Berseronok Dengan Anak Di Air On Park Aeon Mall Shah Alam


Kalau di Rocky Basecamp tingkat 3 Aeon Mall Shah Alam ada wall climbing yang lebih kepada penglibatan aktiviti ibu bapa dan anak-anak yang besar,di Air On Park pula lebih kepada aktiviti anak-anak untuk semua peringkat,dan permainan interaktif untuk dewasa yang lebih santai



Anak-anak seronok di Air On Park Aktiviti kat sini lebih banyak untuk anak-anak dan pelbagai permainan yang dapat mengasah minda serta skill mereka.Sesuai untuk sekecil 1 atau 2 tahun hinggalah remaja belasan tahun serta golongan dewasa.Masa sampai masing-masing dah tak sabar-sabar nak masuk,dengan yang menangis tak sabarnya,dengan main masuk je haaa haru -biru di buatnya

Sebelum masuk kenalah bayar dulu ye dan harga tiketnya memang berbaloi dengan aktiviti yang ada,lepas tu akan dapat gelang atau strip kertas untuk di pakai.Baru lah boleh masuk,oh ya jangan lupa pakai stokin dan anak-anak pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang,sebab aircond agak sejuk dan untuk keselamatan bila bermain.Kalau bawa beg jangan risau ada loker di sediakan,sediakan duit je untuk bayar hehehhehe.Kat sini kena buka kasut ye,sebab tu suruh pakai stokin




Air On Park ni terbahagi kepada 3 zon iaitu Edutainment Zone,Fun Zone dan VR/AR Zone.Setiap zon ni memang berbeza dan seronok sangat aktivitinya,memang ouas hati bawa anak-anak.Kalau korang datang nanti dah abis masa konem anak-anakmintak datang lagi hehehhe.


Edutainment Zone Zon ini ada banyak mainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak pelbagai umur.Ada permainan interaktif anak-anak boleh mereka hidupan laut sendiri dan namakan dengan nama sendiri,lepas tu boleh cari makan dan dapatkan markah di skrin yang di sediakan.Di sini anak-anak boleh berkreativiti dan belajar mencipta.



Dapat mainan semua khusyuk,tak layan dah mak ayah masing-masing,dan pasti tak payah panggil balik la,memang tak bergerak hahahhaha



Ruang dalam yang selesa dan luas sangat selamat untuk anak-anak,susun atur permainan pun menarik dan kemas.Anak-anak selesa berlari dan bermain bersama


Tapi ibu bapa perlu juga mengawasi risau anak-anak berebut atau tercedera waktu bermain.Staf-staf kat situ pun mesra dan cekap mengawasi anak-anak,terbaik perhatian diorang


Humaira masuk je dah teruja tengok rel keretapi kat tengah-tengah,sememangnya dia sangat suka mainan-mainan macam ni.Kereta,keretapi dan kenderaan ,tambahan lego,haaaa memang dia mengadap la.Seronok betul dia dok mengadap,kena pulak ada yang melayan,lagi la dia suka






Apa yang Cik Sue perhati di Zon Edutainment ni banyak mainan yang mengasah minda dan motor skill kanak-kanak,memang bagus.Dapat tengok minat anak-anak pada warna,bentuk dan pelbagai mainan menguji minda mereka




Selain bermain,diroang juga boleh bergaul,tambahan macam Humaira yang jarang jumpa kawan-kawan dan bergaul dengan orang lain selain ibu dan ayah kat rumah.Memang masa yang bagus tuk dia belajar berkawan,berkomunikasi dengan kanak-kanak lain

Harga Edutainment Zone
1 jam pas: RM 35.00
2 Jam Pas :RM 45.00
2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00
Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Fun Zone Haaaa yang ini memang tempat feveret,selagi tak habis masa,selagi tu dok melangut kat dalam tu,nama pun fun,memang seronok tak mahu keluar la budak-budak ni.Bukan anak-anak je,mak pak pun boleh bermain sama-sama.Jangan risau,peralatan semua kukuh


Dalam zon ni ada pelbagai permainan yang meyeronokkan untuk main bersama anak ibu ayah,ada blok-blok lego besar,buaian,mainan panjat,mainan gelungsur yang mak ayah pun boleh main sekali,haaaa Cik Sue lak teruja lebih part gelungsur tu heheheh

tengok la budak cebik ni tenggelam dalam lego,gerammmm je hehehhee
permainan yang melekakan Humaira.
gelungsur curam yang kena ada mak ayah teman untuk anak-anak kecil


Part gelungsur curam ni kalau nak tengok video boeh ke ig dan fb Cik Sue ye ,boleh gugur jantung tau hahahhaha,tapi seronokkkkk...anak-anak kecil kena mak ayah pegang kalau yang dah besar boleh je naik sendiri,tak bahaya pun.Cuma agak seram jugak bila turun tu hehehhe.






Seronok tengok anak-anak berimaginasi kat lego besar ni,macam-macam ni buatya.Belajar reka macam-macam ikut apa yang diorang imaginasi sendiri





Memang seronok anak-anak,sebelum balik sempat kami masuk lagi sekali sebelum masa habis,haaaa memang meraung la msing-masing bila nak balik,pakat tak mau keluar hihiii

Harga Fun Zone

2 Jam Pas : RM 35.00
2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00

VR/AR Zone
Part Zon VR/AR ni memang tumpuan utama kat Air On Park ni,anak-anak ke,mak bapak ke boleh main tapi kalau anak yang kecil sangat tak sesuai la,peralatannya tak muat terutama eye mask tu.Cik Sue pun pertama kali mencuba permainan interaktif Virtual Reality macam ni.Bil akorang pakai eye mask tu dan duduk atau berdiri atas peralatan tu korang akan rasa seperti bermain permainan yang sebenar,contohnya permainan roller coaster,korang akan rasa tunggang terbalik betul-betul macam main kat luar tau,tapi ni indoor la,pastu bila jerit-jerit org keliling dok gelakkan korang sebab sebenarnya korang dok atas kerusi je pun hahahhahaah



Ada juga VR untuk kanak-kanak main macam game dalam video game tu,lebih guna pergerakan si pemain,kena lompat,angkat tangan,gerak kiri kanan depan belakang.Bagus juga untuk anak-anak lebih aktif fizikal dan mental tuk berfikir strategi



Yang ni la Cik Sue terus menyesal naik,permainan ni macam naik yang lastik kat funfair tu,siap pusing 360 darjah tau,betul-betul rasa terbalik,padahal elok je dok atas tempat duduk tu hahahaha,hamoeh je yang lain dok gelakkan kat depan.Elok habis turun terus mengucap panjang taubat tak mau dah hahahah.

Serius memang best sangat masuk sini,memang berbaloi korang bawa anak-anak,berbaloi dengan harga masuk yang di kenakan.Bawa la keluarga datang,habiskan masa bersama,badan sihat otak pun cergas dengan aktiviti berfaedah gini.Anak-anak mesti teruja,lagipun Cik Sue suka sebab indoor ,dalam bangunan tak payah risau hujan ke panas ke,selamat pun ye,staf-staf semua bagus



Harga Untuk VR/AR Zone
Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
Permainan taktikal ~ ONE Entry: RM 55.00
Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00

Kat sini boleh juga kalau nak buat gathering atau family day bawa geng dan anak-anak main sini,memang anak-anak akan teruja giler la,dan pasti payah nak balik heheheh.Untuk maklumat anjut korang boleh hubungi atau klik link di bawah ye,nak tempah wal pun boleh untuk sebarang event di sini

Air On Park:

Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.com/2019/02/Air-On-Park-tempat-anak-bermain-dan-belajar-indoor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rocky Basecamp Dan Air On Park Indoor Games Di Aeon Shah Alam

Rocky Basecamp Dan Air On Park Indoor Games Di Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 684 hits
Ummi nanti cuti kita pergi lagi ye Ikut Cik Sue pergi Rocky Basecamp dan Air On Park boleh Ummi Kat sana best Angah juga yang bising haiii memang setiap kali kemana sahaja angah jer la jurucakap Yang lain pula follow jer Rocky Basecamp Mala...
Air On Park Di Aeon Shah Alam Vr Game Buat Aku Jadi Gila

Air On Park Di Aeon Shah Alam Vr Game Buat Aku Jadi Gila

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 402 hits
Assalamualaikum Pernah main game VR Aku boleh katakan ini adalah permainan orang gila haha kenapa Bagi yang pernah cuba bila main game VR ni kita berada dalam dunia kita sendiri tapi orang lain melihat kita seperti orang gila Orang gila yan...
Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 695 hits
hai assalammualaikumGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah AlamGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah Alam Ni salah satu tempat lagi yang korang kena cuba bila pergi Aeon Shah Alam Kalau nak rasai permainan VR atau AR permainan ...
Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 501 hits
Assalamualaikum Hai semua seronokkan bila kita dapat laungkan masa bersama dengan anak Hari ini Shailla ingin berkongsi satu tempat permainan menarik di Shah Alam Kalau korang yang ingin meluangkan masa melakukan aktivi bersama kawan kawan ...
Rockybase Camp Di Aeon Shah Alam Jom Buat Aktiviti Climbing Rock Di Dalam Mall

Rockybase Camp Di Aeon Shah Alam Jom Buat Aktiviti Climbing Rock Di Dalam Mall

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 447 hits
AssalamualaikumBestnya tengok orang buat aktiviti climbing rock macam dah lama jugak tak buat aktiviti aktiviti lasak sejak bergelar ibu ni haishh nak join orang lain daki gunung tak boleh nak tinggal anak pulak tapi beberapa hari lepas akh...
Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 623 hits
Dah lama tak buat aktiviti lasak dan ekstrim maklumlah malas nak buat aktiviti outdoor sekarang Kekadang tempatnya tak sesuai untuk bawa anak kecil macam Humaira ye la budak kecik ni mana la boleh berenggang ngan botol susu bergerak dia ni ...
Siapa Lepaskan Anak Buaya Di Tasik Shah Alam

Siapa Lepaskan Anak Buaya Di Tasik Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 488 hits
Tasik Shah Alam bukanlah habitat atau sarang buaya Tasik yang menjadi tempat rekreasi orang awam ini juga tidak bersambung atau mempunyai saluran yang bersambung dengan mana mana sungai Juga agak mustahil untuk seekor anak buaya merangkak d...
Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam

Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 654 hits
hai assalammualaikumBest Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah AlamAktiviti Menyeronokkan Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam Siapa kata dah jadi mak ni kene duduk rumah kene dekat dapur je tak boleh buat akti...
Lunch Di Restoran Andaman Shah Alam

Lunch Di Restoran Andaman Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 428 hits
Baru baru ini kami tiga beranak Lunch di Restoran Andaman Shah Alam First time mama Lunch di Restoran Andaman Shah Alam sebab dulu pernah sekali mama beli makanan goreng2 waktu malam Makanan untik mama ikan ikan masin Dan ulam timun Sedap j...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya