Rukun Negara Kay Kim Dalam Lipatan Sejarah Negara



(Bernama) – HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Peribahasa itu cukup sesuai bagi menggambarkan jasa ditinggalkan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang masih belum ada galang ganti terutama kepakarannya dalam sejarah tanah air.
Selepas lebih setahun tokoh sejarah itu meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pada 28 Mei tahun lepas.
Buah fikiran dan pandangannya  yang sering dijadikan rujukan banyak pihak termasuk media itu masih dirindui lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-63 yang akan disambut 31 Ogos depan.
Sambutan 50 tahun Rukun Negara tahun ini juga sangat signifikan dengan mendiang yang merupakan seorang daripada tokoh yang terlibat dalam penggubalan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
Dikenali sebagai seorang yang tegas, berprinsip serta adil dalam memberikan perspektif sejarah negara, mendiang juga dikenali dengan semangat luhur berjiwa Malaysia.
Bapa saya sentiasa berbangga memperkenalkan dirinya sebagai bangsa Malaysia, menurut anak sulung mendiang, Eddin Khoo (gambar bawa) ketika berkongsi aspirasi bapanya tentang Rukun Negara dan perpaduan.

Eddin, 51, yang merupakan seorang penulis, aktivis kebudayaan dan penaung Pusaka, sebuah organisasi kebudayaan, menjadi penyambung legasi bapanya terutama dari sudut pemikiran dan pandangan tentang politik, sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.
“Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, saya rapat dengan ayah saya.
“Masa saya berumur lima dan enam tahun, saya sering ikut ayah memberi sesi penerangan di sekolah-sekolah dan banyak tempat di dalam negara.
“Secara tidak langsung dia memperkenalkan saya tentang Rukun Negara dan sejarah di tempat-tempat kami pergi membuatkan saya minat dengan pembicaraan ketika itu.
“Terutama bahasa Melayu ayah saya yang sangat fasih,” katanya berkongsi pengalaman bersama bapanya yang merupakan tokoh akademik disegani.
Jelas Eddin, keluarganya dibentuk dengan mengutamakan adab sopan terutama hormat kepada orang lain, bersikap terbuka dengan tidak melihat pada perbezaan kaum, agama dan kepercayaan sebaliknya menerima kepelbagaian yang ada.
Tiada semangat kesukuan dan perkauman yang wujud dalam rumah kerana saya dibesarkan sepertimana dibentuk ayah saya, katanya.
“Bapa saya ialah Cina peranakan dari Kampar, Perak, ibu saya (Puan Sri Rathi Khoo) orang Tamil manakala saya diasuh oleh seorang makcik Melayu dari Rembau yang tinggal dalam rumah kami bersama-sama.
“Ini satu pengalaman luar biasa apabila setiap masyarakat kaum terbesar di Malaysia ada di rumah saya termasuk amalan budaya, agama yang dipegang.
“Keadaan itu membuatkan saya tidak bersedia masuk ke dunia luar ketika itu kerana di luar banyak sikap perbezaan antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama sempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual 9 Julai depan.
Kunci utama penggubalan Rukun Negara hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 adalah untuk memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum bagi kehidupan bernegara yang aman dan harmoni.
Berkongsi pengalaman ketika mewawancara bapanya dalam satu program yang membincangkan  tentang Rukun Negara, Eddin berkata bapanya sangat terbuka dalam menerima pandangan banyak pihak.
“Perbahasan yang agak hangat ketika itu tentang prinsip pertama Rukun Negara, Kepercayaan Kepada Tuhan.
“Apa dirumuskan dalam perbincangan itu, kebanyakan orang ramai mempunyai agama dan kepercayaan kepada tuhan.
“Namun dalam perdebatan itu ayah saya tidak meminggirkan mereka yang tidak mempercayai tuhan seperti golongan ateis.
“Inilah semangat dan daya pemikiran untuk mengangkat perbicaraan sedalam-dalamnya,” kata beliau.
“Jelas Eddin, melalui pengalaman dan pemerhatiannya selama hampir 30 tahun terlibat dalam program kebudayaan di peringkat akar umbi, Rukun Negara yang menjadi panduan setiap warga Malaysia sudah bersemarak agak lama.
“Namun, penghayatannya masih kurang untuk masyarakat kita benar-benar memahami apa yang  terkandung dalam Rukun Negara,” katanya yang mengagumi seniman agung Tan Sri P. Ramlee dan Kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang membawa aspirasi Malaysia yang sebenar.
Sebagai aktivis kebudayaan yang menjelajah ke seluruh negara, beliau yang banyak mengkaji kebudayaan Melayu terutama kesenian tradisi Kelantan, berharap usaha perlu diteruskan untuk meneroka idea-idea baharu bagi menyuburkan semangat Rukun Negara terutama dalam kalangan generasi muda.
“Walaupun (ayah) tidak mengajar lagi di universiti selepas bersara wajib pada 1992, pejabat ayah saya di Universiti Malaya sering dikunjungi pelajar dan anak muda yang inginkan pengetahuan.
“Saya tersentuh, lima tahun sebelum ayah meninggal dunia, beliau meninggalkan banyak pesan kepada anak muda.
“Ini satu kejayaan, saya fikir,” katanya, berpendapat bahawa masyarakat yang sering berbincang dan kadang kala berselisih faham adalah masyarakat yang matang.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/07/05/rukun-negara-kay-kim-dalam-lipatan-sejarah-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 Tahun Rukun Negara Mengingati Sumbangan Besar Khoo Kay Kim

50 Tahun Rukun Negara Mengingati Sumbangan Besar Khoo Kay Kim

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 507 hits
Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama Peribahasa itu cukup sesuai bagi menggambarkan jasa ditinggalkan Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim yang masih belum ada galang ganti terutama kepakarannya dalam sejarah tanah a...
Khoo Kay Kim Simbol Semangat Perpaduan Malaysia Sebenar Sultan Selangor

Khoo Kay Kim Simbol Semangat Perpaduan Malaysia Sebenar Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 288 hits
SHAH ALAM 11 Julai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai simbol semangat perpaduan Malaysia yang sebenar Sehubungan itu Sultan Sharafuddin berharap jasa jasa dan sum...
Kwon Nara Kim Myung Soo Bakal Bintangi Drama Sejarah Terbaru

Kwon Nara Kim Myung Soo Bakal Bintangi Drama Sejarah Terbaru

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 404 hits
Pelakon Itaewon Class Kwon Nara dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bintangi drama sejarah terbaru berjudul New Secret Royal Inspector Menurut sumber yang belum disahkan Kwon Nara telah ditawarkan peranan Hong Da In penghibur yang canti...
Pupuk Prinsip Rukun Negara Dari Prasekolah

Pupuk Prinsip Rukun Negara Dari Prasekolah

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR 10 JULAI Pemahaman dan penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara perlu bermula seawal peringkat prasekolah supaya ia mampu sebati dengan jati diri setiap warganegara Malaysia kata Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin Pe...
Etnik Rohingya Berselindung Di Pulau Sempadan Sebelum Masuk Ke Negara Ini

Etnik Rohingya Berselindung Di Pulau Sempadan Sebelum Masuk Ke Negara Ini

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 285 hits
Pulau Koh Adang LANGKAWI Peratusan pendatang tanpa izin etnik Rohingya menyusup masuk ke negara ini melalui laut adalah sangat tinggi berikutan sempadan perairan negara hanya 2 5 batu nautika dengan pulau di sempadan Thailand Panglima Wilay...
Lagi Penentang Identiti Negara Dilantik Ke Jawatan Tinggi Tinggi

Lagi Penentang Identiti Negara Dilantik Ke Jawatan Tinggi Tinggi

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 186 hits
ADRIAN LIM CHEE ENHebat MCA Secara senyap senyap Ketua Pemudanya Nicole Wong Siaw Ting telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Majlis Pembangunan Sumber Manusia Siapa Nicole Wong Siaw Ting Ketua Pemuda MCA ini Ketua Pemuda MCA bantah Jawi Khat ...
Kenapa Amerika Syarikat Negara Paling Teruk Diserang Virus Korona

Kenapa Amerika Syarikat Negara Paling Teruk Diserang Virus Korona

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 432 hits
Amerika negara terkaya dalam dunia hospital dan klinik tercanggih memiliki pakar perubatan yang ulung Bomoh dan tabib kelas dunia tinggal di Amerika Syarikat Hospital dan klinik lengkap dengan peralatan terbaru yang canggih manggih Universi...
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior

App Inarah

Aktiviti Majlis Mesra Aidilfitri Tnb Peringkat Korporat Ppim 30 04 2024

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pemimpin Muda