Rockybase Camp Di Aeon Shah Alam Jom Buat Aktiviti Climbing Rock Di Dalam Mall


Assalamualaikum
Bestnya tengok orang buat aktiviti climbing rock , macam dah lama jugak tak buat aktiviti-aktiviti lasak sejak bergelar ibu ni , haishh nak join orang lain daki gunung tak boleh nak tinggal anak pulak tapi beberapa hari lepas akhirnya dapat juga melepaskan gian membuat aktiviti lasak . Paling best bila anak pun boleh join sekali , haaa kat mana tu ? Semestinya di Rockybase Camp di Aeon Shah Alam. 



Rockybase Camp Climbing Rock Pertama di Malaysia 

Bestnya kat sini tak perlu susah-susah masuk hutan , sebab ianya indoor game . Bagi yang berkeluarga Rockybase Camp ni memang akan memikat hati korang sebab ianya memang mesra keluarga dan anak-anak boleh join juga dari umur 4 tahun ke atas .
Rockybase Camp di Aeon Shah Alam ni dah beroperasi selama 2 tahun dan ianya merupakan pusat Climbing Rock Indoor yang pertama di Malaysia . Big Playground Untuk Anak-Anak 

Macamana pula kalau ada anak kecil ? Haaa yang part ni paling best sebab dalam Rockybase Camp ni juga ada playground besar dan selesa .So Rayyan 3 tahun , dia tak pandai lagi nak buat climbing rock , Abah dan Umi je lah join dan tak perlu nak risau siapa yang akan jaga dia sebab dia enjoy je main dalam playground dan kawan-kawan yang lain ~ Umi dan Abahnya apa lagi ~ naik syeikh orang kata ahahaha .




Terdapat 10 Wall Climbing Rock di Rockybase Camp 
Dalam Rockybase Camp ni ada 10 wall yang korang boleh panjat , dari wall yang biasa-biasa hinggalah yang adventure dan yang agak susah . Bagi kanak-kanak , boleh cuba wall yang mudah je , bab keselamatan pula korang jagan risau , yang tinggi akan disediakan tali juga so kalau terjatuh pun korang akan selamat je.




Jom Jadi Spiderman !


Sebelum start apa-apa aktiviti pastikan kita streching dulu untuk memanaskan badan , kalau tak otot-otot terkejut nanti haa mula lah sakit-sakit badan hehe. Staff di Rockybase Camp ni pulak semuanya peramah dan terlatih , siap ada sijil lagi haaa so boleh letakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka , yang penting , bila masuk rumah orang kena lah ikut peraturan rumah orang , ye dak ?

Tips penting : Sebelum datang ke sini , pastikan kena bawak stoking kalau tak korang kena beli stoking di sini (RM4.70 sepasang) , tak perlu bawa kasut sebab korang kena pakai kasut yang disediakan di sini . Jangan lupa bawak air mineral , kot lah haus / lapar sebab dalam ni takde jual makanan. Ada juga locker untuk korang simpan barang2 berharga , dan pastikan tak perlu pakai barang kemas / cincin , nanti kan terbengkok pulak hihi


Ni level biasa / start dulu , kat sini tak perlu pakai tali , kalau jatuh pun ada tilam kat bawah 

Budak-budak ni kemain haaaa , banyak kali jugak lah diorang panjat haha 

 Wall ni paling tinggi dan susah sebenarnya sebab kalau tengok yang kiri dan kanan tu agak jauh jarak , kat sini kena guna skill lompat jugak (kalau pendek) hiks , yang ni tak berjaya sampai atas , alahai sikit je lagi ! Tapi sebab dah banyak panjat yang lain , tangan pun dah tak kuat acecece
  Semua dah kepenatan ~ haha kalau korang nak bakar kalori yang ada meh datang ke sini , berbaloi-baloi dan tak rugi punya lah .. 
Harga Indoor Climbing Rock di Rocybase Camp Aeon Shah Alam 
Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas. ( yang boleh bermain )

* Sila ambil perhatian: Setiap Pesanan Dewasa dibenarkan mengiringi sehingga maksimum 4 JUNIORS Pass Access pada satu-satu masa.
* Orang dewasa pertama adalah percuma, sahabat dewasa seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.

10 X Semua Akses
Junior: RM 188.67
Dewasa: RM 283.01
* Sila ambil perhatian: Akses Bundle RBC akan tamat tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
* Pemegang pas harus hadir pada masa penebusan.

Akses Explorer
Junior: RM 47.16
Dewasa: RM 56.60
Tawaran ini terbuka kepada Explorer dari semua peringkat umur setakat umur 4 tahun ke datuk nenek aktif.
* Sila ambil perhatian: Kelas ini akan dijalankan selama 1 jam.
* Kanak-kanak hanya akan berada di bawah pengawasan seorang Pengajar semasa sesi yang dijadualkan.

Sewa
Beg WT Chalk: RM 2.83
Belay Device: RM 4.71
* Semua gear sewa digunakan selama 2 jam setiap kali.
* Caj penuh yang dikenakan untuk gear yang tidak dikembalikan.

  Tq so much Rockybase Camp dan staff yang banyak beri tunjuk ajar pada kitorang , best sangat dan kalau datang sini pastikan cuba semua , cabar diri sekali sekala . Gayat tak gayat wajib cuba , mula-mula takut lepas tu ketagih hehe , boleh la bawak family atau gathering kat sini , asyik bercuti santai-santai je kan ~ jom buat aktiviti lasak pula ~ 
More Info :


Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/Lokasi : Aeon Shah Alam Aras 3 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.qasehdalia.com/2019/02/Rockybase-Camp-di-Aeon-Shah-Alam-Jom-Buat-Aktiviti-Climbing-Rock-di-Dalam-Mall.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam

Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 657 hits
hai assalammualaikumBest Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah AlamAktiviti Menyeronokkan Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam Siapa kata dah jadi mak ni kene duduk rumah kene dekat dapur je tak boleh buat akti...
Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 625 hits
Dah lama tak buat aktiviti lasak dan ekstrim maklumlah malas nak buat aktiviti outdoor sekarang Kekadang tempatnya tak sesuai untuk bawa anak kecil macam Humaira ye la budak kecik ni mana la boleh berenggang ngan botol susu bergerak dia ni ...
Berseronok Dengan Anak Di Air On Park Aeon Mall Shah Alam

Berseronok Dengan Anak Di Air On Park Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 617 hits
Kalau di tingkat 3 Aeon Mall Shah Alam ada wall climbing yang lebih kepada penglibatan aktiviti ibu bapa dan anak anak yang besar di Air On Park pula lebih kepada aktiviti anak anak untuk semua peringkat dan permainan interaktif untuk dewas...
Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 699 hits
hai assalammualaikumGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah AlamGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah Alam Ni salah satu tempat lagi yang korang kena cuba bila pergi Aeon Shah Alam Kalau nak rasai permainan VR atau AR permainan ...
Rocky Basecamp Dan Air On Park Indoor Games Di Aeon Shah Alam

Rocky Basecamp Dan Air On Park Indoor Games Di Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 686 hits
Ummi nanti cuti kita pergi lagi ye Ikut Cik Sue pergi Rocky Basecamp dan Air On Park boleh Ummi Kat sana best Angah juga yang bising haiii memang setiap kali kemana sahaja angah jer la jurucakap Yang lain pula follow jer Rocky Basecamp Mala...
Air On Park Di Aeon Shah Alam Vr Game Buat Aku Jadi Gila

Air On Park Di Aeon Shah Alam Vr Game Buat Aku Jadi Gila

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 404 hits
Assalamualaikum Pernah main game VR Aku boleh katakan ini adalah permainan orang gila haha kenapa Bagi yang pernah cuba bila main game VR ni kita berada dalam dunia kita sendiri tapi orang lain melihat kita seperti orang gila Orang gila yan...
Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 501 hits
Assalamualaikum Hai semua seronokkan bila kita dapat laungkan masa bersama dengan anak Hari ini Shailla ingin berkongsi satu tempat permainan menarik di Shah Alam Kalau korang yang ingin meluangkan masa melakukan aktivi bersama kawan kawan ...
Sokong Lon G Auto Services Proton Edar Subang 2 U5 Shah Alam

Sokong Lon G Auto Services Proton Edar Subang 2 U5 Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 368 hits
Assalam komrad semua Seperti mana pusat pusat service kereta yang aku promote sebelum ni kali ni aku nak tiup semboyan area Shah Alam Bandar Pinggiran Subang dan yang sekitarbya untuk sokong pusar service kereta milik Muslim Lon G Auto Serv...
Bayar Saman Jpj Di Jpj Shah Alam

Bayar Saman Jpj Di Jpj Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 2004 hits
Assalamualaikum guys Geleng kepala bila housemate bagitau kena saman dengan JPJ kat tol LDP hentian Sunway Mungkin nasib dia tak baik kena pass by roadblock JPJ time otw balik rumah Btw si housemate ni tak ada lesen motor tapi ada lesen ker...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia

Kaedah Geofizik Dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Teknologi Dan Keperluan Bilik Bersih Dalam Industri Semikonduktor

Umrah Percuma Kepada Anak Muda Lagi Episut Hitam