarnya.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker
Buntu juga sebenarnya kalau kena jelaskan pada anak-anak hal yang sensitif begini. Sebagai ibu ayah kita tak mahu anak keliru dengan penjelasan yang bukan-bukan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan kita untuk menerangkan soal ini kepada anak-anak di masa hadapan.
The post Terus-Terang Je Explain ‘Mimpi Basah’ Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terus-terang-je-explain-mimpi-basah-kalau-tiba-waktu-anak-bertanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Tuhan Untuk Papua Akan Tiba

Waktu Tuhan Untuk Papua Akan Tiba

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 268 hits
Oleh Jack Wanggai Inkonstitusi dan Marginalisasi adalah kegagalan negara mengindonesiakan Orang Asli Papua Keberhasilan pembangunan indonesia di Tanah Papua adalah ketidakadilan dan Diskriminasi sebagai buah pembangunan di Tanah papua Stigm...
Kalau Dah Terlepas Suntikan Imunisasi Anak Jangan Abaikan Terus Refer Doktor

Kalau Dah Terlepas Suntikan Imunisasi Anak Jangan Abaikan Terus Refer Doktor

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 383 hits
Dek kerana kesibukan bekerja ada sesetengah ibu bapa yang terlepas jadual suntikan imunisasi anak Mungkin sudah tidak teringat tetapi apabila diteliti semula buku pemeriksaan anak barulah tersedar yang ada suntikan vaksin untuk anak yang ma...
Anak Perempuan 7 Tahun Asal Inggris Ini Hafal Al Qur An Cuma Dalam Waktu 24 Bulan

Anak Perempuan 7 Tahun Asal Inggris Ini Hafal Al Qur An Cuma Dalam Waktu 24 Bulan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 306 hits
Maariya dari Luton bocah perempuan asal Lutton Inggris telah menghafal seluruh Al Qur an pada usia tujuh tahun Mengagumkan Maariya mulai menghafal Quran pada usia 5 tahun Ketika itu dia menghafal Surah Yasin sebagai amal untuk mengumpulkan ...
Waktu Tua Sepatutnya Relaks Bukan Stress Duit Tak Cukup Sebab Anak Anak

Waktu Tua Sepatutnya Relaks Bukan Stress Duit Tak Cukup Sebab Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 343 hits
Gambar Hiasan Mak ayah kalau ada anak jangan terlalu yakin yang anak anak akan jaga anda bila tiba waktu tua Anak anda anak yang baik tetapi pasangan mereka mungkin lain perangainya Ini antara perkongsian Hafiz Mustapge CuteCarry Tahap 5 ya...
Dalam Tak Sedar Waktu Marahkan Anak Kita Selalu Bandingkan Dia Dengan Orang Lain

Dalam Tak Sedar Waktu Marahkan Anak Kita Selalu Bandingkan Dia Dengan Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 406 hits
Tengok abang tu perangai dia baik je Mama cakap sekali dah dengar sebab tu Mama sayang dia lebih dari adik bentak Pn Marina ketika memarahi anak keduanya Sudah acap kali Pn Marina membandingkan kedua dua anaknya itu Lebih teruk lagi sikap p...
Potret Betrand Peto Usai Disunat Ruben Onsu Terus Dampingi Sang Anak

Potret Betrand Peto Usai Disunat Ruben Onsu Terus Dampingi Sang Anak

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 324 hits
Kabar itu disampaikan Sarwendah lewat akun instagramnya Dia mengunggah foto Betrand Peto yang baru saja selesai disunat
Saham Akhirat Ibu Ayah Pastikan Anak Terus Berkasih Sayang Susah Senang Bersama

Saham Akhirat Ibu Ayah Pastikan Anak Terus Berkasih Sayang Susah Senang Bersama

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 469 hits
Ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang kena faham kasih sayang antara anak anak kena sama rata dan tak boleh berat sebelah Walaupun ada di antara kita yang mungkin mempunyai anak favourite Lagi satu tugas ibu bapa juga kena pastikan bond...
Tiba Tiba Anak Demam Tengah Malam Air Asam Jawa Turunkan Suhu Badan

Tiba Tiba Anak Demam Tengah Malam Air Asam Jawa Turunkan Suhu Badan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 736 hits
Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika suhu dah mula lebih dari 38 darjah celcius ke atas Untuk kanak kanak kecil dan bayi suhu yang sedikit tin...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025