16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara Ancam Kedaulatan Negara Tudm


PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan bahawa pihaknya telah mengesan penerbangan mencurigakan iaitu sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei, semalam.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi waktu tempatan.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ackbal berkata, pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapura Flight Information Region (FIR) sebelum memasuki ruang udara negara serta Kota Kinabalu FIR.

“Mereka seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

“Pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM,” katanya.

Tambahnya lagi, pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut disamping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu.

Katanya, apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan Kota Kinabalu menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1.33 petang untuk melakukan identifikasi visual.

“Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20. Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

“Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan (Airways) di Kota Kinabalu,” katanya.

Ackbal juga memaklumkan bahawa insiden tersebut telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN).

“Kementerian Luar Negeri telah mengambil maklum tentang perkara ini melalui Kementerian Pertahanan,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/16-pesawat-china-lalu-ruang-udara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Panggil China Taiko Ruang Udara Pula Diceroboh Maruah Negara Dipijak O

Selepas Panggil China Taiko Ruang Udara Pula Diceroboh Maruah Negara Dipijak O

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 244 hits
MUKHLIS SHARIFSudah lebih lapan jam masih tidak ada apa apa respon daripada Menteri Pertahanan Menteri Pengangkutan ataupun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Tapi bab LRT yang bukan skop kerja dia bising bab kerja dia tak ketahuan ha...
Pesawat Milik Israel Disahkan Masuk Ruang Udara Negara

Pesawat Milik Israel Disahkan Masuk Ruang Udara Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR MODEL pesawat pengintip bernombor pendaftaran 4X AOO dibangunkan Israel Aerospace Industries yang dikatakan terbang di ruang udara Malaysia minggu lalu Gambar media sosialPUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan Malaysia...
As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 257 hits
Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain Pesawat Ilyushin Il 76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam Gambar TUDM Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan p...
Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 402 hits
Wisma Putra akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia dan menghampiri ruang udara nasional semalam Menteri Luar Datuk Se...
16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 288 hits
Malaysiakini Penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China dikesan di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu semalam lapor Bernama Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dipetik berkata insiden pesawat tentera...
Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 421 hits
Kabinet negara telah bersepakat dengan menyerahkan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang bersama rakan sejawatnya di China berkenaan isu 16 pesawat negara China yang menceroboh ruang udara negara in...
Ceroboh Ruang Udara China Pertahan Tindakan 16 Pesawat Tenteranya

Ceroboh Ruang Udara China Pertahan Tindakan 16 Pesawat Tenteranya

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 311 hits
Harits Asyraf HasnanJun 2 2021 23 29 MYTJurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia sebaliknya ia merupakan rutin latihan Foto TUDMKUALA LUMPUR China hari ini mempertahan tindaka...
Malaysia China Dijangka Bincang Insiden Pencerobohan Ruang Udara

Malaysia China Dijangka Bincang Insiden Pencerobohan Ruang Udara

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 264 hits
MALAYSIAKINI Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membincangkan insiden pencerobohan tentera udara China dengan rakan sejawatnya dari China Wang Yi di luar Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean China di China pada Isnin Kemente...
Pihak Berkuasa Kaji Data Pesawat Israel Berlegar Di Ruang Udara Malaysia

Pihak Berkuasa Kaji Data Pesawat Israel Berlegar Di Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 335 hits
Pesawat tersebut tersebut terbang di Lembah Klang pada altitud melebihi 15 000 kaki lebih tinggi daripadan kawalan pihak berkuasa Malaysia Tangkap layar jejak pesawat dari Flightradar24 menunjukkan Boeing 737 400 dengan nombor pendaftaran 4...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Maksud Karamah Insaniah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Tops Open Data Rankings In Historic First

We Re Not Just On Social Media Sabah Muda Tells Analysts

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Working With Bn Has Cons For Ph Too Says Pkr S Hassan

Misi Ke Asrama Penuh 2026 Persediaan Pksk Dan Ukkm Dari Rumah Secara Online

Biskut Dalgona Squid Game