Etnik Rohingya Berselindung Di Pulau Sempadan Sebelum Masuk Ke Negara Ini


Bernama Pulau Koh Adang LANGKAWI – Peratusan pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya menyusup masuk ke negara ini melalui laut adalah sangat tinggi berikutan sempadan perairan negara hanya 2.5 batu nautika dengan pulau di sempadan Thailand.
Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Abd Hamid Ali berkata, ini berikutan pulau-pulau negara jiran yang terdekat dengan perairan negara adalah antaranya Pulau Tarutao, Koh Lipe dan Pulau Koh Adang.
“Pulau-pulau berkenaan mempunyai persempadan negara yang kecil dari Pulau Langkawi dan pulau ini dipercayai menjadi tempat mereka berselindung sebelum menceroboh masuk ke perairan negara ini.
“Oleh itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin sentiasa bertugas siang dan malam bagi mengawai sebarang pencerobohan,” katanya kepada Bernama dalam liputan eksklusif media bersama Pasukan Petugas Kebangsaan, di sini.
Abd Hamid berkata, pihaknya mempunyai tiga sektor (pejabat operasi) yang mengkoordinasi dan mengawasi sempadan perairan negara di Pulau Langkawi daripada diceroboh oleh PATI.
“Sektor pertama adalah APMM, sektor kedua adalah polis marin dan sektor ketiga adalah TLDM yang masing-masing mempunyai komandernya sendiri untuk lapor sebarang kegiatan kemasukan pendatang tanpa izin di perairan negara,” katanya.
Beliau berkata, penugasan koordinasi bersama ketiga-tiga agensi penguatkuasa berkenaan adalah lebih mudah walaupun ia dikoordinasikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah lebih terjamin khususnya dalam Op Benteng.
Ditanya mengenai cabaran dalam mengekang kemasukan PATI, Abd Hamid berkata, antara cabaran besar adalah keterlibatan orang awam yang menjadi dalang kegiatan penyeludupan PATI etnik Rohingya.
“Dalam menentukan keselamatan perairan negara ini terjamin sepenuhnya, pihak kami bekerjasama dengan komuniti maritim yang sentiasa melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada kemasukan PATI di perairan negara.
“Sebelum ini, beberapa kes kemasukan PATI di perairan negara berjaya dihalang atas makluman awal komuniti maritim,” katanya.
Dalam pada itu, Abd Hamid menegaskan bahawa pihak berkuasa sedang mengawasi tekong darat dan laut yang terbabit secara langsung atau bersubahat dengan sindiket penyeludupan migran dan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.
Sementara itu, diminta mengulas tangkapan 269 warga Rohingya di perairan Langkawi baru-baru ini, beliau berkata, ujian saringan COVID-19 terhadap mereka didapati negatif.
““Mereka (PATI) tidak didedahkan kepada rakyat tempatan Pulau Langkawi malah tiada risiko jangkitan COVID-19 kepada anggota bertugas ketika mengendalikan mereka kerana anggota telah dilengkapi dengan pakaian perlindungan selengkapnya,” katanya.
Pada 8 Jun lalu, Bernama melaporkan seramai 269 warga Rohingya yang cuba menceroboh perairan Langkawi ditahan oleh pihak berkuasa dan menemukan mayat seorang wanita dalam bot yang dinaiki mereka. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/etnik-rohingya-berselindung-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 297 hits
Nasib malang menimpa pelarian etnik Rohingya yang terdampar di laut baru baru ini Mengikut cerita mereka mendakwa dipukul oleh penyeludup malah lebih teruk terpaksa minum air kencing untuk teruskan hidup Perkongsian pengalaman pahit ini dib...
Malaysia Boleh Buka Sempadan Negara Tetapi Hishammuddin

Malaysia Boleh Buka Sempadan Negara Tetapi Hishammuddin

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 351 hits
Malaysia boleh membuka sempadan negara namun segalanya bergantung kepada disiplin rakyat dalam memastikan jumlah kes COVID 19 tidak meningkat dengan mendadak selepas sempadan dibuka Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata t...
Soulofjohor Cubaan Memasuki Sempadan Negara Secara Haram 723 Pati 138 Tekong Ditahan

Soulofjohor Cubaan Memasuki Sempadan Negara Secara Haram 723 Pati 138 Tekong Ditahan

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 293 hits
Soulofjohor Cubaan Memasuki Sempadan Negara Secara Haram 723 Pati 138 Tekong Ditahan
Cadangan Buka Sempadan 6 Negara Zon Hijau Masih Belum Dapat Persetujuan Dr Noor Hisham

Cadangan Buka Sempadan 6 Negara Zon Hijau Masih Belum Dapat Persetujuan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 356 hits
Cadangan bagi pembukaan sempadan antarabangsa kepada enam negara zon hijau yang telah dikenalpasti masih berada di peringkat awal kerana belum mendapat persetujuan daripada semua negara yang terlibat Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk D...
Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Pantai Kerachut

Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Pantai Kerachut

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 731 hits
Ahad 21 Jun 2020Inilah destinasi tujuan saya dan suami ke Teluk Bahang TAMAN NEGARA PULAU PINANG Taman Negara ini terletak di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN dan mula dibuka semula kepada pelawat pada 15 Jun lalu Kami ke sana berpandukan G...
Flora Di Taman Negara Pulau Pinang

Flora Di Taman Negara Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 795 hits
Bila merentas hutan mata saya memang sentiasa memerhati sekeliling Saya suka melihat segala tumbuhan yang ada semuanya nampak menarik Sehingga kadang kadang hampir tersandung akar pokok dek leka memerhati sekitar Kecuali pada laluan yang su...
Pulau Batu Puteh Ph Lebih Mementingkan Kos Dari Soal Kedaulatan Negara

Pulau Batu Puteh Ph Lebih Mementingkan Kos Dari Soal Kedaulatan Negara

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 284 hits
NEGARA HILANG PULAU BATU PUTEH SELAMA LAMANYA BAWAH KERAJAAN PH ATAS FAKTOR KOS Ini adalah kenyataan Jabatan Peguam Negara masa Tommy Thomas Rupanya PM7 yang buat keputusan untuk tidak meneruskan tuntutan di Mahkamah Antarabangsa ICJ sehing...
Bekas Speaker Dewan Negara Kembalikan Kuasa Raja Seperti Sebelum 1993

Bekas Speaker Dewan Negara Kembalikan Kuasa Raja Seperti Sebelum 1993

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 518 hits
Yang Dipertua SA Vigneswaran yang tamat tempoh sebagai speaker Dewan Negara hari ini menyeru kerajaan pusat agar menarik balik pindaan kontroversial pada tahun 1993 berkaitan kuasa raja raja Melayu Dalam ucapan amanat di Bangunan Parlimen h...
Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Drama Abang Bunga Macho

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Salted Caramel Macchiato Sensasi Manis Dan Asin Dalam Satu Gelas

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban