Rumah Kenderaan Dipercayai Dibakar Sekumpulan Lelaki


Ipoh : Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan setingkat yang didiami sejak 30 tahun lalu musnah terbakar dalam kejadian di Jalan New Delhi, Kampung Baru Buntong, di sini kira-kira pukul 8 malam tadi.
N. Nineswari, 29, berkata beliau yang tidak berada di rumah ketika kejadian mendapat panggilan daripada jirannya yang memaklumkan rumah yang didiaminya serta empat buah kenderaan musnah dipercayai dibakar oleh sekumpulan lelaki.
Anak sulung daripada enam beradik itu berkata beliau juga mendapat panggilan daripada adik perempuannya memberitahu ibunya, M. Abiramy, 44, pengsan akibat terkejut apabila ternampak sekumpulan lelaki memecahkan kereta jenis Honda Accord milik salah seorang anak lelakinya.
“Ibu saya disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kira-kira pukul 8.30 malam. Semasa kejadian (kebakaran), tiada orang di rumah dan kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dan dokumen penting.
“Saya berharap pihak polis dapat menangkap individu yang melakukan perbuatan ini (membakar rumah),” katanya ketika ditemui sumber di lokasi kejadian di sini hari ini.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata beliau ternampak empat orang lelaki menaiki dua buah motosikal bertindak memecahkan sebuah kereta yang berada di hadapan rumah tersebut.
“Saya menyaksikan sendiri kejadian itu kira-kira pukul 7 malam dan sejam selepas itu, sekumpulan lelaki yang sama datang semula ke rumah itu dan bertindak memecahkan pelbagai barangan sebelum membakar rumah tersebut namun tidak berani berbuat apa-apa, hanya mampu melihat sahaja kejadian itu kerana terlalu takut,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohamad Nordin Abdullah dalam satu kenyataan berkata hasil siasatan mendapati sebelum kejadian itu, anak lelaki mangsa, N. Thana Seelan, 23, telah bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah kuil di Jalan Spooner, di sini, kira-kira pukul 5 petang hari yang sama.
“Pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara mereka disebabkan anak lelaki mangsa dikatakan telah menyembunyikan beberapa ekor lembu milik lelaki berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang mengesan kesemua suspek yang terlibat dengan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut bagi tujuan urusan pengebumian mangsa.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/23/rumah-kenderaan-dipercayai-dibakar-sekumpulan-lelaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wamena Rusuh 465 Ruko 165 Rumah Dan 224 Mobil Hangus Dibakar

Wamena Rusuh 465 Ruko 165 Rumah Dan 224 Mobil Hangus Dibakar

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 337 hits
Dampak kerusuhan Wamena Kabupaten Jayawijaya Papua masih terus berkembang Selain dari sisi korban jiwa kerugian secara materil juga masih bertambah 224 mobil roda 6 dan 4 hangus 150 motor 465 ruko hangus dan 165 rumah dibakar jata Kabid Hum...
Satu Rumah Bau Bangkai Rupa Rupanya Sebab Sinus Dalam Hidung

Satu Rumah Bau Bangkai Rupa Rupanya Sebab Sinus Dalam Hidung

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 2928 hits
Saya dah kena selesema selama tiga bulan Itu petanda awal yang saya dapat Dua minggu sebelum bersalin ketika berada di pejabat sewaktu saya menghembus hingus terasa ada seketul objek seakan batu keras terjatuh dari mata ke lubang hidung Seh...
Kisah Nenek Asal Jember Diusir Saat Kunjungi Rumah Anaknya Menangis Tersedu Di Warung Sambil Keluarkan Unek Uneknya

Kisah Nenek Asal Jember Diusir Saat Kunjungi Rumah Anaknya Menangis Tersedu Di Warung Sambil Keluarkan Unek Uneknya

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 311 hits
Kisah pilu harus dirasakan seorang nenek sekaligus ibu asal Jember Jawa Timur Ia harus menelan rasa pahit dan kecewa usai anak kandungnya sendiri tega mengusirnya Melansir dari Tribun Sumsel Selasa nenek itu jauh jauh dari Jember khusus per...
Tinggalkan Rspad Jenazah Bj Habibie Menuju Rumah Duka Di Patra Kuningan

Tinggalkan Rspad Jenazah Bj Habibie Menuju Rumah Duka Di Patra Kuningan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 267 hits
Sebelum diberangkatkan jenazah Habibie sempat disalatkan di Rumah Jenazah RSPAD Jenazah akan disemayamkan di rumah duka malam ini
Amalkan Ayat Ni Pendinding Supaya Pencuri Tak Masuk Rumah Ustaz Kazim Elias 2019

Amalkan Ayat Ni Pendinding Supaya Pencuri Tak Masuk Rumah Ustaz Kazim Elias 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 566 hits
Amalkan Ayat Ni Pendinding Supaya Pencuri Tak Masuk Rumah Ustaz Kazim Elias 2019 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Hiburan Ingin Selamatkan Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Nabila

Hiburan Ingin Selamatkan Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Nabila

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 428 hits
Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isterinya Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu Susulan daripada itu Sharnaaz dan isteri telah ke Mahkamah Rendah Syaria...
Jenazah Bj Habibie Tinggalkan Rumah Duka

Jenazah Bj Habibie Tinggalkan Rumah Duka

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 300 hits
Jenazah Presiden ketiga RI BJ Habibie diserahkan kepada Negara untuk prosesi pemakaman di Taman Makam Pahlawan Kamis Serah terima dilakukan oleh Thareq Habibie kepada Ketua MK Anwar Usman
Kenangan Anwar Ibrahim Ketika Menginap Di Rumah Habibie Di Jerman

Kenangan Anwar Ibrahim Ketika Menginap Di Rumah Habibie Di Jerman

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 428 hits
Presiden Partai Pakatan Rakyat Malaysia Anwar Ibrahim mengungkapkan duka cita mendalam atas meninggalnya Presiden Ke 3 BJ Habibie kemarin
Para Tokoh Mulai Berdatangan Ke Rumah Duka Alm Habibie Ada Pimpinan Kpk Ahok

Para Tokoh Mulai Berdatangan Ke Rumah Duka Alm Habibie Ada Pimpinan Kpk Ahok

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 241 hits
Selain itu Karangan Bunga membanjiri kediaman hingga memenuhi jalan Patra Kuningan
Kau Ni Siapa Cerita Macam Tahu Semua Guru Wanita Dikecam Buat Kenyataan Zara Diputar Dalam Mesin Basuh

Peruntukan Bumiputera Paling Tinggi Sejak Merdeka Hanya Madani Berani Beri Pm Anwar

Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

Socmed Marketing For Businesses

Pelajar Cemerlang Stpm Tiada Duit Ke Ipg Fadhlina Segera Bantu Usah Gusar Anakanda

Aidex And Cybercon 2025 Redefining Ai Digital Intelligence And Cyber Resilience

Kenali Mofs Sains Di Sebalik Kerangka Logam Organik

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Paling Mudah Bila Dah Lapar

Arul Rasheed Merindukanmu Chord

Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Pas Fumes As Madani Gov T Washes Hands In Dirty Money Allegation With Pmx Vincent Tan Implicated