50 Tahun Rukun Negara Mengingati Sumbangan Besar Khoo Kay Kim


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Peribahasa itu cukup sesuai bagi menggambarkan jasa ditinggalkan Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim yang masih belum ada galang ganti, terutama kepakarannya dalam sejarah tanah air.
Selepas lebih setahun tokoh sejarah itu meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pada 28 Mei tahun lepas, buah fikiran dan pandangannya yang sering dijadikan rujukan banyak pihak, termasuk media itu masih dirindui lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-63 yang akan disambut 31 Ogos depan.
Sambutan 50 tahun Rukun Negara tahun ini juga sangat signifikan dengan mendiang yang merupakan seorang daripada tokoh yang terlibat dalam penggubalannya dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
Dikenali sebagai seorang yang tegas, berprinsip serta adil dalam memberikan perspektif sejarah negara, mendiang juga dikenali dengan semangat luhur berjiwa Malaysia.
“Bapa saya sentiasa berbangga memperkenalkan dirinya sebagai bangsa Malaysia,” menurut anak sulung mendiang, Eddin Khoo ketika berkongsi aspirasi bapanya tentang Rukun Negara dan perpaduan.
Eddin, 51, yang merupakan seorang penulis, aktivis kebudayaan dan penaung Pusaka, sebuah organisasi kebudayaan, menjadi penyambung legasi bapanya, terutama dari sudut pemikiran dan pandangan tentang politik, sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.
Eddin Khoo.
“Sebagai anak sulung daripada 3 beradik, saya rapat dengan ayah saya. Masa saya berumur 5 dan 6 tahun, saya sering ikut ayah memberi sesi penerangan di sekolah dan banyak tempat dalam negara.
“Secara tidak langsung beliau memperkenalkan saya tentang Rukun Negara dan sejarah di tempat-tempat kami pergi membuatkan saya minat dengan pembicaraan ketika itu, terutama bahasa Melayu ayah saya yang sangat fasih,” katanya berkongsi pengalaman bersama bapanya yang merupakan tokoh akademik disegani.
Jelas Eddin, keluarganya dibentuk dengan mengutamakan adab sopan, terutama hormat kepada orang lain, bersikap terbuka dengan tidak melihat pada perbezaan kaum, agama dan kepercayaan sebaliknya menerima kepelbagaian yang ada.
“Tiada semangat kesukuan dan perkauman yang wujud dalam rumah kerana saya dibesarkan seperti dibentuk ayah saya,” katanya.
“Bapa saya ialah Cina peranakan dari Kampar, Perak, ibu saya (Rathi Khoo) orang Tamil, manakala saya diasuh oleh seorang makcik Melayu dari Rembau yang tinggal dalam rumah kami bersama-sama.
“Ini satu pengalaman luar biasa apabila setiap masyarakat kaum terbesar di Malaysia ada di rumah saya, termasuk amalan budaya, agama yang dipegang.
“Keadaan itu membuatkan saya tidak bersedia masuk ke dunia luar ketika itu kerana di luar banyak sikap perbezaan antara satu sama lain,” katanya sempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual 9 Julai depan.
Kunci utama penggubalan Rukun Negara adalah hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 adalah untuk memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum bagi kehidupan bernegara yang aman dan harmoni.
Berkongsi pengalaman ketika mewawancara bapanya dalam satu program yang membincangkan tentang Rukun Negara, Eddin berkata, bapanya sangat terbuka dalam menerima pandangan banyak pihak.
“Perbahasan yang agak hangat ketika itu ialah tentang prinsip pertama Rukun Negara, Kepercayaan Kepada Tuhan. Apa dirumuskan dalam perbincangan itu, kebanyakan orang ramai mempunyai agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
“Namun dalam perdebatan itu ayah saya tidak meminggirkan mereka yang tidak mempercayai Tuhan seperti golongan ateis. Inilah semangat dan daya pemikiran untuk mengangkat perbicaraan sedalam-dalamnya,” kata beliau.
Jelas Eddin, melalui pengalaman dan pemerhatiannya selama hampir 30 tahun terlibat dalam program kebudayaan di peringkat akar umbi, Rukun Negara yang menjadi panduan setiap warga Malaysia sudah bersemarak agak lama.
“Namun penghayatannya masih kurang untuk masyarakat kita benar-benar memahami apa yang terkandung dalam Rukun Negara,” katanya yang mengagumi seniman agung P Ramlee dan kartunis Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang membawa aspirasi Malaysia yang sebenar.
Sebagai aktivis kebudayaan yang menjelajah ke seluruh negara, beliau yang banyak mengkaji kebudayaan Melayu, terutama kesenian tradisi Kelantan, berharap usaha diteruskan untuk meneroka idea baru bagi menyuburkan semangat Rukun Negara, terutama dalam kalangan generasi muda.
“Walaupun (ayah) tidak mengajar lagi di universiti selepas bersara wajib pada 1992, pejabat ayah saya di Universiti Malaya sering dikunjungi pelajar dan anak muda yang inginkan pengetahuan.
“Saya tersentuh, 5 tahun sebelum ayah meninggal dunia, beliau meninggalkan banyak pesan kepada anak muda. Ini satu kejayaan, saya fikir,” katanya, yang berpendapat masyarakat yang sering berbincang dan kadang kala berselisih faham adalah masyarakat yang matang.
Bernama
The post 50 tahun Rukun Negara: Mengingati sumbangan besar Khoo Kay Kim appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/05/50-tahun-rukun-negara-mengingati-sumbangan-besar-khoo-kay-kim/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=50-tahun-rukun-negara-mengingati-sumbangan-besar-khoo-kay

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rukun Negara Kay Kim Dalam Lipatan Sejarah Negara

Rukun Negara Kay Kim Dalam Lipatan Sejarah Negara

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 272 hits
HARIMAU mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama Peribahasa itu cukup sesuai bagi menggambarkan jasa ditinggalkan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang masih belum ada galang ganti terutama kepakarannya dalam sejarah...
Khoo Kay Kim Simbol Semangat Perpaduan Malaysia Sebenar Sultan Selangor

Khoo Kay Kim Simbol Semangat Perpaduan Malaysia Sebenar Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 337 hits
SHAH ALAM 11 Julai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai simbol semangat perpaduan Malaysia yang sebenar Sehubungan itu Sultan Sharafuddin berharap jasa jasa dan sum...
Apa Sumbangan Anak Mantan Pm Kepada Negara

Apa Sumbangan Anak Mantan Pm Kepada Negara

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 285 hits
Anak Tun Razak Anak Tun Husien Onn Anak Mahathir Anak Paklah Anak Najib Anwar tidak pernah jadi PM Muhyiddin masih belum Mantan
Permohonan Anak Ke Pusat Anak Genius Negara Bagi Tahun 2021 Kini Dibuka

Permohonan Anak Ke Pusat Anak Genius Negara Bagi Tahun 2021 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 504 hits
Kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke Pusat GENIUS Negara bagi tahun 2021 permohonan tersebut telah dibuka sehingga 30 September 2020 Jadi jika berminat sila berbuat demikian Apa itu GENIUS Negara Program GENIUS Negara menyediakan a...
Pupuk Prinsip Rukun Negara Dari Prasekolah

Pupuk Prinsip Rukun Negara Dari Prasekolah

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 431 hits
KUALA LUMPUR 10 JULAI Pemahaman dan penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara perlu bermula seawal peringkat prasekolah supaya ia mampu sebati dengan jati diri setiap warganegara Malaysia kata Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin Pe...
Perlukan Rm134 400 Anak Hidap Leukemia Sejak Umur 2 Tahun Ibu Tampil Mohon Sumbangan

Perlukan Rm134 400 Anak Hidap Leukemia Sejak Umur 2 Tahun Ibu Tampil Mohon Sumbangan

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 402 hits
Setiap orang tidak terlepas daripada ujian Allah SWT Sebagai manusia biasa di muka bumi ini kita seharusnya cekal dan tabah menghadapi ujian yang diberikan mungkin setiap yang berlaku ada hikmahnya Seperti perkongsian ibu kepada dua anak in...
Wan Kuzri Dan Jaami Qureshi Bakal Sertai Skuad Bawah 19 Tahun Negara

Wan Kuzri Dan Jaami Qureshi Bakal Sertai Skuad Bawah 19 Tahun Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 1127 hits
Berita baik untuk skuad bawah 19 tahun negara apabila memiliki peluang untuk mendapatkan pemain muda kacukan iaitu Jaami Qureshi yang kini bermain untuk kelab Brighton Hove Albion di England Hal ini disebabkan bapa kepada pemain tersebut Pe...
Pakatan Harapan Menjual Aset Negara Secara Besar Besaran

Pakatan Harapan Menjual Aset Negara Secara Besar Besaran

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 229 hits
Lau Chin Kok My KMU Di bawah pengurusan kerajaan Pakatan Harapan diterajui Perdana Menteri ke 7 Khazanah Nasional Berhad berjaya mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM7 36 bilion pada 2019 iaitu yang tertinggi dalam sejarah setelah meng...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi