Kenapa Amerika Syarikat Negara Paling Teruk Diserang Virus Korona


Amerika negara terkaya dalam dunia, hospital dan klinik tercanggih, memiliki pakar perubatan yang ulung. Bomoh dan tabib – kelas dunia tinggal di Amerika Syarikat. Hospital dan klinik lengkap dengan peralatan terbaru yang canggih-manggih. Universiti dan sekolah perubatan Amerika tersohor. Kaji selidik ilmu perubatan dan ilmu bidang sains terunggul dalam dunia, berpusat di sana.


Fakta menunjukkan seramai 336 warga Amerika adalah pemenang Hadiah Hadiah Nobel semenjak tahun 1901. Dari jumlah ini seramai 94 orang memenangi hadiah dalam bidang fisiologi dan perubatan.

Tetapi, kenapa Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk diserang oleh korona. Serangan pandemik kali ini membuktikan Amerika tercorot dalam bidang menyelamatkan warga. Tercorot dalam bidang kesihatan awam. Apakah darah warga Amerika lebih enak untuk dibaham oleh Mat Korona. Tidak. Jawapannya ialah sistem.

Kematian dan statistik yang menonjol ini adalah manifestasi dari satu sistem. Untuk memahami persoalan Covid-19 dan pandemik ini kita wajib memahami apa sistem yang diguna pakai oleh Amerika Syarikat. Kita wajib memahami sistem ekonomi Amerika.

Pandemik Covid-19 ini telah memaksa dunia untuk mula berbincang tentang sistem perubatan awam. Berbincang tentang sistem kesihatan untuk rakyat teramai. Melalui perbincangan tentang kesihatan awam maka dengan sendirilah terbuka luas perbincangan tentang sistem ekonomi.

Pada ketika ini seluruh dunia sedang berbicara tentang sistem ekonomi. Kalau dahulu hanya kaum Marxis, kaum Sosialis dan kaum kerabat kiri sahaja yang membincang dan menimbulkan wacana tentang sistem ekonomi. Kali ini perbualan dunia ialah sistem, sistem dan sistem.

Virus korona telah memaksa warga dunia untuk memahami bahawa di belakang kehidupan moden hari ini wujud satu sistem. Budaya, gaya hidup, nilai, kepercayaan, moral dan semua ciri kehidupan kita hari ini adalah manifestasi dari satu sistem.

Sistem ini ialah sistem ekonomi kapitalis. Apakah dia yang dipanggil sistem ekonomi kapitalis?

Sistem ekonomi kapitalis muncul sesudah runtuhnya sistem feudal, yang menobatkan raja sebagai punca kuasa. Semua kuasa dimiliki dan berpusat kepada istana dan raja. Orang ramai bekerja untuk raja. Tanaman, buah-buahan, ternakan ayam, itik, kambing lembu boleh diambil oleh raja bila bila masa sahaja. Malah anak dara dan isteri sendiri pun boleh dirembat oleh raja jika tuanku berkenan.

Tenaga tulang empat kerat rakyat jelata boleh dikerah oleh raja untuk membuat apa sahaja kerja. Jika raja berperang maka rakyat jelata akan dikerah untuk menjadi soldadu mempertahankan raja.

Sistem feudal ini masih ada. Di Saudi Arabia, di Negara Arab Teluk dan juga di Brunei sistem ini masih diguna pakai. Amat jelas ada kerjasama paling intim dan bersekongkolan yang rapat antara kaum feudal dengan kaum agamawan. Masjid dan istana sepakat.

Raja membunuh jika kamu ingkar. Golongan agamawan akan menandatangani surat untuk menghantar kamu dibakar api neraka jika kamu ingkar. Dua lembaga – istana dan masjid - bekerja rapat menakut-nakutkan dan mengancam orang biasa. Tujuan ancaman hanya satu untuk mengumpul dan memiliki harta kekayaan demi kesenangan dalam hidup.

Jangan silap baca: istana dan masjid dan tulisan ini bukan bangunan. Masjid dan istana ini adalah lembaga daulah.

Sistem ekonomi feudal ini dilawan oleh golongan baru yang merasakan sistem ini tidak adil. Kaum baru ini bangun memberontak dan memenggal kepala raja.

Golongan baru ini membawa sistem ekonomi kapitalis. Kuasa raja dan masjid mula diketepikan. Raja dan masjid bukan lagi punca utama kuasa daulah.

Kini harta kekayaan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Kalau dalam sistem feudal yang dibenarkan mengumpul harta kekayaan hanya raja dan kaum kerabat istana. Kini dalam sistem baru – sistem ekonomi kapitalis individu – orang persendirian dibolehkan mengumpul harta. Mereka dipanggil pemaju, pemodal, tuan tanah, atau tauke. Sesiapa saja yang ada modal boleh menjadi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis ini berpaksikan keuntungan maksimum. Rukun iman kaum kapitalis ialah untung. Apa sahaja yang menguntungkan akan diniagakan oleh kaum kapitalis. Apa yang boleh beli akan dibeli – apa boleh dijual akan dijual – asalkan semua membawa keuntungan.

Kaum kapitalis dan kaum pemodal ini akhirnya akan memiliki punca-punca pengeluaran. Punca pengeluaran bermakna – tanah, kilang dan bank – akan dimiliki oleh kaum pemodal.

Orang ramai, rakyat biasa akan menjadi pengguna. Orang ramai akan didorong dan dikandang untuk membeli hasil barangan – produk - yang telah dikeluarkan oleh kilang milik kaum kapitalis.

Pengeluaran bahan produk yang dihasilkan oleh kaum kapitalis hanyalah dengan satu tujuan, membawa keuntungan. Jual beli kaum kapitalis hanya berlaku jika ada untung. Untung. Untung dan cari untung. Untung adalah wirid kaum kapitalis. Untung ialah kiblat dan Rukun iman kaum kapitalis.

Kaum kapitalis akan sedaya upaya tidak mahu diganggu gugat dalam menjalankan perniagaan mencari untung. Dalam masa yang sama saki baki raja dan istana juga boleh bekerjasama dalam usaha mencari untung.

Kerabat sultan atau puteri atau putera raja "di-ahlanwasahlan" untuk berniaga atau membuat projek. Begitu juga masjid tidak dilupuskan dari budaya meniaga dan mencari untung. Dalam sejarah, menjual agama adalah perniagaan kedua tertua dalam dunia.

Masjid masih wujud, kini diambil sebagai rakan baik kaum pemodal. Ini penting untuk mengeluarkan nas dan hadis bagi mengharamkan sesuatu yang tidak menguntungkan kaum kapitalis. Atau menghalalkan sesuatu yang membawa keuntungan kepada kaum pemodal.

Kepada yang keras kepala dijanjikan api neraka. Jika masih keras kepala ditakrif sebagai penganut ajaran sesat. Seperti di Arab Saudi dituduh murtad untuk dipancung kepala sesudah sembahyang Jumaat di hadapan masjid.

Peranan minimum daulah

Dalam sistem ekonomi kapitalis peranan daulah adalah minimum. Daulah hanya diperlukan untuk mengadili jika berlaku perbalahan – sebagai contoh - antara pemaju perumahan dengan setinggan. Lagi jauh daulah berperanan dari urusan perniagaan, lagi molek dan lagi maju jaya kaum kapitalis.

Apa sangkut paut sistem kapitalis ini dengan serangan virus korona ke atas Amerika Syarikat?

Jawapannya: Sistem ekonomi kapitalis Amerika telah gagal menangani serangan korona. Amerika walaupun dengan kecanggihan hospital, klinik dan makmal perubatan – telah gagal. Amerika tercorot dalam usaha melawan Covid-19.

Sistem ekonomi kapitalis tidak memiliki keupayaan hakiki untuk melawan pandemik yang berlaku.

Di Amerika yang disembah ialah keuntungan. Maka semua sistem perubatan di Amerika didirikan untuk mencari untung. Jika tidak ada untung maka klinik dan hospital tidak akan didirikan. Kesihatan menjadi bahan perniagaan. Orang sakit diperniagakan. Lagi ramai sakit lagi molek untuk bisnes.

Perubatan menjadi industri. Perubatan bukan lagi untuk memastikan kesihatan orang ramai dijaga baik. Kesihatan warga negara dijadikan komoditi untuk diniagakan seperti jual beli sawit dan getah.

Kesihatan maknanya keuntungan. Orang ramai hanya pengguna. Siapa ada duit akan mendapat rawatan. Siapa tak ada duit mati di tangga pintu hospital, maka warga Amerika yang tidak memiliki insuran perubatan tidak akan dapat rawatan perubatan.

Sebelum mendaftar ke hospital perlu dibuktikan memiliki dana dalam akaun bank, memiliki sijil insuran atau cagaran harta. Inilah namanya sistem ekonomi kapitalis.

Justeru yang banyak mati di Amerika adalah mereka yang miskin. Mereka yang tidak ada modal untuk mendapat rawatan hospital. Mereka yang tidak ada duit kerana hilang pekerjaan.

Data menunjukkan majoriti yang mati kerana Covid-19 di Amerika adalah orang hitam, Latin, kaum pendatang yang halal dan yang haram. Ini termasuk warga miskin kota yang tidur di tepi jalan atau di lorong-lorong.

Tangan ghaib

Daulah di Amerika tidak memiliki peranan. Kaum kapitalis di Amerika berjaya menafikan daulah dari mendirikan hospital atau klinik. Menjaga kebajikan rakyat dan kesihatan rakyat bukan tugas kerja daulah. Kapitalisme mengikut teori wujud - tangan ghaib – yang akan menguruskan semua. Daulah hanya jadi saksi.

Dalam sistem ekonomi kapitalis, semua orang diwajibkan melepaskan pucuk masing-masing. Aku untuk aku. Kau untuk kau. Semangat kekitaan dan kemasyarakatan bukan akidah ajaran sistem ekonomi kapitalis.

Komuniti dan konsep gotong-royong, kerjasama atau berseraya tidak dibenarkan wujud dalam sistem ekonomi kapitalis. Tolong-menolong dan bantu membantu akan membantutkan dan menghalang keuntungan maksimum. Tenaga kerja adalah komoditi untuk dijual beli bukan untuk dihadiah atau disedekahkan.

Apa terjadi dari 18 Mac 2020 hingga ke 19 Mei 2020?

Ini sesudah WHO mengumumkan pandemik Covid-19. Ini sesudah Wuhan menjadi buah mulut warga dunia. Apa terjadi di Amerika pada tarikh ini?

Dalam masa dua bulan ini berjuta warga Amerika hilang pekerjaan. Berjuta beratur untuk mendapat stem makanan.

Hari ini seramai 42 juta warga Amerika telah hilang pekerjaan. Mereka tergelincir jatuh hilang kerja terus menjadi statistik warga miskin dalam negara terkaya dalam dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Bila Wabak Covid-19 Akan Berakhir?Kisah Pandemik Selesema Sepanyol 1918 Yang Menjangkiti 500 Juta Manusia!
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/kenapa-amerika-negara-paling-teruk-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Paling Teruk Perintah Negara Dap Masih Berangan Nak Jadi Kerajaan

Ph Paling Teruk Perintah Negara Dap Masih Berangan Nak Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 330 hits
Orang Melayu takkan lupa pelbagai peristiwa yang mengguris hati BANGI Jika tampuk pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Harapan sekalipun apakah jaminan kerajaan tidak bergolak akibat persengketaan dalaman soal Presiden gerakan Isla...
Pangan Dan Pertanian Jadi Sektor Paling Kuat Saat Pandemi Virus Corona

Pangan Dan Pertanian Jadi Sektor Paling Kuat Saat Pandemi Virus Corona

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 333 hits
Pemerintah Provinsi Jawa Barat mencatat bahwa sektor pangan dan pertanian merupakan zona ekonomi yang paling kuat bertahan dari dampak pandemi Covid 19 Sebaliknya sektor jasa dan manufaktur menjadi zona yang paling terpukul
Pejabat Syarikat Penerbitan Buku Rebirth Yang Menghina Jata Negara Di Serbu Pdrm

Pejabat Syarikat Penerbitan Buku Rebirth Yang Menghina Jata Negara Di Serbu Pdrm

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 803 hits
Dalam satu sidang media pada 29 Jun 2020 Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan semua yang terbabit dalam pengeluaran buku Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia...
Kerajaan Amerika Mula Membenarkan Syarikat Teknologi Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Pembangunan Teknologi 5g

Kerajaan Amerika Mula Membenarkan Syarikat Teknologi Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Pembangunan Teknologi 5g

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 296 hits
Hampir setahun yang lalu kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan Huawei untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat teknologi mereka kerana risau mengenai aktiviti pengintipan untuk kerajaan China Reuters m...
6 Etnik Yang Menjadi Mangsa Rasis Dan Sejarah Perkauman Di Amerika Syarikat

6 Etnik Yang Menjadi Mangsa Rasis Dan Sejarah Perkauman Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 508 hits
Rasisme adalah sejenis kepercayaan bahawa sebuah bangsa warna kulit atau satu kelompok secara umumnya sama ada dari segi agama nasionalisme atau etnik dianggap lebih tinggi dan dominan berbanding yang lain Namun rasisme terdapat pelbagai je...
Fed Melancarkan Program Bantuan Baru Untuk Ekonomi Amerika Syarikat

Fed Melancarkan Program Bantuan Baru Untuk Ekonomi Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 314 hits
Pada hari Isnin Fed telah melancarkan program yang sekian lama dinantikan si mana membolehkan orang ramai membeli bon korporat secara langsung dari syarikat Ia juga memperkenalkan program baru yang diwujudkan untuk menstabilkan pasaran kewa...
Bom Nuklear Paling Kecil Sekali Di Dunia Dengan Kuasa Letupan Yang Luar Biasa

Bom Nuklear Paling Kecil Sekali Di Dunia Dengan Kuasa Letupan Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 605 hits
Kembali ke tahun 1950 an dan awal 1960 an tentera Amerika mempunyai angan angan untuk mewujudkan sebuah roket berhulu ledak nuklear Terciptalah M 28 29 Davy Crockett roket nuklear terkecil di dunia namun dengan kuasa letupan yang luar biasa...
Steamboat Paling Mudah Sedap Tiga Langkah Memasak Aje

Steamboat Paling Mudah Sedap Tiga Langkah Memasak Aje

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 671 hits
Ni dia kuah steambot paling mudah dan teramatlah sedapnya Rebus air dan masukkan dua jenis pes iaitu pes tom yam dan pes asam pedas dah menjadi pun supnya Pastu boleh masukkan sosej bahan mix steamboat laut cendawan dan mi segera hmm memang...
Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 300 hits
Siapa je yang tak stress kalau hari hari asyik hadap masalah kulit yang sama je Even dah macam macam steps skincare routine kita follow pun still not much improvement Yelah nak istiqamah dan konsisten dengan skincare routine yang sama setia...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut