Khoo Kay Kim Simbol Semangat Perpaduan Malaysia Sebenar Sultan Selangor


SHAH ALAM, 11 Julai — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan mendiang Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai simbol semangat perpaduan Malaysia yang sebenar.
Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin berharap  jasa-jasa dan sumbangan sejarawan seperti mendiang terus dikenang oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Titah Sultan Selangor itu dipetik oleh kenyataan Istana Selangor hari ini yang turut memaklumkan Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap balu sejarawan negara itu,  Puan Sri Rathi Khoo serta dua anaknya, Eddin dan Rubin pada 9 Julai lepas.
Menurut Istana Selangor, Sultan Sharafuddin yang telah mengenali mendiang sejak awal 1980-an, turut menzahirkan kekaguman terhadap semangat dan usaha tokoh sejarah itu yang sentiasa mengutamakan fakta yang benar dan sahih dalam penyampaiannya, sekalipun ada pihak yang cuba memutar belit kenyataan.
“Baginda turut menyampaikan penghargaan dan rasa sukacita terhadap jasa bakti mendiang ketika hayatnya dalam menyuarakan pendapat serta buah fikiran yang bernas dalam pelbagai bidang khususnya sejarah tempatan.”
“Ini termasuk menyemarakkan kembali semangat cintakan sejarah dalam kalangan anak muda serta dalam pembangunan arena sukan tempatan khususnya bola sepak,” demikian menurut kenyataan itu.
Menurut Istana Selangor, Sultan Sharafuddin pada masa sama menzahirkan rasa kurang senang dengan persepsi dan layanan segelintir kaum Cina yang seakan memandang sepi sumbangan dan kepakaran mendiang.
“Baginda juga hairan masih ada ahli-ahli politik tertentu yang mengambil remeh tentang kepentingan sejarah bangsa di Malaysia yang sering ditekankan oleh mendiang untuk dijadikan teladan serta pengajaran.
“Untuk itu, baginda berpesan kepada semua pihak khususnya ahli politik agar belajar dan memahami sejarah dengan betul sekiranya mahu terus bergerak ke masa hadapan yang lebih baik,” demikian menurut kenyataan itu.
Pada majlis berkenaan, balu mendiang turut merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Sultan Sharafuddin yang mengabdikan  nama mendiang suaminya pada sebatang jalan di Petaling Jaya yang kini dikenali Jalan Prof Khoo Kay Kim.
Sumber: Bernama
The post Khoo Kay Kim Simbol Semangat Perpaduan Malaysia Sebenar – Sultan Selangor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/11/khoo-kay-kim-simbol-semangat-perpaduan-malaysia-sebenar-sultan-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Sultan Grants Audience To Family Of The Late Prof Khoo

Selangor Sultan Grants Audience To Family Of The Late Prof Khoo

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 496 hits
The late Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim PETALING JAYA The late Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim one of the country s most prolific historians is a true symbol of Malaysia s spirit of unity says Sultan Sharafuddin Idris Shah The ...
50 Tahun Rukun Negara Mengingati Sumbangan Besar Khoo Kay Kim

50 Tahun Rukun Negara Mengingati Sumbangan Besar Khoo Kay Kim

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 594 hits
Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama Peribahasa itu cukup sesuai bagi menggambarkan jasa ditinggalkan Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim yang masih belum ada galang ganti terutama kepakarannya dalam sejarah tanah a...
Selangor Mb Presents Names Of New Excos To Sultan Undecided On Reshuffle

Selangor Mb Presents Names Of New Excos To Sultan Undecided On Reshuffle

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 258 hits
The Selangor government has presented the names of candidates to fill two vacant state executive council portfolios to the sultan Speaking to the press on the first day of the new state legislative assembly sitting today Menteri Besar Amiru...
Mb Nama Calon Exco Dipersembah Kepada Sultan Selangor

Mb Nama Calon Exco Dipersembah Kepada Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM 13 JULAI Kerajaan Negeri telah mempersembahkan nama calon bagi mengisi kekosongan dua kerusi EXCO kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata ...
Selangor Sultan Consents To Increased Number Of Worshippers At Mosques For Friday Daily Congregational Prayers

Selangor Sultan Consents To Increased Number Of Worshippers At Mosques For Friday Daily Congregational Prayers

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 304 hits
SHAH ALAM Selangor Ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah has consented to increasing the number of worshippers performing daily and Friday prayers in mosques and surau in the state in accordance with the capacity of the actual space effective...
Sultan Selangor Benar Tambah Jemaah Solat Jumaat Fardhu Ikut Kapasiti

Sultan Selangor Benar Tambah Jemaah Solat Jumaat Fardhu Ikut Kapasiti

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 299 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membenarkan pertambahan bilangan jemaah untuk solat Jumaat dan fardu mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau mulai hari ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mo...
Lawat Potret Tiga Panglima Dr Noor Hisham Terharu Dapat Rasa Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

Lawat Potret Tiga Panglima Dr Noor Hisham Terharu Dapat Rasa Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 525 hits
38 total views 38 views today Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berpeluang meluangkan masa hujung minggu dengan melawat ke tempat memorial dirinya sendiri Pada hari ini beliau berkesempatan singgah ke kawasan d...
Kedai Makan Nasi Kerabu Aini Di Taman Seroja Di Bbst Di Sepang Di Selangor Di Malaysia

Kedai Makan Nasi Kerabu Aini Di Taman Seroja Di Bbst Di Sepang Di Selangor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1227 hits
Gambar kedai makan Nasi Kerabu Aini di Jalan Seroja 6 di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia Kedai makan ini menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan papan tanda yang sangat menonjol dan mengiklankan apa yang mer...
Rukun Negara Kay Kim Dalam Lipatan Sejarah Negara

Rukun Negara Kay Kim Dalam Lipatan Sejarah Negara

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 290 hits
HARIMAU mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama Peribahasa itu cukup sesuai bagi menggambarkan jasa ditinggalkan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang masih belum ada galang ganti terutama kepakarannya dalam sejarah...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix

Natalie Portman S Legs And Feet In Tights 29

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang